Akhirnya Punca Sebenar Warga Emas Ditumbuk Bertalu Talu Didedahkan - Menujukebenaran
Uncategorized

Akhirnya Punca Sebenar Warga Emas Ditumbuk Bertalu Talu Didedahkan

Shah Alam: Lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan polis selepas memukul warga emas di tengah jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu dipercayai berlaku 12 tengah hari tadi yang mana ia kemudian tular di media sosial.

Katanya, mangsa iaitu pesara swasta berusia 61 membuat laporan mengenai kejadian itu pada jam 2 petang tadi.

“Difahamkan ketika kejadian, mngsa memandu bersama isteri serta cucu untuk ke Putrajaya dan ketika sedang membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue (Seksyen 16), suspek yang menaiki motosikal Yamaha Y15 berada di sebelah kiri kereta menjerit dan memarahi mangsa.

“Mngsa berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran bagaimanapun selepas dia keluar dari kereta, suspek terus menendang mangsa di dada kiri.

“Lelaki itu juga mendakwa suspek duduk atas badannya dan menumbuk muka serta kepala mangsa bertubi-tubi yang menyebabkan mangsa mengalami bengkak bawah mata, kepala serta sakit bahagian rusuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok.

Menurutnya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada di talian 018-9124770.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM
Viral Lelaki Tua Dipukul Oleh Seorang Lelaki Berdekatan Jejantas Padang Jawa Shah Alam.
Sumber: Polis (IPD) Shah Alam

RAKAMAN VIDEO PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut pemegang akaun facebook bernama Din Toyol, kejadian itu berlaku di Padang Jawa Klang. Tambah beliau, pakcik yang dibelasah itu telah pun meminta maaf sebelum dibelasah.

Tetapi pemuda itu terus membelasah tanpa belas kasihan.

“Wahai org muda..klu bapak kau aku pijak mcm tu..ape kau rasa..pakcik tu dah ckp elok2 mintak maaf..yg kau nak besau kepala asal..aloo brader..ni pdg jawa la..tempat kau pukul.pakcik tu..gelanggang tomoi..sebelah tu..umah bdk2 hati kering..kan dah mendapat..hormat sikit masuk tempat org..bedio kau kena hajun ramai2..aku simpan bikin koleksi”

Menurut Din Toyol, pemuda itu telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa namun sempat di belasah oleh penduduk kampung.

Antara reaksi netizen yang sangat tidak berpuashati dengan tindakan lelaki itu :

“Kasi lunyai la sama bdk tu … Bg pengajaran skit hormat org tua2 … Ada ka bdk tu kena baham pm mai” – Ahmad

“Kasi cari bdk ni..bg pengajaran skit..klu x hormat org tua ni..dh tentu dia x hormat org tua dia..” – Fad Sojar

“Jantan cmni jgn buat laki.org tua pn xtau nk hormat..ank bini nti mesti die tibai gakk..baran die xbole bawak bincang..” – Amoi Qaseh

“Puas hati kena pijak dgn otai2 situ,padan muka..lain kli jgn pukul org tua sesuka hati” – Raden

Tonton Video Ini

https://twitter.com/i/status/1528274694201573376

 

Kena keronyok dengan orang kampung

 

Komen-komen netizen prihatin

Bodo Piang Org Mcm Ni Patut Libas Ja Dgn Besi Panas, Dgn Orang Tua Pum Belasah Takde Common Sense Langsung

Dasar Orang Muda X Hormat Org Tua Walaupun Org Tua Tu Salah Bukan Boleh Terus Hukum Org Tua Mcm Tu..

Betul La Cakap Kawan Aku..Generasi Sekarang Dh Rosak Pemikiran..Terlalu Mempertahankan Hak Sendiri Hingga Lupa Hak Orang Lain Yg Juga Ada Hak..Contoh Budak Ni La Dia Rasa Dia Betul Sampai Dia Rasa Dia Boleh Bertindak Pukul Orang Tua Sedangkan Bnda Boleh Bincang Dan Dia Lupa Hak Orang Tua Tu Pun Dilindungi Undang Undang Dan Lupa Anak Anak Orang Tua Tu Pun Ada Hak Untuk Memperlakukan Perkara Yg Sama Kepada Dia..

Yg Rakam Klu Jantan..Nak Buat Bukti Skali Pun..Pi Lah Trun Smbil Merakam Dan Leraikan Dri Teruk Kena Hentam..Kira Yg Merakam Nie Pun Kategori Org Terawal Melihat Kejadian..Klu Pompuan Yg Rakam Maybe Ada Excuse Lgi..

Bukan Apa La, Majoriti Driver Orang Tua Ni Kalau Dah Salah Bukan Dia Nak Mengaku Rasa2 Diri Tu Lebih Makan Garam Semua Betul Kat Dia Benda Macam Ni Kat Pusat Vaksin Pun Kerap Kali Jadi Rasa Dia Tu Lagi Tua Semua Orang Nak Kena Hormat Dia, Layan Dia Padahal Bukan Dia Sorang Ja Ambik Vaksin… Mungkin Sebelum Ni Tak Jumpa Lagi Buku Dengan Ruas Harini Nasib Tak Baik Tuhan Nak Ajar Dia Jangan Tinggi Diri Sangat.

Maaf Bukan Nak Bekap Si Pemuda Kadang2 Adasegelintir Org Tua Ni Bila Kita Tegur Kita Diherdik Dimaki…Mgkin Itu Yg Menyebabkan Hilang Timbang Rasa Org Muda Ape Pun Benda Boleh Bincang Kalau Perlu Kebalai Pergi Je Balai Senang…

Allah. Andai Ya Pakcik To Salah. Boleh Kan Sembang Atas Budi Bicara Jangan Laa Bersikap Macam Takdak Agama… Apa2 Pun Semoga Dipermudahkan Urusan Pakcik To. Tapi Andai Pakcik To Tak Salah Mohon Pihak Family Amik Tindakan Pada Lelaki Yg Pura2 Kuat To

Terdahulu, satu rakaman berdurasi 21 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar sedang memukul seorang lelaki warga emas di tengah jalan.

 

kredit: hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button