[VIDEO] Wanita Miliki Wajah Mirip Nurul Ain Terkejut Kena ‘W4rning’ Jangan Ganggu Suami Orang - Menujukebenaran
Uncategorized

[VIDEO] Wanita Miliki Wajah Mirip Nurul Ain Terkejut Kena ‘W4rning’ Jangan Ganggu Suami Orang

Drama ‘7 Hari Mencintaiku’ musim ketiga akhirnya sampai ke penghujung semalam. Siapa sangka babak Mak Leha mar4h dan memvkul Nurul membuatkan ramai penonton berpuas hati kerana geram melihat perangai Nurul yang sanggup memecah-belahkan keluarga Pak Samad demi kepentingannya sendiri.

Macam pelanduk dua serupa!

Disebabkan ramai yang memb3nci Nurul Ain, seorang gadis dipercayai memiliki wajah persis watak perosak rumah tangga itu tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Hurin Ain, dilihat dia menggayakan tudung berbentuk bulat sama seperti watak Nurul.

Boleh tak jangan kacau Khuzairi.

Aku tengok muka kau kan macam muka nurul Nurul cerita 7 Hari Mencintaiku.

Video:

 

Sama ke?

 

Bukan sahaja bentuk kening dan pipi pauh dilayang itu sama dengan watak terbabit, malah nama ‘Ain’ juga sama tetapi tanpa perkataan Nurul di hadapan. Namun, apa yang membezakan antara dirinya dan juga pelakon Wafariena adalah dia tidak memiliki dagu terbelah.

Dalam pada itu, dia sering mendapat komen daripada warganet yang memberi ‘amaran’ kepadanya supaya tidak menganggu Khuzairi serta keluarga Pak Samad yang lain. Malah ada juga yang turut memuji wajahnya persis seperti Wafariena sehingga ada di antara mereka yang keliru.

Ketika artikel ini ditulis, video yang dikongsikan telah berjaya meraih 1.1M tontonan, 109.5K dan pelbagai reaksi komen daripada netizen.

Komen netizen:
 

Bawa Watak Nurul Ain dalam Drama ‘7 hari Mencintaiku’. Ini Biodata Wafariena yang ramai tak tahu

 

Pelakon yang cukup menjadi bualan ramai menerusi drama fenomena, 7 Hari Mencintaiku, Wafariena ini sememangnya memiliki bakat yang cukup padu. Musim lalu drama ini juga telah menaikkan nama pendatang baru dalam industri hiburan tanah air ini.

Lakonan watak antagonis sebagai Nurul Ain dalam drama ini, pada musim lalu karakternya itu berjaya membuatkan ramai geram dan benci dengannya. Siapa sangka dalam musim ketiga ini karakternya masih mengjengkelkan membuatkan terus menerus drama tersebut jadi bualan warganet.

 

Foto Terkini

biodata wafariena 4

 

biodata wafariena 2

 

Biodata Wafariena

Buat yang belum mengenali pelakon bernama Wafariena ini, berikut adalah biodata ringkasnya.

NAMA PENUH: Wafariena Binti Roslan

NAMA POPULAR: Wafariena

UMUR: 27 tahun

TARIKH LAHIR: 19 Julai 1995

ASAL: Pulau Pinang

INSTAGRAM: wafarienaroslan

Kerjaya Awal

Pada awalnya Wafariena muncul dalam dunia seni tanah air sebagai seorang penyanyi. Gadis ini sempat melancarkan lagu pertamanya berjudul ‘Carilah Aku’ pada 2019. Untuk info, Wafariena juga pernah menghadiri ujibakat peserta Dewi Remaja 2018/2019 namun tidak terpilih.

Mengorak langkah sebagai seorang pelakon kemudiannya Wafariena muncul dalam drama 7 Hari Mencintaiku. Lakonannya dalam drama ini cukup menjadi membuatkan ramai ada yang melabel Wafariena sebagai ‘perosak rumahtangga’. Sehingga kini Wafariena pernah membintangi beberapa drama lain seperti Baby Tak Gila, Kiblat Yang Hilang, One Two Hantu 2 dan lain-lain.

Wafariena terima ugutan santau sebab Nurul Ain

PETALING JAYA – Gara-gara keberkesanan permainan watak pemusnah rumah tangga orang dalam drama fenomena, 7 Hari Mencintaiku 3 iaitu Nurul Ain, pelakon Wafariena mendedahkan menerima ugutan santau daripada penonton taksub.

Kata Wafariena atau nama sebenarnya, Wafariena Roslan, 27, ugutan tersebut diterimanya menerusi media sosial termasuklah direct message (DM) Instagram.

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi, disebabkan Nurul Ain untuk musim ketiga ini, saya menerima bermacam-macam cacian, makian, ugutan itu ini termasuklah santau.

“Barangkali ada yang nasihatkan tak usah ambil serius dengan ugutan sebegitu (terutama santau), tapi saya perlu berjaga-jaga dan mengingatkan penonton apa yang saya paparkan menerusi watak Nurul Ain hanyalah lakonan semata-mata.

“Tolonglah jangan terbawa-bawa dalam kehidupan realiti tapi saya faham orang benci dan kecam bermakna lakonan saya dalam drama memberikan kesan. Untuk itu, saya bersyukur,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, watak Nurul Ain menerusi drama rantaian arahan pengarah Jamal Khan itu sekali lagi mencetuskan amarah luar biasa dalam kalangan audiens yang rata-rata mengecam karakter berkenaan yang menjadi orang tengah atau pemusnah rumah tangga Mia dan Khuzairi (lakonan Siti Saleha dan Shukri Yahaya).

Drama berkenaan telahpun menamatkan tirai menerusi episod akhir, kelmarin.

Ditanya tentang sama ada dirinya selesa melakonkan watak antagonis seperti Nurul Ain, Wafariena berkata, dia terbuka untuk melakonkan watak-watak lain selepas ini bergantung kepada tawaran dan skrip.

“Sebagai seorang pelakon yang masih baharu, saya tak kisah melakonkan watak apapun. Kalau kena dengan gaya dan skrip, saya akan menjayakan sehabis baik demi kepuasan penonton.

“Kalau ada yang masih mahukan musim selanjutnya 7 Hari Mencintaiku, itu terpulang kepada penulis skrip, Siti Rosmizah Semail. Kalau mereka panggil saya untuk watak Nurul Ain, saya bersedia pada bila-bila masa, insya-Allah,” ujar Wafariena.

Sebelum ini, anak kelahiran Bayan Lepas, Pulau Pinang itu mendedahkan, pernah diugut netizen sehingga ingin disimbah asid pada wajah juga disebabkan karakter Nurul Ain yang tergila-gilakan Khuzairi. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button