Uncategorized

Perbezaan politik, isu v4ksin punca cer4i. Azri tampil menjawab dakwaan ini

Selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon Azri Iskandar akhirnya mengakui dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie Suriati Omar sebelum ini.

Pun begitu, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam politik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan bercer4i pada 22 April lalu.

Malah Azri yang juga pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu turut menafikan sekiranya isu penerimaan v4 ksin menjadi punca retaknya rumah tangga mereka.

“Sejujurnya, saya tak mahukan percer4ian kerana saya rasa gembira dalam rumah tangga kami. Tapi saya mengalah kali ni sebab selama 19 tahun kami berkahwin, Ellie sebenarnya dah beberapa kali meminta dicer4ikan.

“Cuma saya tak rasa sebab isu saya pergi mendapatkan v4 ksin senyap-senyap mahupun falsafah politik tak sehaluan membuat Ellie tawar hati,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Azri, 53, berkata dengan keadaan yang dialaminya itu adalah lebih baik mereka berpisah dan pada masa sama membesarkan kedua-dua anak mereka secara bersama daripada meneruskan hubungan yang tidak ikhlas.

“Bagi saya, lebih baik Ellie minta cer4i daripada dia menjalani satu kehidupan yang tak ikhlas bersama saya.

“Tak apalah… dah ditakdirkan dia akan menjadi kawan saya serta ibu yang masih menjalankan tanggungjawab yang baik kepada anak-anak kami.

“Rumah tangga mana yang tak dilanda badai? Tapi normallah sekiranya dilanda taufan dan kami berbaik semula lepas tu,” tambahnya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Azri melafazkan cer4i talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 17 Mei lalu.

Dia dan Ellie berkahwin pada 2003 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13.

Sebelum Ellie, Azri pernah mendirikan rumah tangga dengan Roziana Salim pada 1992. Mereka bercer4i pada 1999. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Ditanya sekiranya dia menyedari sebarang perubahan ketara sikap dipamerkan pelakon Spinning Gasing itu sebelum berpisah, Azri menjawab: “Tidak”

“Selama dua bulan dia menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan oleh Osman Ali, kami buat video call setiap malam.

“Tapi kemudian bila penggambaran terhenti sebelum bersambung di Perak, dia beri borang dan maklumkan nak bercer4i tiba-tiba,” katanya.

Diminta mengulas ruang untuk rujuk kembali suatu hari nanti, Azri, berkata, situasi percer4ian itu masih baru dan dia lebih selesa untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Saya tak reti nak cakap soal rujuk. Saya masih bersedih, tipulah kalau tak sedih. Saya juga masih kecewa sebab rasa sayang.

“Kami bercer4i bukan disebabkan ada wanita lain atau bergaduh,” katanya yang bakal menggalas watak utama sebagai Tan Sri Elyas Omar pada pementasan 1 Jun ini di Panggung Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

kredit: mkini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *