“Adakah Saya Merungut?”- Akui Penat Urus 6 Anak Sampai Pernah Terlupa Ambil Di Sekolah, Sheikh Muzaphar Masih Nak Tambah Anak Lagi

Memiliki cahaya mata yang ramai sudah tentu menjadi satu perkara yang tidak mudah untuk diuruskan bagi sesetengah ibu bapa. Meskipun mengakui perkara tersebut penat untuk dilakukan, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ada pendapat yang berbeza sebagai bapa kepada 6 cahaya mata.
Urus sendiri semua perihal anak

Menerusi perkongsian terbarunya di laman Instagram, angkasawan pertama negara itu mendedahkan rutin harian keluarga mereka yang bermula seawal 5:30 pagi. Menurutnya, dia dan isteri, Datin Dr Halina akan memulakan hari mereka dengan mendahulukan keperluan anak-anak, kemudian barulah menguruskan diri sendiri.
‘Kekecohan’ selalunya bermula pada jam 0530am apabila salah seorang kembar bangun. Satu kembar akan mengejutkan mereka yang lain. Itulah jam loceng kami.
Tambah Dr Sheikh Muszaphar, mereka juga sentiasa memastikan agar salah seorang daripada mereka akan berada di rumah pada waktu makan tengahari, seterusnya menguruskan aktiviti anak-anak pada sebelah petang seperti sekolah agama, kelas mengaji, kelas tambahan, kelas taekwondo, dan kelas berenang.
Pernah lupa ambil anak di sekolah
Foto: Instagram Dr. Sheikh Muzaphar
Di sebalik aturan pasangan itu yang nampak ‘sempurna’, mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan seperti pernah terlupa menjemput anak balik dari sekolah. Dr. Sheikh Muzaffar mengakui perkara tersebut memenatkan, namun kepenatan menjadi ibu bapa itu berbaloi hanya dengan sepatah ‘I love you daddy’.
Itu belum lagi cerita terlupa nak hantar aktiviti ini… aktiviti itu. Pernah sekali terlupa jemput anak kat sekolah, nasib baik cikgu telefon. Saya sangka Dr. Halina urus, dia pula ingat saya yang urus. Adakah saya merungut? Ya, sebab penat sangat. Tapi adakah saya akan buat lagi sekali? Ya, berbaloi sangat. Kata-lata ‘I love you Daddy’ buat air mata berlinangan kegembiraan.
Di hujung kapsyen, Dr. Sheikh Muzaffar sempat berseloroh mahu tambah zuriat lagi.
Sumber: Instagram Sheikh Muszaphar Shukor
Kredit: Ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: