"Saya Tidak Akan Maafkan Dia," - Isu Tak Tutup Aurat Tetap Dijemput Tunai Umrah, Ifa Raziah Kesal Video Disunting Jadi Fitnah - Menujukebenaran
Uncategorized

“Saya Tidak Akan Maafkan Dia,” – Isu Tak Tutup Aurat Tetap Dijemput Tunai Umrah, Ifa Raziah Kesal Video Disunting Jadi Fitnah

PENYANYI dan pengacara Ifa Raziah kecewa apabila sebuah video pendek yang memaparkan kenyataannya tentang dijemput menunaikan umrah biarpun belum berhijab tular sehingga mencetuskan kemarahan ramai.

Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 47, video yang tersebar tersebut sudah disunting pihak tidak bertanggungjawab dan menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

“Orang yang edit video itu salah. Apa yang dia muat naik tidak seperti yang saya katakan ketika membuat live di media sosial. Kalau orang tonton video penuh saya, mereka tahu apa yang saya maksudkan.

“Video yang dimuat naik oleh individu tersebut telah menimbulkan fitnah. Saya tidak akan maafkan dia,” ujarnya kepada mStar pada Rabu.

Terdahulu, kenyataan Ifa tentang sudah dijemput menunaikan umrah walaupun belum menutup aurat menerima pelbagai respons termasuk beberapa ustazah.

Dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu, Ustazah Asma’ Harun menegur kenyataan itu dan berkongsi hukum menutup aurat dan menunaikan umrah.

Menurut Ustazah Asma’ ramai yang salah faham mengenai keutamaan ini dan menyebabkan perkara wajib (menutup aurat) dilengah-lengahkan sementara yang sunat pula dikejar.

Sementara itu, Ifa menerima terguran tersebut dengan hati terbuka dan berharap perkara semua pihak tidak melaga-lagakan mereka dengan isu tersebut.

“Ustazah hanya bercakap secara umum dan langsung tidak menyebut nama saya. Saya tidak salahkan dia kerana dia bercakap untuk memberi ceramah.

“Janganlah melaga-lagakan saya dengan dia kerana isu tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ifa berkata, dia tidak berniat untuk mencari individu yang menyebarkan video tersebut kerana tidak mendatangkan sebarang faedah.

Dia juga yang sudah lali dikecam dan tidak pernah ambil pusing dengan setiap kata-kata negatif kerana percaya perbuatan jahat itu akan dibalas dengan kebaikan terhadap dirinya.

“Tak perlulah saya nak cari siapa yang sebarkan video tersebut. Buang masa sahaja. Walau saya boleh ambil tindakan saman, tetapi lebih baik berdiam sahaja.

“Selama saya berada dalam industri, pelbagai kontroversi tentang diri saya sebelum ini. Namun saya tidak pernah ambil pusing kerana saya tahu apa yang saya lakukan.

“Saya ini bukanlah ustazah. Hanya orang biasa yang sentiasa mahu memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik.

“Saya juga percaya apabila orang bercakap buruk sebegini akan ada benda baik untuk saya. Mungkin show akan bertambah dan produk saya semakin laris,” jelasnya.

Terdahulu,Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran selepas pelakon, penyanyi, dan pengacara Ifa Raziah baru-baru ini memberikan kenyataan mengejutkan berhubung isu menutup aurat dan makanan halal.

Berhati-Hati Jika Sentiasa Diberikan Nikmat Tanpa Henti Walau Hidup Dalam Fasiq

Menerusi hantaran di FacebookUstazah Asma menitipkan pesanan agar berhati-hati sekiranya sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah walaupun hidup dalam keadaan fasiq.

“Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

Tanda istidraj ke atas seseorang itu adalah Allah membiarkan dia dalam kemaksiatan yang dilakukan dan tidak disegerakan azab ke atasnya.”-Ustazah Asma

Apa Perubahan Pada Diri Selepas Pulang Mengerjakan Umrah atau Haji

Tambahnya lagi, pendakwah bebas ini turut memberitahu peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada insan yang terpilih namun yang penting adalah apa perubahan yang berlaku selepas pulang menunaikan haji atau umrah.

“Alhamdulillah peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah APA PERUBAHAN yang berlaku pada diri kita  SELEPAS PULANG daripada haji atau umrah?

Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk? Allahu Akbar.”-Ustazah Asma

Beri Teguran Bukan Untuk Kejar Populariti

Dalam pada itu, Ustazah Asma menjelaskan bahawa dirinya bukanlah memberikan teguran hanya mahu mengejar populariti kerana ia bukanlah satu kebanggaan atau anugerah.

“Para pendakwah, orang awam termasuk saya yang menegur bukan nak tumpang populariti sesiapa atau nak kejar rating. Popular dan pengaruh bukanlah satu kebanggaan atau anugerah, sebaliknya hanya alat dan amanah digunakan kepada jalan mengajak kebaikan atau mencegah kemungkaran. Kita akan dipertanggungjawabkan kelak.”-Ustazah Asma

Pendakwah bebas ini turut memberitahu mengenai penulisannya itu lahir daripada rasa kasih sayang  dan hormat kepada semua, atas dasar saudara se-Islam. Malah menitipkan pesanan mengenai cara hidup manusia di atas bumi Allah ini bukanlah semata-mata bersandarkan logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

Sumber: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button