[VIDEO] “Makin parah dunia ni…” Ramai Terkejut Lihat Harga Baru Air Milo Kotak

Ada laporan mengatakan bahawa harga semua barang keperluan dijangka melonjak sekitar 50 hingga 60 peratus mulai bulan depan susulan pelaksanaan gaji minimum RM1,500.
Malah beberapa harga barangan keperluan asas seperti ayam, daging dan hampir semua sayur-sayuran telah menyaksikan peningkatan sebelum Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.
Ekoran kenaikan harga barang yang melampau sejak kebelakangan ini, ramai pengguna mulai mengeluh kerana terkesan dengan perubahan tersebut.
Cukup melihat perubahan harga barang mentah, tidak terkata rasanya menanggung kos sara hidup yang makin tinggi.
Harga air kotak milo RM5?
Pun begitu, siapa sangka rupanya perubahan itu juga berlaku pada air kotak milo kegemaran ramai.
Sepertimana yang dikongsikan oleh Amirul Hizami, menyaksikan tanda harga pada air kotak milo bersaiz kecil mencecah hingga RM5.
Ia jelas sekali mengejutkan orang ramai, mana tidaknya harga sekotak air itu sudah setanding sepinggan nasi berlaukkan ayam.
“Baik beli peket, bancuh sendiri”
Jangankan dia, netizen juga geleng kepala melihat keadaan itu sehingga ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon yang rata-ratanya tidak keruan memikirkan keadaan ekonomi negara ketika ini.

Bagaimanapun, pemilik akaun tidak memaklumkan secara terperinci samada tanda harga itu tersilap lekat atau sebaliknya.Demikian adalah kerana ramai tidak percaya bahawa air kegemaran mereka menyaksikan perubahan yang mendadak seperti itu.
Terdahulu, Siakap Pun Naik Harga, Buat Orang Ramai Terkejut Tengok Harga Sekilogram
PETALING JAYA – Orang ramai terkejut apabila melihat harga ikan siakap dijual pada harga RM24.90 sekilogram di sebuah pasar raya.
Menerusi satu perkongsian di akaun Twitter milik pengguna bernama @ApanZhafran, sebelum ini, harga ikan siakap tersebut antara RM10.90 hingga RM14.90 sekilogram sahaja.
Ciapan itu telah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna-pengguna Twitter yang lain.
Meninjau di raungan komen, rata-rata netizen meluahkan kekecewaan mereka dengan kenaikan harga tersebut.
“Ini bukan naik sedikit, tetapi dua kali ganda kenaikan,” ujar pengguna @missaoki
“Ikan juga naik harga sekarang, pelik,” komen @FarhanIshak
“Ini kalau beli dua kilogram, sudah kena hampir RM50,” kata pengguna @theltboss
Harga ikan siakap di sebuah pasar raya mengejutkan orang ramai.
Bekalan ayam, ikan terhad peniaga sukar penuhi permintaan pelanggan
Sik: Bekalan ikan dan ayam di pasar basah di daerah ini sangat terhad menyebabkan peniaga sukar untuk menampung permintaan tinggi daripada pelanggan.
Tinjauan mendapati peniaga terpaksa berpuas hati dengan hanya mendapat separuh bekalan ayam yang ditempah, manakala bagi ikan mereka sudah menghadapi situasi itu sejak dua bulan lalu berikutan nelayan tidak dapat turun ke laut.
Peniaga ayam, Salehuddin Ibrahim, 40, berkata dia tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pelanggan selepas bekalan ayam yang diperolehi daripada pemborong juga terhad.
“Seminggu sebelum Aidilfitri, permintaan ayam sangat tinggi tapi saya tidak dapat bekalan yang mencukupi. Hari ini contohnya, saya tempah 200 ekor ayam tapi yang saya dapat cuma 100 sahaja.
“Harga ayam pula semakin tinggi, hari ini saya terpaksa jual dengan harga RM10 sekilogram ayam naik 10 sen berbanding semalam. Saya tidak boleh jual pada harga rendah daripada RM10 kerana tidak ada untung,” katanya ketika ditemui.
Sallehuddin berkata sepanjang 15 tahun berniaga, ini adalah kali pertama dia terpaksa menghadapi situasi bekalan terhad sehingga peniaga perlu bekerjasama untuk mendapatkan bekalan.
“Saya ambil ayam daripada pemborong di Sungai Petani, ayam masih ada kerana kita ada ramai penternak di Kedah dan Pulau Pinang, cuma bekalan kurang, apa pun saya masih bersyukur kerana masih dapat berniaga setiap hari,” katanya.
Manakala peniaga ikan, Abdul Ghani Mat Piah, 65, berkata harga ikan kembung pernah mencecah sehingga RM20 sekilogram berikutan bekalan ikan itu sangat berkurangan.
Katanya, harga ikan itu tidak pernah turun daripada RM10 walaupun ikan kembung bersaiz kecil.
“Hari ini saya jual ikan kembung saiz kecil dengan harga RM12 sekilogram dan saya cuma dapat 20 kilogram kerana berkalan terhad sejak dua bulan lalu, manakala bekalan ikan selayang pula saya ambil daripada ikan sejuk beku.
“Sebelum ini saya ambil kira-kira 100 kilogram ikan kembung setiap hari. Saya difahamkan nelayan tidak dapat turun ke laut kerana faktor cuaca tidak menentu,” katanya yang sudah 35 tahun berniaga ikan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Azman Nasrudin berkata bekalan ayam di negeri ini belum terputus berikutan masih ramai penternak dapat membekalkan ayam walaupun jumlahnya terhad.
“Dalam situasi sekarang, semua orang tahu bahawa makanan ayam juga meningkat serta kos lain-lain juga meningkat di peringkat ladang.
“Cuma kita harap kerajaan dapat atasi isu ini dengan segera. Di Kedah kita ada penternak dan pembekal yang masih dapat membekalkan ayam halal kepada peniaga walaupun mereka terkesan dengan kos yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Kedah, semalam.
Semalam, media melaporkan pendaratan ikan terutama di utara semenanjung berkurangan sehingga 70 peratus iaitu daripada lebih sejuta tan kepada kira-kira 300,000 tan sebulan, berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lalu.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari berkata, kekurangan bekalan itu menyebabkan harga ikan di pasaran turut meningkat.
Bekalan ikan kembung juga berkurangan di pasar basah Sik. FOTO Noorazura Abdul Rahman
KOSMO!ONLINE, trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
SUMBER: https://redaksi.com/