“Tidak perlu ada mana-mana pihak menjadi jaguh”-Peguam Suspek Pukul Warga Emas Mula Bersuara - Menujukebenaran
Uncategorized

“Tidak perlu ada mana-mana pihak menjadi jaguh”-Peguam Suspek Pukul Warga Emas Mula Bersuara

SHAH ALAM – “Anak guam saya hanya mahu menjalani kehidupan dengan tenang buat ketika ini,” demikian reaksi peguam, Abi Mursyidin Awal, kepada individu yang didakwa memukul seorang warga emas dalam kejadian di Padang Jawa pada Ahad lalu.

Abi Mursyidin berkata, pada ketika ini semua pihak harus menghormati perjalanan proses kehakiman dan tidak bergantung kepada video tular yang disensasikan sebelum ini.

“Dalam soal ini, tidak perlu ada mana-mana pihak menjadi jaguh dalam meraih pelbagai persepsi kerana sedia maklum, akhirnya keputusan kelak akan ditentukan oleh mahkamah dan dalam soal ini kita harus percaya dan hormati jalur atur proses kehakiman yang berjalan.

“Anak guam saya hendak menjalani proses kehidupan seperti biasa, bertemu dengan insan tersayang dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di perkarangan Mahkamah Shah Alam pada Khamis.

Beliau menjelaskan, dalam kes ini terdapat dua kes yang berbeza yang mana anak guamnya menghadapi pertuduhan di mana didakwa memukul mangsa dan satu lagi kes, anak guam membuat laporan mendakwa dirinya dipukul sekumpulan individu.

“Berhubung kes yang mana anak guam saya dikatakan memukul seorang individu iaitu kes hari ini, telah didakwa di bawah Seksyen 323 dan satu kes lagi akan dikendalikan oleh rakan saya.

“Saya difahamkan kes kedua masih dalam siasatan pihak polis,” ujarnya.

Pada Khamis, seorang penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan keceder4an terhadap seorang warga emas, Ahad lalu.

Suspek Kerja Juruteknik

Muhammad Zulkifli Che Su, 24, yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat automatif membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zainol Din Hussein, 61, di Jalan Padang Jawa di sini, pada jam 12 tengah hari, 22 Mei lalu.

Ia merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Ahad lalu, tular video di laman sosial, memaparkan seorang lelaki warga emas dipukul seorang penunggang motosikal dipercayai berlaku di Padang Jawa, di sini.

Tindakan penunggang motosikal tersebut kemudiannya berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Aksinya menerima kecaman daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan tindakan itu keterlaluan.

Lepas Teruk Kena Pukul Tgh Jalan, Ini Kata2 Pak Cik Buat Pemuda Tersebut

Terdahulu Zainoldin yang sebak ketika sidang media yang diadakan hari ini menyifatkan segala tomahan yang dilemparkan warganet terhadapnya adalah keterlaluan dan sukar diterimanya.

“Tujuan utama saya mengadakan sidang media ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai andaian yang tidak tepat pada diri saya, contoh ada yang mengatakan saya dipukul pasal perempuan, langgar orang dan beri duit RM200. Saya tidak sanggup lagi baca komen-komen berkenaan, mental saya tidak kuat.

“Saya tidak ada tunjuk isyarat tidak senonoh saya sudah tua. Saya kena malu dengan diri saya dan dengan Tuhan saya tidak ada buat benda begitu jujur memang tidak ada,” katanya.

Zainoldin berkata demikian ketika sidang media yang diadakan di kediamannya di Kampung Padang Jawa, dekat sini, bagi menjelaskan tomahan yang dilemparkan terhadapnya dia dipukul penunggang motosikal tersebut pada Ahad lalu.

Penunggang motosikal tersebut direman selama empat hari bermula Isnin yang lalu dan kes disiasat di bawah disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseks4an

Mengimbas kembali kejadian itu, Zainoldin berkata, dia berada di simpang sebelum membelok ke kanan menuju ke Alam Avenue.

Katanya, secara tiba-tiba penunggang motosikal itu menjerit kepadanya sebelum memukulnya beberapa kali.

Bimbang tentang kesihatannya selepas menjalani dialisis sehari sebelum kejadian, Zainoldin berkata, beliau hanya memikirkan untuk memastikan lengan kirinya tidak cedera semasa ditumbuk pemuda itu.

Mngsa, Zainoldin Hussain ketika bercakap pada sidang media mengenai diserang oleh seorang penunggang motosikal di Kampung Padang Jawa Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 25 MEI 2022.

Jelas beliau, ini kerana lengan kirinya merupakan tempat saluran tiub dialisis dimasukkan setiap kali menerima rawatan.

“Masa nak naik jambatan saya duduk sebelah kanan, saya tidak pasti motor itu sudah ada di belakang saya. Masa itu tiba-tiba saya dengar orang menjerit sahaja saya tidak pasti apa dia jerit.

“Jadi saya berhentikan kereta saya sebab saya nak ambil tahu adakah saya langgar dia atau dia langgar saya, saya nak tengok keadaan kereta saya. Lepas itu dia patah balik meluru ke arah saya, tidak cakap banyak terus terajang saya,” tambahnya.

Ekoran kejadian itu, warga emas berkenaan cedera di muka, bahagian kepala, mata kiri dan rusuk.

Meskipun begitu, Zainoldin enggan memanjangkan isu berkenaan dan beliau mengambil pendekatan memaafkan perbuatan penunggang motosikal berkenaan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya anggap pemuda itu macam anak saya. Saya sebagai orang tua perlu ada rasa kasih sayang dan orang muda perlu hormat kita. Kalau dia datang pun saya akan maafkan dia dengan ikhlas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan dan Keselamatan Kampung Padang Jawa, Mohd Azri Said yang hadir pada sidang media tersebut berharap kejadian berkenaan tidak akan berulang.

kredit: sinar harian/trendingsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button