HiIang ketika ‘open house’, ibu terduduk lihat m4yat anak ditemukan Iemas


Demikian luahan dari Muhammad Sukri Ali, 50, bapa kepada Siti Nur Athhiya Sofea, kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun 4 bulan yang hilang dan dikhuatiri lemas di rumah rakit bapanya pada jam 11.15 malam kelmarin.
Menurut Sukri, mereka sekeluarga redha dengan kejadian yang menimpa anak perempuannya itu yang mesra dipanggil Tiya namun berharap ditemui dalam keadaan selamat.
Bercakap lebih lanjut, Muhammad Sukri berkata, selepas menyedari kehilangan anaknya itu, semua orang cuba membantu tetapi gagal sehingga dia melaporkannya kepada polis.
Muhammad Sukri berkata, anak perempuannya pada hari kejadian tidak mahu tidur seperti kebiasaan kerana gembira buat pertama kali majlis sambutan hari raya diadakan di situ.
Terkini, kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang hilang di sebuah rumah rakit di Bukit Rangin di sini ditemui lemas pada jam 11.35 pagi hari ini.
Siti Nur Athhiya Sofea Muhammad Sukri, ditemui anggota penyelamat kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi rumah rakit berkenaan.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa ditemui terapung dipermukaan air, masih dalam keadaan sempurna serta berpakaian lengkap.
Kredit:hmetro/layansudah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: