[VIDEO] Ibu Wak Doyok ‘Reject’ Calon Menantu Status Janda, Kena Cari Anak Dara

Pelakon dan usahawan Wak Doyok masih berstatus solo biarpun umurnya sudah memasuki 43 tahun. Tidak terburu-buru mencari jodoh, Wak berserah pada perancangan Allah SWT.
Tak nak menantu janda
Menerusi video pendek di TikTok @majalahnona, Wak bersama ibu tercinta dilihat sedang ditemu bual mengenai perihal calon isteri.
Kata ibu Wak, calon menantu pilihan dia adalah anak dara. Tegas wanita berumur 76 tahun ini, dia menolak sekiranya bakal isteri anak lelakinya itu merupakan seorang janda.
“Cari yang anak dara. Janda makcik tak nak! Kalau jodoh dia tetap makcik tak nak!
Ketawa dengar jawapan ibunya, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menyifatkan soal jodoh susah untuk diperkatakan kerana itu rahsia Allah.
“Bukan makcik yang nak kahwin tapi saya nak kahwin. Tapi susah kan? Kalau jodoh kita tak tahu.
Nak isteri & ibu tinggal sekali

Ketika ditemui OhBulan!, ikon fesyen Malaysia ini menyatakan ibunya adalah kunci kejayaan dan rezeki dalam kehidupan.
Bercerita mengenai ciri-ciri wanita pilihan, syarat utama adalah untuk tinggal bersama dengan mentua selepas berkahwin.
“Kalau ada yang nak jadi isteri saya akan interview dahulu. Boleh atau tidak tinggal bersama ibu saya? Jika tidak saya akan kata good bye!
“Ibu adalah kunci kepada pintu rezeki dan kebahagiaan. Saya korbankan masa untuk mencari cinta demi memberi tumpuan kepada ibu memandang usia dia juga semakin maningkat.
Video
Wak Doyok tak fikir soal jodoh.
Sebelum ini, Wak pernah berkongsi beliau mahu dijodohkan dengan seorang wanita yang bertugas sebagai guru.
Namun hasrat untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dilupakan kerana terlalu sibuk bebanan kerja.
Beliau juga mengakui pernah dijodohkan dengan seorang gadis oleh ibunya, namun beliau sendiri masih belum bersedia.
Sumber: TikTok @majalahnona
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: