Lana Nordin Melenting Ditegur Netizen Uli Roti Utk Dijual Tpi Tak Pakai Sarung Tangan.

Pelakon dan usahawan Lana Nodin tampil memperbetulkan skeptikal segelintir pengguna media sosial yang mengecamnya membuat roti tanpa memakai sarung tangan.
Jelas Lana, dia perlu tampil bersuara untuk menjelaskan perkara rasional yang tidak sepatutnya dijadikan isu oleh warganet.
“Saya sebenarnya okey je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.
“Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.

“Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik… Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.
“Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex.
“Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan… Perlu saya tegur saya tegur, saya nak educate mereka supaya mereka tahu,” ujarnya.
Lana ditemui pada majlis pelancaran gedung menjual barangan bakeri, Lana’s Bakery Land di Kota Damansara, Selangor pada Ahad.
Enggan bermuka-muka, kata Lana tindakannya yang dilihat kerap ‘bergaduh’ dengan netizen merupakan sikap sebenar dirinya.
“Siapa kenal saya, depan-depan sound direct. Semua tahu perangai saya. Tak ada yang gray area, sama ada hitam atau putih saja.
“Nak kenal saya ni senang saja straight forward. Kalau saya tak suka saya cakap, tak suka simpan rahsia atau bermuka-muka!” tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Lana akhirnya membuka gedung beli-belah barangan bakeri yang telah diusahakannya sejak dua tahun lalu.
“Dari PKP saya mula usahakan Lana’s Bakery Land dan ketika tempoh itu, saya pun turut terjejas. Sewa tetap jalan, duit tetap mengalir walaupun kedai belum boleh beroperasi.
“Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya. Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini…
“Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan. Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda saya perlu usahakan dari A-Z, kena tahu memasak,” ujarnya.
Lana Nodin Balik Malaysia, Bakal Buka Kedai Bakeri.
Sekian lama menyepi selepas pulang ke Amerika Syarikat pada September tahun lalu, perkongsian terbaru pelakon Lana Nodin baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
Menerusi entri itu, Lana memaklumkan gudang bakeri terbesar Lana’s Bakery Land bakal dibuka tidak lama lagi. Menurut Lana, ianya gudang jualan bakeri borong yang dikatakan terbesar di kawasan Kota Damansara dimana menjual produk bakeri serta bakeri air tangannya.
Perkongsian Lana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk pelakon Rita Rudaini yang bertanyakan adalah mereka yang tidak divaksin boleh masuk kedainya.
Komen Rita itu dibalas oleh Lana dengan mengatakan bahawa kedainya tidak mengamalkan diskriminasi dan sesiapa sahaja dijemput datang walaupun tidak di vaksin.
Terdahulu, Lana menafikan dirinya anti vaksin namun menuggu vaksin yang dihasilkan betul-betul selamat untuk digunakan kerana ia masih dalam proses ujian klinikal.
Sumber : Gempak, rotikaya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.