“Salah ke saya karaoke? ” – Aksi Mak Wan Latah berj0get sambil karaoke dikec4m netizen, dakwa jadi punca percer41an

GARA-GARA memuat naik video sedang berkaraoke, pelakon Mak Wan Latah menerima kec4man netizen sehingga ada yang mendakwa perbuatannya itu menjadi punca percer41an dengan bekas suami.
Menjawab kritikan tersebut, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, aktiviti karaoke itu merupakan salah satu cara untuk dia melepaskan tekanan selepas penat menjalani penggambaran.
Video:
@_makwanlatahofficialhidup mesti hepy?tabarakallah.? original sound – _makwanlatah
“Salah ke saya karaoke? Itu adalah video lama dan memang saya suka berkaroke. Bila tertekan selepas shooting saya berkaraoke. Ada ke hukum yang katakan salah?
“Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri.
“Tolonglah jangan suka kec4m orang lain. Cukup-cukuplah tu,” jelasnya.
Saya tidak usik sesiapa pun, jadi kenapa nak marah? Saya buat hanya untuk gembirakan diri sendiri
MAK WAN LATAH PELAKON
Dalam pada itu, Mak Wan juga memohon agar netizen tidak terlalu cepat meletakkan sebarang hukuman atau mudah memberi kecaman.
Pelakon drama 7 Hari Mencintaimu 3 ini juga menegaskan perceraian dengan bekas suami sudah tertulis dan ia bukan alasan untuk orang lain mudah bercakap buruk tentang dirinya.
“Hati kita jangan hitam… Jangan menghukum seseorang disebabkan dia sudah bercer41.
“Itu semua adalah perancangan Allah. Kita tidak boleh melawan takdir,” ujarnya.

Mak Wan bersama bekas suami dan keluarga.
Mak Wan mendirikan rumah tangga dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.
Perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 April.
Mak Wan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari tersebut dengan alasan tertentu.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: