[VIDEO] Sibuk Buat Live Sampai Sejam Rider Kena ‘Sidai’, pemuda mengaku salah tapi dah bagi tip RM10… Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan - Menujukebenaran
Uncategorized

[VIDEO] Sibuk Buat Live Sampai Sejam Rider Kena ‘Sidai’, pemuda mengaku salah tapi dah bagi tip RM10… Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan

Umum sedia maklum yang pekerjaan sebagai penghantar makanan atau food rider bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Walaupun mereka dikatakan boleh mendapat untung yang lumayan, mereka terpaksa berpanas, berhujan dan terdedah kepada risiko. Itu belum termasuk kena melayan kerenah pelanggan bermacam ragam.

Baru-baru ini, situasi yang sama turut terjadi kepada seorang penghantar makanan ini apabila pelanggan yang telah memesan makanannya salah meletakkan pin lokasi. Lebih mengecewakan lagi, usaha lelaki tersebut untuk menghubungi pelanggannya menemui jalan buntu bila individu berkenaan tak angkat panggilan.

Abang rider bengang, tendang pintu lepas berjaya hantar pesanan makanan

Ketika berhasil dihubungi, rider itu akhirnya berjaya juga menghantar pesanan tersebut. Walau bagaimanapun, dia jelas rasa cukup bengang dengan kejadiaan berkenaan. Meskipun customer sudah meminta maaf dan tawarkan ‘tips’, penghantar makanan berkenaan tetap naik angin lalu menghayunkan tendangan ke arah pintu.

Dalam video yang dimuat naik di TikTok oleh pelanggan ini sendiri iaitu @uciluna_, dia memaklumkan yang rider tersebut tak bagi kerjasama serta sanggup tendang barang-barang yang ada dekat luar pejabatnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak meletakkan kesalahan 100 peratus kepada food rider tersebut. Tambah

netizen, kesalahan meletakkan pin memang akan sukarkan lagi tugas mereka. Tak lupa juga ramai yang menasihati pelanggan ini supaya tidak cuai dan memahami situasi rider yang penat mencari rezeki.

Aksi tendang pintu bukan gimik

GARA-GARA tidak mengangkat panggilan telefon daripada seorang penghantar makanan atau rider, pemuda bernama Muhammad Khairul Shukri atau Uci menerima kecaman hebat netizen di aplikasi TikTok.

Cerita Uci, 21, rider itu menjadi lebih bengang apabila rakan kongsinya yang dikenali sebagai Ema hanya memberi tip sebanyak RM10 atas kelewatan tersebut.

“Ema ni tidak tahu apa-apa sebab Uci yang order makanan, kemudian Ema bagi tip RM10 dan rider tu marah.

“Uci rasa ini bukan salah dia dan dia memang berhak untuk marah sebab kesilapan Uci sendiri.

“Uci ajak berbincang secara baik dan nak bawa dia keluar dari pejabat sebab ada ramai staf waktu tu tapi dia dah mula tendang pintu.

“Dia turun tangga dan sepak pula rak kasut… Uci memang rasa nak ikut dia tapi dalam keadaan tu rasa takut pula,” katanya kepada mStar.

 

KREDIT: MSTAR

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button