Menang Kes S4man Dgn Bekas Isteri, Ini Kata2 Johnny Deep Buat Amber Tak Senang Duduk

Selepas enam minggu perbicaraan kes saman fitnah Johnny Depp, 58, terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, juri yang bersidang Mahkamah Circuit di Fairfax Country di sini, hari ini memutuskan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).
Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.
Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta), dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu.
A US jury on Wednesday found Johnny Depp and Amber Heard defamed each other, but sided far more strongly with the ‘Pirates Of The Caribbean’ star following an intense libel trial involving bitterly contested allegations of sexual violence and domestic abuse. Photo: AFP
Barisan tujuh juri mula memperhalusi dan membahaskan keterangan dikemukakan saksi kes saman Depp terhadap Heard sejak Jumaat lalu, lapor agensi.
Depp memfailkan saman fitnah terhadap Heard atas penulisannya untuk kolum Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).
Heard yang juga pelakon filem Aquaman, membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada Depp.
Dalam keterangan kepada mahkamah, Depp menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa wanita itu yang sering bertindak ganas.

KATA KATA JOHNNY DEPP SELEPAS MENANG
Melalui kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG) kira-kira empat jam lalu, Depp meraikan kejayaan memenangi kes saman malu itu.
“Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, juga mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya, berubah sama sekali.
“Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tuduhan jenayah yang palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ini mencetuskan kebencian ramai yang berterusan biarpun tiada dakwaan dibuat ke atas saya.
“Perkara ini memberi impak terhadap kehidupan dan karier saya. Enam tahun kemudian, juri beri kehidupan saya semula… Saya sangat rendah diri,” katanya yang tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang peminat sepanjang perbicaraan berlangsung.
Melalui kenyataan penuh emosi itu, Depp berharap usaha yang dilakukan bagi memulihkan maruahnya membantu insan lain yang mungkin berdepan situasi sama.
Depp berterima kasih kepada hakim, juri, kakitangan mahkamah dan semua pihak lain termasuk kumpulan peguam yang melakukan tugas terbaik membantunya menegakkan kebenaran.
Sementara itu, dalam kenyataannya, Heard meluahkan rasa kecewa dengan keputusan juri, lapor NBC News.
“Kekecewaan yang saya rasakan hari ini tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Saya patah hati semua bukti yang dikemukakan tidak mencukupi.
“Saya lebih kecewa dengan impak keputusan juri ini terhadap wanita. Ini suatu ‘setback’ (langkah berundur) apabila wanita yang menegakkan hak namun akhirnya dimalukan.
“Ini suatu ‘setback’ apabila keganasan terhadap wanita tidak diberi perhatian serius.
“Saya sedih tewas kes ini. Tetapi saya lebih sedih apabila saya hilang hak yang saya fikir ada sebagai rakyat Amerika Syarikat (AS),” katanya.
Sumber – AGENSI via BHARIAN ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: