Uncategorized

“Abang tak main taik dik, adik yang gila bayang” bila mamu bersuara memang makan dalam betul

Di Instagram, Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik posting berbentuk sindiran terhadap seseorang.

Abang tak main taik dik. Adik yang gila bayang. Maaf kalau gambar kurang sopan. Gambar ni abang rasa macam harem. Tu yang post tu. Happy weekend people.

Menerusi posting Sharnaaz, rata-rata netizen mendakwa pelakon tersebut menyindir Shila Amzah susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi tersebut semalam.

Terdahulu, Shila memberitahu dia menolak untuk kembali bercinta dengan Sharnaaz. Tambahnya, dia meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk kebahagiaan mereka masing-masing.

Berikutan daripada itu, Sharnaaz didakwa masih mempunyai perasaan dan menaruh harapan terhadap Shila Amzah.

Bagi mengelakkan salah faham daripada terus berterusan, Sharnaaz dipercayai sengaja memuat naik posting berkenaan. Apapun kita doa yang terbaik buat mereka.

Kembali Bercinta Dengan Sharnaaz Ahmad? Ini Komen Shila Amzah

Semenjak pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad memberi sokongan terbuka kepada penyanyi Shila Amzah ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 berlangsung baru-baru ini, nama mereka berdua sering dikaitkan sehingga ke hari ini oleh netizen yang mahu melihat mereka kembali menjalin cinta.

Pelantun lagu Patah Seribu itu berkata, dia menerima gurauan peminat dengan hati yang terbuka, namun turut memohon agar peminat mendoakan kebahagian dia dan bekas kekasihnya itu dengan pasangan masing-masing kelak.

Shila, 32, memberitahu status mereka akan kekal sebagai seorang kawan dan tidak lebih daripada itu kerana mereka pernah melalui fasa bercinta yang disifatkan sebagai toksik.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang baik-baik untuk kami. Tapi, saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in a relationship.

“Saya tidak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.

“Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuma saya rasa tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu.

“Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen YouTube video sesi temu bual Shila dan mStar mendapati ramai dalam kalangan wanita yang memahami isi hatinya apabila disoal mengenai percintaan dengan bekas kekasih.

 

Sumber : Sharnaaz Ahmad / 0hbulan / m star

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.