“Amy, Lu Ingat Kalau Gua Dah Takde..” Amy Tak Dapat Tahan Seb4k Ingat Kata2 Arw4h Yazit Ahmad Di Konsert Endemik

Kuala Lumpur: “Gua mahu jadi ‘star’!”. Kata-kata vokalis kumpulan Search, Amy beberapa puluh tahun lalu kini menjadi kenyataan apabila nama kumpulan Rock legenda itu kekal relevan hingga hari ini.
Mempersembahkan lebih 20 lagu popular mereka di Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung di Zepp KL malam semalam, Amy berkongsi mengenai impiannya lebih 40 tahun lalu yang kini menjadi kenyataan.
“Kita punya mimpi yang besar. Apabila ditanya oleh sahabat dan kenalan saya di Johor mengenai impian saya, saya beritahu mereka, saya nak jadi ‘star’.
“Kami (anggota kumpulan Search) dah lama kenal sejak 1978 dan selalu ‘jamming’ sama-sama. Hari ini, inilah akar Search,” katanya.
Semalam, berlangsungnya malam kedua yang juga malam terakhir konsert dengan pelbagai emosi dan perasaan.
Ribuan penonton yang hadir kelihatan begitu teruja dengan ‘energy’ yang disalurkan dari pentas di samping sistem bunyi, susunan muzik, pencahayaan bahkan konsep konsert yang begitu santai dan berjalan dengan sangat lancar.
Persembahan Search dengan lantunan vokal mantap Amy tidak pernah mengecewakan dan setiap penonton yang hadir kelihatan terhibur serta bersama-sama menyanyikan lagu yang didendangkan.

AMY menjayakan konsert Search di Zepp KL
Dalam usia penghujung 50-an dan ada yang sudah menjengah angka 60-an, mereka masih mampu memberikan persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu hit antaranya Pelesit Kota, Nigina, Isabella, Fantasia Bulan Madu termasuklah dua single baharu, Endemik I dan Endemik II.
Yang pasti, konsert ini akan menjadi penanda aras buat artis-artis lain bukan sahaja dari sudut sambutan penonton, tetapi juga dari sudut persembahan.
“Bapa Crowd Surfing, Anak Sambut”-Nabila Huda
Perkongsian momen indah oleh Nabila Huda yang turut sama dapat menyaksikan persembahan Amy
SEMASA SELEBRITI : AMY DIB3NCI DI PENHUJUNG KARIER…???
Selepas konsert Endamik, legenda rock Amy Search menjadi perbualan hangat di kalangan netizen. Ramai yang mempertikaikan ketelusan beliau mengenai kerinduan yang beliau zahirkan terhadap arwah Yazid, yang merupakan salah seorang ahli band legend itu.
Malah… Kebanyakan netizen melahirkan rasa tidak senang terhadap beliau. Rata – rata melontarkan komen negetif, yang menzahirkan keb3ncian terhadap Amy. Nampaknya, Amy telah dib.enci oleh kebanyakan peminat ketika di hujung kariernya….?
kredit: BraderFilem
Amy Search sebak terkenangkan Yazit
Vokalis kumpulan Rock legenda tanah air, Amy Search menitiskan air mata saat membuat persembahan di Konsert Search Endemik 2022 yang berlangsung di Zepp KL, malam semalam.
Titisan air mata dan rasa sebak dalam dadanya itu adalah atas rasa kerinduan terhadap sahabatnya, yang juga pemain dram kumpulan itu, Allahyarham Yazit Ahmad.
“Malam ini, saya sangat sedih. Sungguh sedih sebenarnya. Tidak ada seorang lagi sahabat yang kami sayang iaitu arwah Yazit. Pastinya, anda di sini pun begitu rindukan ‘ketukan’ dia,” katanya.
Di pentas itu, Amy berkongsi sedikit kisah kenangannya bersama Yazit yang baginya setaraf dengan pemain dram Led Zeppelin, John Bonham.
“Dari dulu, kami sangat akrab dengan arwah Yazit. Dia adalah orang yang sangat berdisiplin soal kerja. Dia pantang kalau lambat, sentiasa menepati masa. Dia seorang yang serius, tapi juga kelakar dan dia sangat suka dengan gurauan saya.
“Dia suka masakan saya, asam pedas daging dan juga sambal sardin,” kata Amy.
Amy juga turut berkongsi pesanan Yazit kepadanya, meminta supaya dia menjaga hasil karya seninya untuk manfaat keluarganya sekiranya dia sudah tidak ada.
“Dia pernah berpesan kepada saya, ‘Amy, lu ingat, suatu hari kalau gua dah tak ada, gua amanahkan lu tengokkan hasil kerja seni gua untuk anak bini gua yang gua tinggalkan’.
“Pada masa itu, saya rasa macam, kenapa nak kena cakap begitu?
“Ada satu ketika, sewaktu dia tengah sakit, saya pernah cakap dekat kawan-kawan, kalau apa-apa jadi kepada Yazit, kita kena jaga keluarga dia dan semua hasil kerja seni dia,” katanya.
Selepas perkongsian itu, Search meneruskan konsert dengan mempersembahkan lagu khas buat Yazit, berjudul Hello Kawan.
Yazit disahkan meninggal dunia pada 26 September 2019 di Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan otak yang berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan.
Kenangan di awal penubuhan kumpulan Search
Apa kata anda? Kobgsikan bersama kami
kredit: hmetro, ig Nabila Huda
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: