Sombong kau wahai anak-anak. Mak duduk rumah sebelah pun tak pernah nak berbuka sama2 dengan mak - Menujukebenaran
Viral

Sombong kau wahai anak-anak. Mak duduk rumah sebelah pun tak pernah nak berbuka sama2 dengan mak

Pernah terfikir nak berpisah dengan suami supaya saya dapat berbakti sepenuhnya pada mak ayah saya. Tapi, entahlah.

Terima kasih kerana sudi siarkan cerita saya. Maaf kalau panjang sangat. Saya harap semua baca sampai habis, untuk pengajaran semua.

Saya anak sulung. Mak ayah masih ada. Suami anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Semua pun dah kahwin.

Lepas berkahwin saya tinggal dengan emak mertua. Bapa mertua dah lama meninggal, saya tak sempat kenal pun.

Saya tak kisah tinggal dengan emak mertua sebab suami pernah cakap dia nak jaga mak dia sampai akhir hayat mak dia.

Mak mertua saya dah umur 65 tahun. Dah tak larat sangat pun. Saya tak kisah penuhi hasrat suami untuk sama-sama jaga mak mertua.

     

Kakak ipar yang duduk sebelah rumah ni pun, tak pernah berbuka dengan mak mertua saya ni.

Saya pernah tanya suami, kenapa tak ajak kakak ipar yang sebelah rumah ni berbuka dengan mak. Dia cakap malas nak tanya nanti bermasam muka.

Aik? ajak berbuka makan sama-sama pun boleh masam muka ke? Pelik sungguh.

Tapi, kalau baca kat whatsapp group kemain sorang-sorang. Share pasal quote ustaz betapa pentingnya doa seorang ibu lah,

kewajipan menjaga kebajikan ibu lah, cara bahagiakan ibu lah. Masing-masing berlumba-lumba share quote2 berkaitan ganjaran menjaga mak.

     

Masuk ni, dah 7 tahun jugak saya tak beraya dengan mak ayah saya. Raya pertama je kat rumah mertua.

Every year without fail. Awal2 saya tak kisah. Tapi, dah masuk tahun ke 7 ni, saya dah mula rasa meluat.

Mak ayah saya hidup lagi. Saya anak sulung. Tanggungjawab kat mak ayah, saya tak dapat jalankan dengan baik sebab sibuk fikirkan hal mertua.

Tahun ni, saya cakap kat suami, saya nak hari raya pertama kat rumah parents saya. Boleh agak tak apa yang jadi?

Of course kami bergaduh! Suami tak nak sebab alasan dia nanti mak dia tinggal sorang.

     

Saya bekerja dan gaji saya lebih besar dari gaji suami. Setiap bulan, saya yang keluarkan belanja lauk.

Saya siap bagi duit poket lagi kat mak mertua. Kat mak ayah saya sendiri, duit yang saya bagi tu la duit lauk, tu la duit yang diorang nak guna buat bayar benda2 lain. Sedih kan?

Saya dah bosan. Saya letih, penat, meluat, menyampah dan macam2 lagi perasaan bercampur baur.

Pernah terfikir nak berpisah dengan suami supaya saya dapat berbakti sepenuhnya pada mak ayah saya. Tapi, entahlah.

Nasihat saya, jagalah mak korang baik2. Mak hidup lagi la kena hargai. Hargai mak tu bukan dengan cara berdoa kat whatsapp tapi, buat dengan perbuatan.

Saya ni menantu dalam keluarga ni. Nak tegur kang, jadi lain pulak. Tolonglah doakan saya dapat berbakti kat mak ayah saya ye ;(

 

Kredit: buletinkrt

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button