Uncategorized

Ramai Terkejut Lihat Perubahan Terkini Penyanyi Adibah Noor, Beliau Tampil Jelaskan Apa Yang Jadi

Semakin kurus! Adibah Noor amalkan 6 suap sekali makan… Jaga kesihatan kerana faktor usia

PENAMPILAN terbaharu penyanyi Adibah Noor yang dilihat semakin kurus berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai.

Adibah, 52, yang berkongsi foto terkini di Instagram pada petang Rabu menerima pelbagai respons netizen yang kagum dengan imej baharunya itu.

Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan cara tersebut.

“Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia.

“Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.

Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia

ADIBAH NOOR

PENYANYI

“Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja,” ujarnya kepada mStar.

Berkongsi amalan permakanannya, Adibah berkata, dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badannya seperti sekarang ini.

“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.

Adibah elak mengambi makanan diproses.

“Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.

“Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin,” katanya.

 

Komen netizen:

Bagi yang nak kenal siapa adibah Noor, korang boleh baca biodata adibah noor ini di bawah ya. Pemilik Nama penuh Adibah Noor binti Mohamed Omar ini dilahirkan pada 3 September 1970.

Pada tahun 2021, Dia di kenali sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara majlis, pengisi suara dan bakat iklan yang terkenal di Malaysia.Adibah Noor berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan seorang guru yang mengajara Bahasa Inggeris tau.

Dia juga lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada tahun 1994, Adibah Noor menyertai pertandingan nyanyian buat pertama kalinya dalam pertandingan SUara 90-an Nescafe. Rezeki nya apabila dia berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

Pada tahun 2006, Namanya melonjak naik dengan lagu terlalu istimewa yang di buat khas sebagai solidariti kepada kes rogol dan pembunuhan ngenri seorang gadis berusia 12 tahun di Johor bahru.

Hasilnya, lagu tersebut masih terngiang-ngiang dan masih diputar di station radioa tanah air sehingga kini.

Adibah Noor pernah mengeluarkan albumyang mengandungi lapan lagu,  termasuk kolaborasi dengan penyanyi hebat lain seperti Misha Omar, Anuar Zain, Amir Jahari, Nassier Wahab, Dina Nadzir dan Sam Innuendo

Hebat betul adibah noor ni kan. Selalunya kita tengok dia banyak berlakon terutamanya dalam drama atau rancangan komedi sahaja. Tetapi sebenarnya dia merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat. Kalau tidak macam mana boleh menang AJL kan. hehe

Itu sahaja ringkasan biodata adibah noor, untuk sambungannya korang boleh sambung baca di bawah ini.

Senarai Filem, Telefilem, Drama dan Lagu dalam Biodata adibah Noor.

Tahun 2004, Adibah berlakon dalam filem legend iaitu filem Sepet dengan membawa watak sebagai Kak Yam.

Kemudian pada tahun 2006, Adibah berlakon dalam filem Buli Balik dan juga Gubra.

Pada tahun 2007, Filem lakonan Adibah Noor ada Mukhsin Mukhsin Kak Yam.

Antara filem lain yang dilakonkan oleh adibah adalahTalentine (2009) dan membawa watak sebagai cikgu Adibah. Filem Magika (2010) sebagai Mak Cik Halia, Filem Hooperz sebagai coach d, filem crayon sebagai mak engku dan filem aku tak bodoh sebagai Mak Jah.

Pada tahun 2011, filem yang dilakokan oleh adibah adalah Nasi lemak2.0 sebagai Nor. Kemudian tahun 2015 pula berlakon dalam filem fundamentally happy sebagai habiba.

Tahun 2017 pula, berlakon dalam filem mencari rahmat sebagai datin azizah dan pada tahun 2021 pula adibah berlakon dalam filem selamat hari X Jadi sebagai Dekan. Kemudian dalam filem Chomel sebagai Hakim Zulaikha dan terbaru dalam Filem Hantu Ke Lim sebagai Puan Sri Zaleha.

Drama Lakonan

Antara drama lakonan Adibah Noor pula adalah drama pua chukang (2009) Small Mission enterprise (2012), Oh MY English (2012,2013 dan 2017).

Kemudian drama jadikan aku yang kedua (2017,Drama lafazkan kalimah cintaku (2018), drama plan cinta (2019) drama kampug people 2 dan rumah dara pada tahun 2020. Tahun 2021 pula drama covid oh covid menjadi karya terbaru lakonan adibah noor.

Untuk telemovie pula, pada tahun 2014, telemovie Nostalgia, pada tahun 2017 cupid dan bisik pada allah dan terakhir pada 2019 iaiu telefilem pendoa yang ikhlas.

Selain berlakon, Adibah Noor juga terkenal dengan suaranya yang sedap dan telah mengeluarkan beberapa buah lagu. Antaranya adalah Terlalu Istimewa pada tahun 2005, kemudian lagu TEMAN pada tahun 2010 dan Jiwa Sentuh Jiwa pada tahun 2017.

Antara lagu lain yang turut dinyanyikan oleh Adibah Noor adalah Zapin Cinta SMS duet dengan Senario, Happy Thoughts ft Doul.

Lagu Hujan iaitu lagu tema filem mukhsin dan lagu Bahasa Rindu berduet dengan Nizam.

 

Anugerah yang pernah di menangi

 

Dalam Biodata Adibah noor ini, kami nak bagitahu yang Adibah Noor pernah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 2006 dalam bebearapa kategori iaitu, Vokal Terbaik, Kategori Balada dan juga Lagu terbaik.

Kemudian dia juga pernah di nobatkan Juara Hits 1 Akhir pada tahun 2007 untuk lagu terlalu istimewa dan juga Persembahan terbaik untuk lagu yang sama.

Sebab itu, bakat Adibah noor ni bukan calang-calang. Dia memang boleh menyanyi tau!

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.