Uncategorized

Wanita Mengaku Dilamar Azri Iskandar 2 hari lepas cerai Elly Suriaty, siap bawa jumpa keluarga. Tapi terkejut dpt berita nak kahwin orang lain

GEMPAR! Baru sahaja mengumumkan bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera, muncul pula seorang wanita yang mendakwa dipermainkan pelakon Azri Iskandar.

Wanita yang mahu dikenali sebagai F mendakwa aktor itu pernah berjanji untuk bernikah dan sudah berjumpa keluarga Azri di kampung.

Berkongsi lanjut perkenalan dengan pelakon itu, F berkata, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu namun berhubung semula dua hari selepas Azri bercerai dengan pelakon Elly Suriaty.

“Saya dah kenal dia dalam lima tahun, dah lama lost contact. Tapi apabila dapat tahu dia cerai saya just contact tanya khabar dan tanya kenapa cerai selepas 19 tahun. Hubungan tu jadi rapat balik.

“Dia ajak jumpa selepas dua hari cerai tu. Tapi saya taknak sebab saya tak mahu dikatakan punca keretakan rumah tangga mereka,” katanya kepada mStar.

F membuat pendedahan kepada mStar.

Namun kata F, dia kemudiannya bersetuju untuk bertemu Azri.

“Ketika perjumpaan itu, Azri ada memberitahu niatnya untuk bernikah dengan saya dan membawa saya untuk pulang ke kampung halamannya berjumpa dengan makcik dan ahli keluarga lain,” katanya.

Kata F, dia agak terkejut dengan pelawaan tersebut dan menganggap ia terlalu cepat bagi seorang lelaki membuat keputusan untuk berkahwin selepas bercerai.

Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah.

“Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah. Saya pun tak habis fikir lagi. Tapi saya kata benda ni baru lagi kenapa nak nikah.

“Apabila dia ajak balik kampung saya ikut je la, tujuan dia untuk ziarah kubur. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia… semua baik,” ujarnya.

Bagaimanapun F mengakui terkejut dan rasa dipermainkan selepas membaca berita bahawa pelakon tersebut bakal berkahwin dengan wanita lain dalam masa terdekat.

1

Azri dan Elly sah bercerai.

“Dia ada tunjuk perubahan sikit lepas balik dari kampung tu, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan.

“Saya undurkan diri. Sebenarnya saya terkilan juga tapi nak buat macam mana, apabila saya fikir balik itu adalah jodoh dia,” ujarnya.

Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat.

Video,

 

Azri Iskandar kenal bakal isteri selepas 12 hari cerai dengan Ellie Suriaty… Rancang nikah dalam masa terdekat

BELUM pun sebulan bercerai, pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal kembali berumah tangga dengan seorang penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

Azri, 54, memberitahu dia akan menghantar rombongan meminang wanita berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya belum ada lagi tarikh kahwin, mungkin dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis jumpa keluarga perempuan untuk merisik,

“Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini,” ujarnya kepada mStar.

Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin

Berkongsi perkenalan dengan Azra, 43, Azri berkata, dia mengenali wanita itu 12 hari selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.

Pelakon Sabarlah Duhai Hati itu berkata, dia jatuh hati dengan Azra yang juga seorang penulis skrip ketika pertemuan pertama.

“Saya jumpa Azra selepas 12 hari bercerai dengan Ellie, itu pun sebab satu projek drama RTM, kemudian saya hubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip drama itu.

“Daripada situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Rupanya dia juga sukakan saya, kami rancang untuk berkahwin kerana masing-masing dah berusia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azri menegaskan hubungannya dengan Azra bukanlah punca rumah tangganya musnah.

AZRI5

Azri Iskandar sudah terbuka hati kahwin lagi selepas bercerai dengan Ellie.

Tambahnya, dia membuat keputusan untuk berkahwin berikutan tidak mahu membuang masa dan usia yang semakin meningkat.

“Saya nak move on dan tak nak buang masa sebab dah jumpa orang sesuai, tapi perkahwinan ini bukan punca saya bercerai dengan Ellie.

“Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin,” ujarnya.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan pengarah dan pelakon Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *