“Azri Mudah Kahwin Dengan Saya, Cer4i Pun Mudah”- Ellie Suriaty Dedah Tak Pernah Minta Seutas Rantai

Pelakon dan pengarah hebat, Ellie Suriaty mendedahkan kemanisan rumah tangganya selama 19 tahun sudah tidak dirasai sebelum mengambil keputusan untuk berundur diri dari perkahwinannya dengan Azri Iskandar.
Kata Ellie perubahan pada Azri sudah mula kelihatan dan dia tidak mahu meneruskan kehidupan bersamanya sebegitu.

“Saya kenal lelaki (Azri) ini 19 tahun atau 22 tahun termasuk perkenalan sebelum berkahwin. Jadi saya tahu perubahannya dari segi body language semua. Jadi saya faham dan saya tak mahu bertanya kerana kita pernah laluinya.
“Kadang-kadang dia seperti tidak hidup di dalam rumah… Saya ni bawa pergi malam pun saya dah seronok. Dapat barang pre-loved pun suka kerana bagi saya momen itu bukan lagi barang atau material. Tak perlu pun terbangkan saya ke London atau Paris,” luahnya.
Ellie meluahkan isi hatinya kepada pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dalam program Hard To Heard yang ditayangkan di Astro Ria, jam 9.30 malam tadi.
“Dia mudah kahwin dengan saya dan cerai pun mudah…Sepanjang hidup dengan dia saya tak pernah mintak seurat rantai, barang kemas, cincin berlian atau apa…
“Apa yang saya perlukan kesetiaan, saya tak pernah mintak duit sebulan RM5,000 ke kerana wang bukan isunya…Its always about love,” ceritanya lagi.
Banyak lagi perkongsian dan luahan yang dibuat Ellie sehingga mengalirkan air mata selepas bercerai dengan Azri pada 17 Mei lalu.
Saksikan semula siaran penuh program Hard To Heard episod Ellie Suriaty yang tersedia di menu Astro VOD (Video On Demand) pada bila-bila masa.
Sumber: Gempak
Azri Iskandar nak nikah bulan ini
Kuala Lumpur: “Betul abang akan nikah. Apabila sudah ada tarikh saya akan beritahu.”
Itu kata pelakon, Azri Iskandar sekali gus mengesahkan dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya yang juga penulis skrip, Dr Azra Diera, 43.
Azri, 54, ketika dihubungi berkata, dia bakal menghantar rombongan merisik pada 23 Jun ini.
“Buat masa sekarang tarikh nikah belum ada. Insya-Allah dalam masa dua minggu ini saya akan ke Perlis berjumpa keluarga perempuan untuk merisik. Saya nak bincang dengan keluarga Azra untuk percepatkan perkahwinan, kalau boleh bulan ini,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai hubungan mereka, Azri berkata, dia mengenali wanita itu 12 hari selepas bercerai dengan Ellie Suriaty.
Namun, Azri menafikan Azra punca perceraiannya dengan Ellie.
“Saya berjumpa Azra selepas 12 hari bercerai dengan Ellie. Kami bekerjasama dalam satu satu projek drama RTM. Saya ada menghubungi Azra untuk bertanya lanjut mengenai skrip itu.
“Dari situ saya terus tertarik melihatnya dan berterus terang. Tidak sangka dia juga sukakan saya. Kami merancang untuk berkahwin kerana masing-masing sudah berusia. Saya nak ‘move on’ dan tak nak buang masa sebab sudah jumpa orang sesuai. Namun, perkahwinan ini bukan punca saya bercerai dengan Ellie.
“Saya dah tua tak reti nak bercinta-cinta, kalau dah jumpa seseorang saya nak terus kahwin,” katanya.
Azri dan Ellie sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Sementara dua lagi Ellie mengalami keguguran.
Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27.
Habis sudah air mata saya. Jadi jangan ganggu hidup kami lagi.”
Demikian kata pelakon Azri Iskandar ketika ditanya mengenai tindakan saman yang mahu diambil terhadap seorang wanita yang mahu dikenali sebagai F selepas membuat pendedahan kepada sebuah portal berita yang mendakwa dijanji bernikah dan sudah berjumpa keluarga pelakon itu di kampung.
Azri, 54, berkata, dia juga sudah tidak mahu lagi bercakap berkenaan wanita F itu selepas beberapa siri kenyataan dibuat kepada pihak media.
“Saya dah tak tahu nak marah, sebab saya punya marah dan carutan sudah dilepaskan kepada portal berita dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jadi cukup! Saya takkan cakap apa-apa lagi berkenaan wanita F.
“Air mata saya pun dah habis. Lepas ni air mata saya untuk Dr Azra Diera, 43 saja. Air mata Azra pun untuk saya, bukan untuk perempuan itu,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai keadaan ibu kekasihnya yang jatuh pengsan hingga dimasukkan ke hospital, Azri juga bekas suami pelakon Ellie Suriaty berkata dia masih berada dalam wad.
“Mak Azra masih dalam wad, tapi alhamdulillah dia okay. Tekanan darah menjadi tak stabil sebab dia terkejut selepas menonton video perempuan itu. Dia bukan orang muda, mak dan ayah Azra sudah berusia lebih 70 tahun.
“Kami pun jadi ‘sakit’ disebabkan masalah ini. Mak tu sakit, akibat kejadian ni dia di hospital,” katanya.
Dalam masa sama, Azri mengakui kesal jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati dirinya apatah lagi selepas 34 tahun terbabit dalam bidang lakonan.
“Saya sudah berusia 54 tahun. Saya masuk bidang ini ketika usia 20 tahun pada 1988. Sudah 34 tahun saya bergelumang dengan dunia seni dan sepak terajang dunia lakon. Saya masuk semua bidang lakon iaitu filem, drama, pentas, malah drama radio pun saya buat. Jadi, saya tak suka orang tak hormat saya. Saya buat kerja seikhlas boleh.
“Dulu lagi dah cakap, ini dakwah saya sebagai pelakon. Saya bukan ustaz nak duduk masjid macam kawan lain, saya tak buat macam tu. Saya berdakwah hanya kerana Allah SWT dengan cara tersendiri dalam lakonan. Kalau watak saya jahat, jangan ikut watak itu. Kalau apa saya buat watak baik tu, contohilah kalau mampu. Sebb itu lah cara paling sempurna saya buat dengan lakonkan apa yang penulis skrip ilhamkan.
“Untuk wartawan saya hargai anda, siapa saya kalau anda tiada. Junior dan senior wartawan yang sudah tiada pun semua saya kenang dan ada dalam memori saya sampai saya meninggal dunia,” katanya.
Terkejut sampai pengsan
Dalam pada itu, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata disebabkan dakwaan wanita ‘F’ itu, ibu kekasihnya pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.
Mak Azra sampai rebah sebab terkejut selepas tengok video temubual wanita itu yang dihantar oleh kawan. Kawan mak dia cakap, ‘macam ini ka yang kau nak buat menantu?’
Nasib baik adik Azra ada. Sampai sekarang masih ditahan di hospital. Bayangkan ini bukan perkara kecil.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim terpaksa akur selepas pihak produksi mengambil keputusan menggugurkan namanya dari persembahan Teater Tan Sri Elyas.
Dakwanya, dia menanggung kerugian sebanyak RM8,000 yang boleh ditambah sebagai wang untuk urusan perkahwinan dengan Azra nanti.
Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dan bakal menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun ini.
Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.
Terdahulu akhbar ini melaporkan Azri mahu mengambil tindakan undang-undang dengan saman wanita F dan portal berita susulan pendedahan dibuat sekali gus menganggap tuduhan wanita itu fitnah hingga menjejaskan namanya.