Dapat Gelaran `Gurkha` Tapi Tak Dapat Gelaran Datuk, Ini Rupanya Sebab Arwh Dapat Gelaran Nama `Hamid Gurkha` Yang Ramai Tak Tahu - Menujukebenaran
Uncategorized

Dapat Gelaran `Gurkha` Tapi Tak Dapat Gelaran Datuk, Ini Rupanya Sebab Arwh Dapat Gelaran Nama `Hamid Gurkha` Yang Ramai Tak Tahu

GAYANYA bersahaja dalam menuturkan kata-kata, namun setiap kali berbicara pasti tercuit hati orang mendengarnya. Itulah kelebihan seniman bernama Hamid Gurkha sepanjang 60 tahun bergelar pelakon dan pelawak tanah air.

Sebut sahaja nama Hamid Gurkha, boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia yang meminati drama dan filem sekitar tahun 1980-an dan 1990-an mengenali lelaki ini.

Di sebalik perwatakannya yang lucu, siapa sangka Hamid Gurkha atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman pernah menjadi anggota tentera suatu ketika dahulu.

Menelusuri sejenak pengalamannya sebagai anggota tentera, katanya, beliau menyertai pasukan tentera sekitar tahun 1950-an.

“Waktu itu di pekan, saya lihat ramai orang berkumpul, jadi saya pun pergilah. Rupanya ada tawaran untuk sesiapa yang nak jadi askar.

“Saya disapa oleh seorang pegawai tentera berpangkat sarjan, dia tanya saya nak jadi askar tak? Memandangkan saya tak kerja, saya pun kata memang saya nak, jadi alhamdulillah saya dapat jadi seorang askar Melayu,” katanya kepada Sinar Ahad baru-baru ini.

Tujuh tahun berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja memberikan banyak pengalaman kepada dirinya.

“Sebenarnya nama saya orang panggil Hamid saja. Masa saya masuk askar, ada satu kejadian yang menyebabkan perkataan Gurkha lekat pada nama saya sampai hari ini.

GELARAN GURKHA

Gelaran Gurkha pada hujung namanya mempunyai kisah yang tersendiri dan amat istimewa buat diri beliau. Pak Hamid turut berkongsi bagaimana nama tersebut melekat hingga ke hari ini.

“Ketika mula-mula baru masuk dalam tentera, saya berkawad bersama rakan-rakan lain seramai 40 orang yang mewakili satu platun. Seorang askar berpangkat Sarjan iaitu Sarjan Jantan dari Melaka ditugaskan melatih kami.

Setiap arahan kawad semuanya dalam bahasa Inggeris yang pada awalnya sukar untuk difahami menyebabkan saya sering melakukan kesalahan. Wajah saya pula ketika itu agak mirip askar-askar Gurkha dari Nepal.

Sarjan Jantan menyuruh kami mengangkat tangan untuk perkenalkan diri masing-masing. Tiba giliran saya, Sarjan Jantan terus berkata ‘Haa engkau la si Gurkha tu selalu buat salah!”, cerita beliau.

Menurut Pak Hamid, apabila kembali ke berek, rakan-rakan beliau sudah tidak memanggilnya dengan nama Hamid sebaliknya memanggil gelaran Gurkha.

Bertitik tolak daripada insiden itulah nama atau gelaran Gurkha menjadi sebahagian daripada diri Pak Hamid, dalam jatuh dan bangun dirinya dalam dunia anak seni sehingga kini.

SEJARAH HIDUP

Sememangya sejarah dan kehidupan seharian Pak Hamid tidak pernah lekang. Ada sahaja nasihat atau butir percakapannya akan dikaitkan dengan sejarah ketika zaman penjajahan dahulu.

Contohnya apabila bercakap soal kesetiaan negara, beliau menceritakan bagaimana sikap anak muda ketika itu yang sangat taat serta patuh dengan arahan daripada raja, ibu bapa serta tuan guru yang memberi ilmu kepada mereka.

Berbanding dengan anak muda sekarang, di mana sikap akur itu sendiri semakin terhapus dek kerana arus pemodenan yang sedikit sebanyak telah mengabaikan asuhan adab sopan daripada nenek moyang dahulu, kata beliau.

“Daun-daun pun dia orang tak kenal, daun kunyit, daun serai, daun pandan, daun pisang… semua tak kenal. Dulu orang Melayu ni nak hidup masa Jepun datang mesti ada ubi, keledek dan pisang untuk teruskan hidup.

Kain baju pun dulu susah nak dapat. Kalau seluar koyak tampal, koyak lagi tampal balik sampai tebal macam kusyen. Benang pun dulu ambil dari daun pokok nenas Sarawak,” ceritanya lagi.

Hairan Tak Dapat Pengiktirafan

Terdahulu pelakon Roy Azman berkesempatan melawat Hamid Gurkha di rumahnya

“Alhamdulillah. Sihat2 aje Pak Hamid (heran jugak napelah dia xdpt ‘pengiktirafan’ apa2…dah laa lama dlm industri, bekas askar plak tu. Xpelah Pak Hamid..yg lebih penting org doakan kesejahteraan Pak Hamid dunia akhirat..Aamiin)” tulis Roy Azman

Reaksi netizan

” Betul tue Tuan..ramai pelakon² lama yg x dpat pengiktirafan…dipinggir begitu shj..lebih menghargai pelakon sebrang tambak …dan pelakon² baru…yg adakalanya suam² kuku…klau nak dikira bkan Pak Hamid shj…Badol pun blum dpat apa² pengiktirafan.”komen Shukri Yahya

” Peakonan paling legend dari Pak Hamid yang paling saya suka ..Filem…Aku Yang Berhormat”-Komen Ayu

Esok bila aku sudah tidak mampu…

” Alhamdulillah syukur (bila melihat semangat dia masih kuat sampai hari ni). Anak-anak juga sentiasa mendoakan bapanya agar sentiasa sihat.

” Semangat yang ada pada Pak Hamid membuatkan saya dan anak-anak kuat semangat dan sentiasa mendoakan Pak Hamid.

” Dia pun selalu sangat cakap, tidak mahu susahkan orang selagi dia terdaya dan mampu buat.

” Dia kata ‘esok bila aku sudah tidak mampu, terpulanglah kepada kamu semua’,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan keadaan Hamid hanya terlantar atas katil selepas diuji jangkitan Covid-19, dua bulan lalu.

Namun, bintang yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami pnyak1t kr0nik, sebaliknya hanya msaIah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggI dnia.

Hamid kali terakhir berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019.

Anak tidak menggalakkan Hamid berlakon berikutan msaIah pendengaran dihadapi biarpun penglihatan masih baik untuk membaca skrip.

Menyertai pasukan tentera

Namun, tahukah anda? ketika negara masih di bawah penjajah, beliau memilih untuk menyertai pasukan tentera (RAMD – Rejimen Askar Melayu DiRaja) selama tujuh tahun, bermula pada tahun 1950.

Menurutnya, beliau masih terkenang lagi bagaimana peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sewaktu balai polis di bukit itu telah diserang 180 pengganas komunis.

Beliau yang pada ketika bersama pasukannya ingin menghulurkan bantuan, namun tidak kesampaian ekoran laluan perhubungan antara mereka telah dipotong oleh komunis.

Sehinggalah ke hari ini setelah lebih 25 tahun bergiat dalam dunia seni, beliau masih tidak boleh melupakan persitiwa itu yang mana hanya mereka yang berada di waktu itu sahaja memahami kesusahan dijajah orang luar.

Banyak jasa dalam keselamatan dan dunia hiburan. Tak dapat Datuk pun.. Tapi beliau merupakan penerima Pingat Jasa Malaysia!

PEMERGIAN Allahyarham Hamid Gurkha merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat keluarga malah rakan artis.

Begitulah dirasai rakan selebriti antaranya penyanyi Datuk Nash yang menyifatkan Allahyarham mudah mesra dan sudah dianggap seperti bapa.

Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias, 63, ketika ditemui meluahkan rasa terkilan tidak sempat bertemu arwah buat kali terakhir.

“Memang satu kehilangan yang sangat besar untuk negara kita kerana satu permata sudah meninggalkan kita selama-lamanya.

“Dia diibaratkan seperti ayah buat saya kerana saya kenal isteri dan anak-anaknya.

“Dia pun saya panggil bapa dan isterinya pun saya panggil mak. Dia seorang yang sangat rendah hati.

“Saya rasa terkilan kerana tak dapat berjumpa dengannya semasa saya balik dari Makkah sebab dia dah masuk hospital,” katanya yang ditemui selepas selesai pengebumian.

Allahyarham Hamid meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang Selasa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) akibat penyakit tibi.

Jenazah Allahyarham Hamid selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Klang kira-kira pukul 9.50 malam.

Sementara itu, pelawak Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Mat Yasin, 70, turut berkongsi kenangan bersama Hamid yang tinggal tinggal tidak jauh dari kediamannya.

Menurutnya, mereka sering beriadah bersama-sama ketika arwah masih sihat.

Dia orang yang baik dan umpama bapa. Walaupun kami tak terlalu rapat, tapi dia orangnya memang sangat baik
MAT OVER
PELAWAK

“Dia orang yang baik dan umpama bapa. Walaupun kami tak terlalu rapat, tapi dia orangnya memang sangat baik.

“Semasa dia sihat, kami selalu joging bersama memandangkan tempat tinggal kami tak jauh antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, mStar melaporkan Hamid atau lebih mesra disapa Pak Hamid menjalani rawatan di wad pemantauan HTAR, sejak Khamis lalu.

Beliau ditahan di wad berkenaan akibat masalah kesihatan paru-paru yang dialaminya.

Allahyarham mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami penyakit kronik.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Timah Abdul Hamid, 80, dan lapan orang cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia.

Arwah juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Sumber Bernama/RJ

kredit: Khabar24media.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button