Spekulasi Syamsul dan Ira Kazar bakal kahwin dalam waktu terdekat, Ini Kata2 dari Yusof Haslam

DESAS-DESUS mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian.
Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?
Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.
“Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.
Yusof harap gosip anak bakal berkahwin dengan Ira (kanan) tidak benar.
“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi,” kata beliau ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.
Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.
Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat berkenaan.
Dalam pada itu, Yusof berkata, dia berasa kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.
Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi

Dalam pada itu, Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga.
“Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.
Konflik rumah tangga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.
Yusof ketika menghantar Sarah mengerjakan umrah Ramadan lalu.
Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu.
Sarah juga sebelum ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap Ira namun tindakan tersebut dibatalkan.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.
Puteri Sarah hilang sabar, ‘warning’ Ira Kazar berhenti ganggu Syamsul Yusof! Label tiada maruah asyik kejar suami orang
EMPAT tahun menahan sabar, pelakon Puteri Sarah akhirnya memberi amaran secara terbuka kepada individu yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Dakwa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, wanita yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar masih mengganggu hubungan rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof sejak tahun 2019.
“Daripada dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu, diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya sejak 2019 lagi. Sampai kami (Puteri Sarah dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Apabila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.
“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.
“Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” katanya menerusi Instastory pada Sabtu.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi amaran kepada Ira supaya berhenti menganggu hidupnya lagi.
“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Berhati-hati doa orang yang teraniaya, Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini.
“Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah,” ujarnya.
Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah menarik perhatian netizen.
Puteri Sarah mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan mendakwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka dingin.
Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira yang dikatakan tidak putus asa menganggu suaminya.
“Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kazar? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki? Mana pergi semua teman lelaki anda?
“Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.
“Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” katanya.
kredit: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: