Video Meerqeen Dan Adik Bongsu Curi Perhatian, “Dah Macam Anak…” - Menujukebenaran
Uncategorized

Video Meerqeen Dan Adik Bongsu Curi Perhatian, “Dah Macam Anak…”

Hero drama Melur Untuk Firdaus ini nampaknya semakin mendapat perhatian ramai. Dengan pakej lengkap sebagai seorang pelakon, fizikal dan bakatnya berjalan seiring membuatkan gadis di luar sana mudah ‘jatuh hati’ melihatnya.

Biarpun ini bukanlah drama pertama lakonannya, namun kali ini betul-betul menaikkan nama Meerqeen sebagai seorang pelakon. Malah baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Meerqeen bersama seorang bayi telah mencuri perhatian ramai.

biodata meerqeen 1

Dalam video itu dipaparkan beberapa foto yang menunjukkan pelakon ini bersama seorang bayi dan nampak sangat mesra. Macam dah biasa pegang anak kecil! Kemesraan Meerqeen bersama bayi itu dalam rakaman ini membuatkan ramai yang ‘cair’ menyaksikannya.

Untuk info, anak kecil itu adalah adik bongsu Meerqeen. Berikut adalah rakaman perkongsian Meerqeen dan adik bongsu yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun d4rklov33:

Perkongsian video Meerqeen dan adik bongsu ini telah meraih lebih 1.4 juta tontonan dan 197 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Dah macam anak tengok, comel sungguh la”

 

“Nanti dalam drama diorang dah ada anak. Wajib ambik Qeelqeen untuk watak anak dia hahaha”

 

“Terasa macam anak sendiri”

Screenshot at Jun 13 08-14-18

“Aku sorang je ke ingat Meerqeen anak bongsu?”

 

 

 

Terus menjadi sebutan, penangan drama rantaian TV3 #MelurUntukFirdaus masih belum gag4l mencur1 perhatian peminatnya terutamanya peminat drama melayu tempatan.

Malah, kekal trending menduduki tangga nombor satu tiap kali drama tersebut ditayangkan, klip pendek #MelurUntukFirdaus juga antara yang paling digemari dan sering dikongsikan peminat menerusi aplikasi Tik Tok bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Indonesia, Thailand dan juga Filipina.

Sementara itu, berbekalkan bakat, rupa paras yang elok, jalan cerita yang hebat dan gandingan mant4p pelak0n utamanya iaitu, Meerqeen dan Anna Jobling maka, tidak hairanlah kenapa penonton terus setia mengikuti drama #MelurUntukFirdaus.

Drama ini beri impak yang sangat luar biasa!

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, kejayaan dan sambutan terhadap drama ini sangat membanggakan terutamanya dalam karier lakonannya.

Malah, sambutan serta sokongan yang diterima sejak drama #MelurUntukFirdaus ditayangkan juga memberi imp4k yang sangat luar biasa.

“Wei! Aku terjeb4k tengok drama melayu…Rare betul!”

Justeru itu, Meerqeen juga dilihat kerap berkongsi video dan tngkap layar peminat dari tiga buah negara berkenaan menerusi Instagram Story miliknya sebagai tanda menghargai sokongan yang diberikan.

Menjengah diruangan media s0sial pula, rata-rata peminat tidak sab4r dan berharap agar drama #MelurUntukFirdaus dapat ditayangkan di negara mereka.

Bahkan, ada yang mengikuti drama ini semata-mata mahu melihat beliau apatah lagi ada segelintir yang tidak boleh move on dengan epis0d yang disiarkan.

Sejak akhir-akhir ini pelakon baru dikenali dengan nama Meerqeen mendapat perhatian umum. Lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus di samping Anna Jobling membuatkan peminatnya semakin bertambah.

Berbekalkan rupa paras dan bakat lakonan yang ada pada Meerqeen, ramai wanita di luar sana yang mula jatuh hati dengannya. Jom kenali pelakon baru yang berjaya menambat hati ramai gadis menerusi perkongsian biodata Meerqeen ini.

Biodata Meerqeen

NAMA PENUH: Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam

NAMA POPULAR: Meerqeen

UMUR: 21 tahun

TARIKH LAHIR: 4 Jun 2001

ASAL: Ampang, Selangor

INSTAGRAM: Meerqeen

Kerjaya

Merupakan alumni Hero Remaja 2019/2020, Meerqeen antara 15 peserta yang terpilih dalam pertandingan ini. Pada waktu itu, antara peserta lain bersamanya adalah Nadhir Nasar dan Aniq Suhair. Pada 2017, Meerqeen pernah muncul dalam sebuah iklan yang juga pada waktu dia baru 15 tahun.

Filem pertama lakonan Meerqeen adalah ‘Kelaster’ yang mana dia memegang watak sebagai Usop. Filem tersebut ditayangkan di Astro First.

Manakala drama yang mengangkat namanya dalam bidang lakonan adalah ‘Angkara Cinta’. Dalam drama ini dia berlakon bersama Hun Haqeem dan Wanna Ali.

Kemudiannya Meerqeen muncul dalam drama Marry Me Senorita. Dia berlakon dengan Janna Nick, Dini Schatzmann dan Shaza Bae.

Kehidupan Peribadi

Untuk yang tidak tahu, Meerqeen adalah anak saudara kepada penyanyi terkenal Safura Ya’cob. Ibu saudaranya itu menjadi inspirasi Meerqeen dalam bidang seni.

Nama Meerqeen adalah hasil gabungan nama panjangnya yang diambil dari Shameer dan Shauqeen. Selain dari itu, Meerqeen juga adalah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.

10 fakta menarik mengenai beliau yang disebut-sebut bakal menjadi pelapis ‘hero Malaya’ ini.

1. Barangkali ramai yang tidak tahu, Meerqeen merupakan anak saudara kepada penyanyi era 90-an popular, Safura Yaacob.

2. Beliau menanam cita-cita untuk menjadi pelakon sejak berusia lima tahun.

3. Sebelum penyertaan dalam Hero Remaja 2020, beliau pernah menghadiri pelbagai sesi ujibakat iaitu sejak berumur 15 tahun, namun hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.

4. Demi memberi tumpuan pada karier seni yang semakin berkembang, Meerqeen terpaksa menangguhkan seketika pengajian dalam jurusan Diploma Insurans di Kolej Vokasional Gombak.

5. Mempunyai dua orang pengurus peribadi yang bertanggungjawab mengendalikan urusan berkaitan kerjayanya.

6. Namanya ternyata lebih menyerlah berbanding juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar kerana tawaran dan rezeki yang diterima lebih melimpah ruah!

7. Turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian serta mempunyai perancangan untuk mengetengahkannya, namun diketepikan buat sementara waktu kerana ingin memberi fokus pada bidang lakonan yang diletakkan sebagai karier utama.

8. Merupakan peminat genre muzik RnB.

9. Antara karya yang melonjakkan namanya termasuk drama berepisod, Angkara Cinta, selain filem Kelaster dan Frontliners.

10. Meletakkan pelakon senior, Bront Palarae sebagai idola dalam bidang lakonan.

Penonton kurang senang babak ‘ajak mandi’ dalam ‘Melur Untuk Firdaus’… Meerqeen minta fikir positif, sekadar jenaka

DRAMA Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di slot Lestary TV3 menjadi trending di media sosial.

Ia menerima sambutan hebat penonton apabila aksi lakonan pelakon utama iaitu Meerqeen dan Anna Jobling dilihat serasi membawa watak sebagai pasangan suami isteri.

Namun di sebalik pujian itu, ada juga penonton meninggalkan komen kurang senang dengan babak lakonan mereka yang dikatakan terdapat unsur lucah dan kurang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

“Kami dah jangka perkara ini akan berlaku, itu pun dah banyak babak sudah buang kerana kalau ikutkan skrip, lagilah teruk.

”Saya dan Anna sudah berbincang, apa yang patut untuk dilakukan bersama dan dialoq dalam drama tersebut sebenarnya kelakar.

“Benda itu biasa je sebenarnya, tapi itu okay sikit kalau dibandingkan dengan yang lain dan kalau kita fikir ia kearah positif maka ia jadi kelakar, kalau fikir ke arah lain maka jadi la begitu.

“Kita tidak boleh nak cakap dengan orang untuk terima kami atau sebagainya, setiap cerita mesti ada baik dan buruknya lagipun kami tahu apa yang perlu di buat,” kata Meerqeen kepada mStar.

 

Meerqeen tawan hati penonton

Meerqeen, 21, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam menyifatkan kejayaan dicapai drama adaptasi novel My Rude Wife karya CikNorCinta itu sebagai pencapaian yang membanggakan buat diri dan kerjayanya.

“Saya anggap ini langkah kanan dan pembakar semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang lakonan.

“Bagi saya, ini bukan kejayaan kepada pelakon semata-mata sebaliknya kepada pihak kru dan produksi yang bertungkus lumus dari awal lagi untuk menjayakan projek ini hingga ditayangkan kepada umum.

“Untuk mereka yang sentiasa menyokong, saya amat hargainya. Untuk peminat baru pula, selamat menikmati karya Melur Untuk Firdaus dan teruskan memberikan sokongan kepada kami semua,” katanya.

Menurut Meerqeen yang juga finalis program Hero Remaja 2019/ 2020, dia menerima banyak mesej positif di media sosial.

“Saya bersyukur kerana drama ini memberikan impak yang sangat luar biasa untuk semua peminat. Paling menggembirakan apabila drama ini ‘trending’ sampai ke luar negara dan mendapat perhatian peminat dari beberapa negara jiran. Saya amat hargai sokongan mereka. Memang agak terkejut dengan sambutan diberikan.

“Jujurnya ramai yang menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram. Contohnya peminat dari Indonesia yang meminta drama ini ditayangkan di sana. Peminat dari Thailand pun ada,” katanya.

Drama Melur Untuk Firdaus, arahan Zamri Zakaria yang diterbitkan oleh A-Ten Alliance Sdn Bhd mengisahkan Firdaus Iskandar (Merqeen) yang tidak bersetuju dengan rancangan

ibu bapanya untuk mengahwinkannya dengan Melur (Anna Jobling) kerana sudah mempunyai teman wanita, Dee (Nesa Idrus).

Ibu bapanya memberikan tempoh 48 jam untuk Dee berkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus, malah meletakkan tujuh syarat untuk Firdaus.

Selain Meerqeen, drama yang turut ditayangkan di Disney+ Hotstar ini menampilkan Anna Jobling, Fimie Don, Nesa Idrus, Haleeda Mazlin, Kuza dan ramai lagi.

 

Kredit:HCL

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button