“Mak bebel ..pasrah laa” Sharifah Shahirah Kongsi Keputusan SPM Anak - Menujukebenaran
Uncategorized

“Mak bebel ..pasrah laa” Sharifah Shahirah Kongsi Keputusan SPM Anak

Pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah, 47, berpuas hati dengan keputusan 2A yang diperoleh anaknya, Airell Zulkifly, 18, dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera ketika dihubungi berkata, dia amat bersyukur anaknya itu lulus SPM dan memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Alhamdulillah, saya bersyukur saja dengan keputusan Airell walaupun hanya mendapat 2A. Apa yang pasti, dia lulus dan sudah berusaha sebaik mungkin.

“Melihatkan kepada keputusan SPM itu, rata-ratanya mata pelajaran yang Airell lulus dengan baik mampu memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan pilihannya nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Shiera berkata, dia menerima apa saja keputusan SPM anaknya itu dengan hati terbuka walaupun sekiranya Airell gagal.

Katanya, dia hanya mahu Airell menjadi insan berguna apabila dewasa nanti.

“Saya lebih menekankan Airell agar menjadi insan yang berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat, suka menolong orang dan saya juga tidak kisah sekiranya dia bekerja dengan gaji kecil nanti.

“Asalkan dia bekerja dan boleh berdikari dengan membantu orang lain suatu hari nanti, sudah cukup. Apa-apa pun, saya tetap akan menghantar dia (Airell) melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, sekurang-kurangnya ada diploma,” katanya.

 

Menurut Shiera, buat masa ini Airell juga sudah bekerja sambilan sebagai juruwang di kedai makan milik suaminya, Ijoy Azahari.

Katanya, sikap Airell yang tidak banyak bercakap sesuai dengan tugas berkenaan.

Video

Selain Airell, Shiera yang mendirikan rumah tangga kali dengan pelakon Ijoy pada 28 Februari 2003 turut dikurniakan tiga lagi anak iaitu Airra, Audra dan Adeena.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan, Allisya Tahir, hasil perkongsian hidup dengan bek4s suami, Jatt yang juga penyanyi Black Dog Bone.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button