“Ruginyaa Tak Tegur..”- Peminat Teruja Terjumpa Meerqeen Di Stadium, Terus Hilang Minat Nk Tengok Bola - Menujukebenaran
Uncategorized

“Ruginyaa Tak Tegur..”- Peminat Teruja Terjumpa Meerqeen Di Stadium, Terus Hilang Minat Nk Tengok Bola

Menerusi satu klip yang dirakam oleh peminat pelakon yang menjadi perhatian para wanita, Meerqeen dikatakan hadir menonton perlawanan bola sepak di stadium baru baru ini apabila salah seoran peminat beliau merakam peristiwa bertemu dengan artis kesayangan di stadium.

Kehadiran Meerqeen sedikit sebanyak membuatkan para peminat wanita beliau hilang foukus apabila menonton perlawanan bola sepak.

Beliau kini menjadi bahan bualan ramai apabila kemunculan beliau dalam drama bersiri ‘Melur Untuk Firdaus’ yang ditayangkan di televisyen dan melalui drama tersebut, beliau mampu membuatkan para wanita cair akan gelagatnya.

Penampilan Meerqeen pada saat ini yang menggayakan rambut beliau botak masih menjadi kegilaan para gadis.

Peminat yang merakam gelagat beliau pada ketika itu menyatakan tujuan beliau merakam artis kegemarannya adalah kerana beliau terlalu malu untuk menegur Meerqeen dan akhirnya perkongsian beliau di laman Tiktok ditonton oleh Meerqeen sendiri sehingga beliau membalas perkongsian tersebut dengan manaip ’emoji’ di ruangan komen.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

Pelbagai komen diebrikan seperti :

@Syira | Suka Racun Shopee :im sorrry but the only botak that i can accepted usually i tk suka dgn lelaki botak sbb tkut tp

@sadboy of the century:Lain kali tegu je jangan segan

@iloveme:uishhh ini next level punya luck, dlm ramai2 tuu

@hyecal:asal aku tak nampak…tempat dia sama tempat aku

@Wenny julia:Menyesal tk gi tgok bola semalam

@haechan’s gf ♡:”in a room full of art, i’d still stare at you”

@suhailasela:elok la org x perasan dia..abis…nanti kawan dia x senang..dorang dtg nk tgk bola

Walaupun artis kegemaran mereka berada berdekatan dengan mereka, para peminat masih menghormati waktu peribadi mereka di stadium pada ketika dan dapat dilihat melalui rakaman tersebut, Meerqeen seperti menikmati waktu beliau bersama rakan rakannya di stadium pada ketika itu.

Apa apa pun, para peminat mendoakan agar Meerqeen dapat menjadi seorang pelakon yang bekerjaya dan masih dapat menghiburkan para peminat dengan lakonan beliau yang begitu mantap.

Sejak akhir-akhir ini pelakon baru dikenali dengan nama Meerqeen mendapat perhatian umum. Lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus di samping Anna Jobling membuatkan peminatnya semakin bertambah.

Berbekalkan rupa paras dan bakat lakonan yang ada pada Meerqeen, ramai wanita di luar sana yang mula jatuh hati dengannya. Jom kenali pelakon baru yang berjaya menambat hati ramai gadis menerusi perkongsian biodata Meerqeen ini.

Biodata Meerqeen

NAMA PENUH: Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam

NAMA POPULAR: Meerqeen

UMUR: 21 tahun

TARIKH LAHIR: 4 Jun 2001

ASAL: Ampang, Selangor

INSTAGRAM: Meerqeen

Kerjaya

Merupakan alumni Hero Remaja 2019/2020, Meerqeen antara 15 peserta yang terpilih dalam pertandingan ini. Pada waktu itu, antara peserta lain bersamanya adalah Nadhir Nasar dan Aniq Suhair. Pada 2017, Meerqeen pernah muncul dalam sebuah iklan yang juga pada waktu dia baru 15 tahun.

Filem pertama lakonan Meerqeen adalah ‘Kelaster’ yang mana dia memegang watak sebagai Usop. Filem tersebut ditayangkan di Astro First.

Manakala drama yang mengangkat namanya dalam bidang lakonan adalah ‘Angkara Cinta’. Dalam drama ini dia berlakon bersama Hun Haqeem dan Wanna Ali.

Kemudiannya Meerqeen muncul dalam drama Marry Me Senorita. Dia berlakon dengan Janna Nick, Dini Schatzmann dan Shaza Bae.

Kehidupan Peribadi

Untuk yang tidak tahu, Meerqeen adalah anak saudara kepada penyanyi terkenal Safura Ya’cob. Ibu saudaranya itu menjadi inspirasi Meerqeen dalam bidang seni.

Nama Meerqeen adalah hasil gabungan nama panjangnya yang diambil dari Shameer dan Shauqeen. Selain dari itu, Meerqeen juga adalah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.

10 fakta menarik mengenai beliau yang disebut-sebut bakal menjadi pelapis ‘hero Malaya’ ini.

1. Barangkali ramai yang tidak tahu, Meerqeen merupakan anak saudara kepada penyanyi era 90-an popular, Safura Yaacob.

2. Beliau menanam cita-cita untuk menjadi pelakon sejak berusia lima tahun.

3. Sebelum penyertaan dalam Hero Remaja 2020, beliau pernah menghadiri pelbagai sesi ujibakat iaitu sejak berumur 15 tahun, namun hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.

4. Demi memberi tumpuan pada karier seni yang semakin berkembang, Meerqeen terpaksa menangguhkan seketika pengajian dalam jurusan Diploma Insurans di Kolej Vokasional Gombak.

5. Mempunyai dua orang pengurus peribadi yang bertanggungjawab mengendalikan urusan berkaitan kerjayanya.

6. Namanya ternyata lebih menyerlah berbanding juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar kerana tawaran dan rezeki yang diterima lebih melimpah ruah!

7. Turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian serta mempunyai perancangan untuk mengetengahkannya, namun diketepikan buat sementara waktu kerana ingin memberi fokus pada bidang lakonan yang diletakkan sebagai karier utama.

8. Merupakan peminat genre muzik RnB.

9. Antara karya yang melonjakkan namanya termasuk drama berepisod, Angkara Cinta, selain filem Kelaster dan Frontliners.

10. Meletakkan pelakon senior, Bront Palarae sebagai idola dalam bidang lakonan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button