Ini Kata2 Kak KM Lepas Dia Keluar Dari Pejabat SKMM Selepas Dipanggil Kerana Isu Video Tepuk Punggungg

SUSULAN tular video aksi tepuk punggung antara empat usahawan terkenal baru-baru ini, salah seorang individu yang turut terlibat iaitu Kak KM memaklumkan dia sudah dipanggil memberi keterangan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu di hadir ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan pada Rabu lalu dan proses soal siasat berlangsung selama lebih kurang tiga jam.
“Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.

Kak KM mohon maaf dan akan lebih berhati-hati.
“Pihak SKMM harus menjalankan siasatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut.
“Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi mStar.
Sebelum itu, menerusi Instagram, Kak KM memuat naik video g0yang punggung bersama rakan usahawan lain iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah, Cheta Pot Pet.
Tindakan empat selebriti itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.
Dalam temu bual bersama mStar, Ifa Raziah berkata tindakan mereka itu sekadar hiburan dan gurauan bersama teman-teman.
Sementara itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini berkata dia akan lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial selepas ini.
Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu
LIANA ROSLI
USAHAWAN
Malah, pertemuannya dengan SKMM juga sedikit sebanyak memberi pencerahan lebih jelas mengenai apa yang boleh dilakukan sebelum berkongsi sesuatu di laman sosial.
“Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini salah. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu.
“Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.
“Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku,” jelasnya.
Terdahulu,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing.
MCMC berkata, susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu berkenaan, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
“Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pendakwah bebas, PU Amin menegur tindakan sekumpulan pengasas produk tempatan susulan tularnya video tepuk punggung baru-baru ini.
Dalam hantaran video di TikTok, kata PU Amin, aksi itu seakan-akan tidak memikirkan soal maruah dan sensitiviti agama Islam.
“Ingat balasan, ingat azab, ingat bala bencana Allah SWT. Bertepuk tampar punggung di khalayak awam. Ramai yang menantikan, ramai saksikan. Boleh jadi trend ka selepas ni. Ramai tengok, macam syok ja. Jangan sampai macam tu sekali.
“Yang buat ni bukan anak orang, tapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni. Kadang-kadang tak fikir ka fasal maruah diri, tak fikir ka fasal sensitiviti agama dan tak fikir ka anak-anak kecil kita tengok video macam ni?” ujarnya.
Video yang viral itu membabitkan empat usahawan tempatan popular iaitu Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet.
Tambah PU Amin lagi, tindakan tanpa kawalan itu didorong oleh galakan dan sokongan masyarakat semasa terhadap mereka.
“Kita pun kadang mungkin dibeli dengan kekayaan dia. Dia suka puji puja, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni.
“Tak boleh kita meniaga jual badan kita. Berhentilah dari perangai macam ni. Takut anak-anak kita pun ikut benda sama. Moga moga Allah pelihara kita. Jangan sebab benda macam ni turun pula bala bencana,” katanya.
Sumber : mStar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.
Terima Kasih.
PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, dibawah ?? ini antara artikel menarik untuk anda ikuti