Bayi Menangis Tapi Nurse Ini Boleh Selamber Rakam Video Tiktok Pakai Suara Background Menc4rut - Menujukebenaran
Uncategorized

Bayi Menangis Tapi Nurse Ini Boleh Selamber Rakam Video Tiktok Pakai Suara Background Menc4rut

Satu perkongsian media sosial baru-baru ini telah membuatkan golongan wanita terutamanya mereka yang bergelar ibu ‘naik hantu’ melihatkan video TikTok yang dipercayai dimuat naik oleh seorang jururawat di sebuah hospital.

Ini kerana dalam video tersebut, jururawat tersebut telah memuat naik sedutan video menunjukkan bayi yang dibiarkan menangis di NICU sambil bermain TikTok.

Yang lebih membuatkan lebih geram adalah apabila penggunaan latar belakang bunyi video tersebut yang tidak sesuai dan boleh mengguris hati sesiapa sahaja yang melihatnya seperti dakwaan netizen.

 

Menjengah ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan jururawat tersebut yang hanya melihat sahaja bayi tersebut menangis malah sempat merakamnya dan memuat naik ke TikTok.

Kata mereka, seorang penjawat awam tidak boleh sesuka hati memuat naik video seperti itu sedangkan ibu bapa bayi sendiri tidak dibenarkan untuk melihat anak jauh sekali untuk mengambil video atau foto ketika dalam hospital.

Twitter

Parents nak ambil gambar untuk tatapan peribadi pun tak boleh. Tang nurse ambil, upload letak kat TikTok boleh pula? Tak ada etika.

Namun begitu, ada juga yang berkongsi pengalaman anak berada di NICU yang mana kebanyakan jururawat akan membiarkan sahaja bayi menangis tanpa pengawasan.

“Kalau budak tu tiba-tiba tak ada sebab menangis kuat sampai kejang-kejang.Kesian tau baby dibiarkan menangis macam tu pastu boleh pulak buat video.” komen seorang netizen.

Selepas cuba mencari akaun nurse tersebut, ternyata akaun tersebut telah dinyahaktif kan.

Namun ramai yang telah sempat merakam dan memuat naiknya kembali. Dibawah adalah satu tangkap layar video penuh dengan kapsyen yang ditulis oleh nurse tersebut.

Sumber: BeautifulNara/awatsheikh

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button