“Buat Sikit-Sikit, Stop Sambung…,” – Rumah Banglo Besar Bakal Siap, Ramai Kagum Lihat Pencapaian Lan Solo. Sekali Liza Hanim Masuk Komen - Menujukebenaran
Uncategorized

“Buat Sikit-Sikit, Stop Sambung…,” – Rumah Banglo Besar Bakal Siap, Ramai Kagum Lihat Pencapaian Lan Solo. Sekali Liza Hanim Masuk Komen

Penyanyi Lan Solo berkongsi perkembangan terbaharu mengenai pembinaan rumah barunya.

Menurut Lan, rumah tersebut sebenarnya telah dibina secara berperingkat bermula tahun 2017 namun tergendala sementara waktu disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan akibat COVID-19 yang melanda negara.

“Projek yang bermula hujung tahun 2017. Buat sikit-sikit. Stop sambung stop sambung tambah PKP dua tahun.

“Alhamdulillah dah nampak masa depan dah. Insya-Allah, sikit lagi ya anak-anak daddy, mummy. Doa banyak-banyak okay! Bab-bab lain daddy mummy usahakan,” coretnya di hantaran terbaharu Instagram.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, ramai rakan selebriti juga mengucapkan tahniah kepada Lan antaranya penyanyi terkenal, Liza Hanim.

Liza menyatakan rasa bangga dengan kejayaan Lan yang berjaya memiliki banglo dengan hasil usaha kerasnya.
“Proud of you guys!!“ ucapnya.

Selain itu, Datuk Vida, Fiza Halim, Sharifah Shahirah, Aidid Marcello dan Black juga turut mengucapkan tahniah.

 

Untuk info, selain menyanyi Lan dan isterinya juga menjalankan perniagaan kedai runcit, Solo Borneo Mart yang kini semakin maju.

Solo Borneo Mart menjual produk makanan dan minuman dari Sabah serta Sarawak.

Video:

“Tinggal Sikit-Sikit Je Yang Perlu Sedut…,”- Lan Solo ‘Update’ Keadaan Rumah, Syukur Air Banjir Kian Surut

Terdahulu  Lan Solo antara selebriti tanah air yang turut terjejas akibat banjir apabila kediamannya yang di Kampung Sri Aman, Puchong ditenggelami air sehingga paras pinggang.

Menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram, bapa kepada empat orang cahaya mata ini meluahkan rasa syukur apabila air banjir di sekitar kawasan kini mulai surut.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof turut berkongsi beberapa keping foto terkini keadaan kediaman bersama para menerusi entri sama.

“Alhamdulillah… air keliling rumah dah surut. Tinggal sikit-sikit je yang perlu sedut keluar air terperangkap kat bahagian dalam.

“Dan rasanya dah boleh mula buat kerja2 pembersihan, tapi tak tau nak mula bahagian mana dulu,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan turut mendapat reaksi daripada para pengikutnya.

Siapa Lan Solo? Mohd Razlan Mohamed Yusof atau nama popularnya, Lan Solo merupakan seorang penyanyi, pelakon, komposer dan usahawan Malaysia.

Beliau yang pernah menganggotai kumpulan Kristal, diangkat sebagai pemenang tempat ketiga program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Nama sebenarnya, Mohd Razlan bin Mohamed Yusof.

Menggunakan nama pentas, Lan Solo.

Kelahiran Taiping, Perak pada 11 Jun 1985.

Berumur 35 tahun.

Anak kepada pasangan Mohamed Yusof (bapa) dan Rosiyah Mad Ali (ibu).

Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi, pelakon dan pencipta lagu sejak tahun 1999.

Memperjuangkan genre muzik Pop dan Rock.

Antara lagu yang dirakamkannya selaku penyanyi solo termasuk Berpisah Tanpa Rela dan Twist Abang Sayang.

Pernah membintangi drama bersiri Dia Semanis Honey pada 2016, Klik! Pengantin Musim Salju (2018) dan telefilem Cekelat Tak Semanis Honey (2018), selain kemunculan di layar perak menerusi filem Getaran (2001).

Mendirikan rumah tangga dengan Nur Sheila Hassim yang juga pengurusnya pada 6 Disember 2009 dan hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan empat orang anak iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna

Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.

Laman sosial Instagramnya dengan nama akaun @lansolo_official mempunyai lebih 509,000 pengikut.

Fakta Menarik

 

Pernah dikenali sebagai Lan Kristal sebelum menukar nama komersial kepada ‘Lan Solo’ sewaktu penyertaan di GV4.

Kembali menempa populariti selepas berjaya memenangi tempat ketiga di GV4 pada 2017.

Ketika sedang berentap di GV4, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kumpulan Kristal yang disertainya sejak 1999, sebelum menerajui Kristal X yang membariskan tiga anggota asal Kristal iaitu Lan,

Ainul dan Ezal, termasuk seorang anggota jemputan, Napi selaku pemain gitar.

Melibatkan diri dalam dunia perniagaan sejak 2019 menerusi jenama kedai, Solo Borneo Mart yang menjual bekalan barangan kering dan basah dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei.

Sebelumnya, Lan juga pernah terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan termasuk mempunyai butik pakaian sendiri yang bagaimanapun menamatkan operasi selepas tiga tahun.

Beliau kini memegang peranan sebagai ‘Idol’ dalam rancangan realiti Vokal Mania (2020) siaran TV3.

Baru-baru ini namanya terpalit dengan kontroversi gara-gara berpelukan dengan penyanyi Zetty Rashid di pentas Vokal Mania.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa Zetty adalah adiknya, namun enggan berbicara lanjut mengenai hubungan kekeluargaan mereka kerana menganggap ianya perihal privasi.

kredit: astro gempak, trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button