“Walau sanggul dia buat sebesar planet, janji happy” – Anas Zahrin - Menujukebenaran
Uncategorized

“Walau sanggul dia buat sebesar planet, janji happy” – Anas Zahrin

VIDEO memperlihatkan anak pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana memakai tudung dengan sanggul tinggi yang dikongsikan oleh usahawan kosmetik Anas Zahrin di TikTok menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian itu, Anas memberitahu Aaisyah lebih suka menyiapkan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain dan akan marah jika ada yang menyentuh tudungnya.

Anak Che Ta

“Biarpun terbalik ke apa ke, biar dia betulkan sendiri. Biarlah ada cakap macam mak cik tomyam versi anak mat salleh la… bukan biasa-biasa, anak Che Ta,” kata Anas.

Anas berkongsi video itu bagi mempromosikan koleksi tudung hari raya Aidiladha Che Ta kolaborasi dengan jenama fesyen Ashh & Annas.

Biarpun rata-rata netizen memuji penampilan Aaisyah memakai tudung, namun terdapat segelintir mereka juga menegur sanggul yang digayakan anak Che Ta itu terlalu tinggi.

“Tak apa kalau dia nak pakai sendiri semua. Bagus dah berdikari. Tapi bab sanggul tu, perlu tegur dia baik-baik supaya rendahkan sedikit lagi comel.

Walau sanggul dia buat sebesar planet, janji happy.
ANAS ZAHRIN
USAHAWAN KOSMETIK

 

“Dia tak bagi sentuh tak apa, tapi kita perlu tegur benda yang tak boleh buat, ‘Aaisyah sayang sanggul tu tak boleh tinggi, nanti jadi unta.

“Sanggul tinggi tak elok, tapi Aaisyah masih budak. Semoga menjadi anak yang soleh,” komen beberapa netizen.

Menerusi ruang komen tersebut, Anas berkata dia bimbang Aaisyah akan menangis sekiranya seseorang menyentuh tudungnya.

Bagaimanapun, Anas menjelaskan biarpun sanggul yang digayakan itu terlalu besar namun anak kesayangan Che Ta itu gembira dengan menggayakan imej tersebut.

Video

 

Dari kejap lagi dia menangis orang sentuh tudung dia, baiklah dia sendiri betulkan. Dia gembira begitu. Walau sanggul dia buat sebesar planet, janji happy,” tulis Anas.

Untuk rekod, Che Ta berkahwn dengan aktor Zain Saidin pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang berusia sembilan tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra,24.

Video

Video

 

MEMILIKI dua anak teruna yang semakin meningkat dewasa, pelakon Rozita Che Wan sudah sedia menerima menantu jika jodoh mereka sudah tiba dalam masa terdekat.

Bercakap tentang hubungan cinta anak-anaknya, Rozita atau mesra disapa Che Ta memberitahu dia bersikap terbuka dan sentiasa memgambil tahu tentang wanita yang rapat dengan anak-anaknya.

“Saya sudah sedia terima menantu jika anak-anak mahu berkahwin.

“Sebagai ibu saya akan sentiasa ambil tahu tentang hubungan cinta mereka. Contohnya sekarang ini saya tahu anak kedua sudah ada kekasih, selalu juga minta dia tunjukkan gambar, tetapi biarlah dia sendiri yang beritahu apabila bersedia.

 

“Manakala anak pertama pula memang ada kekasih. Saya juga selalu berbual dengan kekasihnya di media sosial.

“Saya seorang ibu yang memahami. Kalau sayangkan anak biarlah mereka berkawan dengan sesiapa pun yang boleh buat hati gembira,” katanya kepada mStar.

Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Azzra, 24, daripada hasil perkahwinan pertama sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013.

Bersama Zain, Che Ta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Pelakon Mem & Bibik Bibik ini ditemui ketika majlis berinai yang diadakan sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya sekaligus melancarkan produk baharunya iaitu Inai Che Ta.

Sementara itu, ditanya tentang menambah cahaya mata, Che Ta berkata, dia dan suami tiada perancangan ke arah itu.

Kalau sayangkan anak biarlah mereka berkawan dengan sesiapa pun yang boleh buat hati gembira
ROZITA CHE WAN
PELAKON

che ta 3

“Tak payahlah tambah anak… biarlah kami fokus besarkan anak-anak yang ada ini.

“Aaisyah pun dah besar dan dia tidak pernah minta adik. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan,” ujarnya.

Mengulas tentang perniagaan tersebut, Che Ta menafikan dakwaan kononnya dia meniru usahawan Neelofa yang juga mengeluarkan produk sama.

“Tak mungkin meniru sebab saya sudah ada stok produk ini sejak Jun lagi dan baru sekarang ini dilancarkan disebabkan kekangan masa sebelum ini.

“Saya keluarkan produk ini kerana memang suka pakai inai di jari. Lebih senang hendak promosikan barang yang selalu digunakan.

“Kalau produk ini menjadi viral nanti, sesiapa sahaja boleh mulakan atau majukan lagi perniagaan menjual inai dengan jenama mereka sendiri,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang majlis yang diadakan di Damansara pada Selasa, Che Ta tidak terkejut ia mendapat tajaan penuh bernilai hampir RM100,000 daripada sahabat baiknya yang dikenali sebagai Anas.

 

“Saya tahu dia sangat pemurah dan tak terkejut apabila dia katakan mahu mengadakan majlis ini.

“Perancangan mengadakan majlis ini dibuat dalam tempoh masa singkat dan saya serahkan semuanya kepada Anas,” jelasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button