“Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya”

Kuala Lumpur: Jenazah Allahyarham penyanyi Adibah Noor, 52, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, di sini, jam 11.30 pagi, hari ini.
Bapa Allahyarham, Mohd Omar Zainal Abidin, 89, ketika ditemui selepas selesai pengurusan jen4zah berkata, dia tidak mengetahui anaknya menghidap peny4kit k4nser ovari tahap empat.

“Saya tak tahu. Dia tidak beritahu walaupun saya ayahnya. Saya pergi hospital pun dia tidak beritahu. Tapi kalau Tuhan nak ambil, Dia ambil juga.
“Itu anak saya nombor tiga. Dia seorang yang taat dan pemurah. Kalau orang lain nak kata dia kedekut, terpulanglah. Bagi saya dia okay, semuanya okay.
“Saya tiada apa nak cerita, tiada apa yang nak dipanjangkan. Mohon doakan yang baik-baik buat anak saya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, Allahyarham juga bukan jenis yang suka menyusahkan walaupun ahli keluarga sendiri.
“Ramai tak tahu dia sakit. Saya pun lambat juga diberitahu. Anak-anak saya semua macam tu. Dia hanya cakap sakit bahagian perut.
“Dia masuk hospital pun dia tak cakap. Dia memang jenis tak nak menyusahkan orang,” katanya.
Terdahulu, jen4zah arwh dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, di sini, sekitar jam 9 pagi.
Bapa arwah juga berkesempatan masuk ke bilik pengurusan jen4zah untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir. Malah dia turut ke tanah perkuburan untuk mengebumikan anaknya dan memberikan penghormatan terakhir.
Selain itu kelihatan lebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir. Antaranya seperti Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek, Linda Onn dan ramai lagi.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat peny4kit k4nser ovari tahap empat, semalam.
Sumber: Harian Metro
Jangan lupa like and share ya..
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Dia masukkan duit katanya sebagai…” – Biaya umrah sahabat, kebaikan Adibah Noor dibawa ke syurga
ADIBAH Noor men1ngg4l dun1a. Begitu, platform laman sosial menjadi trending dan khabar disampai panjangkan dari kiriman WhatsApp ke WhatsApp.
“Betul ke?”, “Adibah Noor men1ngg4l?”, begitu pertanyaan yang mengejutkan datang bertali arus bukan sahaja dalam kalangan karyawan seni dan media massa, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi penggemar penyanyi, pelakon dan hos yang serba versatil ini.
Akhirnya khabar yang sangat mengejutkan itu menyapa kita semua dengan penuh duka cita.
Adibah Noor Mohamed Omar atau cukup terkenal dalam kalangan peminatnya sebagai watak Kak Yam men1ngg4l dunia.
Ya bintang yang pernah membuatkan kita tersenyum sendiri dan ketawa besar lewat persembahan lakonannya dalam filem “Gubra” atau “Sepet”, juga “Mukhsin” atau “Buli Balik” serta guru di siri pelajaran “Oh My English!” ini sudah dijemput Ilahi.
Bekas peserta Gegar Vaganza 2021 itu berpulang pada usia 51 tahun di Hospital Gleneagles pukul 7.40 malam selepas bert4rung sekian lama dengan penyakit yang disembunyikannya daripada pengetahuan umum, k4nser ovari.
Khabar berpulangnya Adibah ke negeri abadi pertama kali disampaikan oleh isteri Datuk AC Mizal, Datin Emylia sebelum pelaku seni yang sangat akrab dalam perjuangan karier mereka, Afdlin Shauki mengesahkan khabar duka itu kepada rakan media.
Namun bertahun-tahun lamanya, kepada keluarga dan sahabat rapatnya, masih, pemilik dua album iaitu “Terlalu Istimewa” (2005) dan “Teman” (2010) ini mahu penyakitnya itu kekal menjadi rahsia.
K4nser ovari yang dihidapi pelantun “Terlalu Istimewa” ini sudah kritikal, di tahap keempat. Malah beliau berada dalam fasa melakukan kimoterapi bagi mengubati penyakit kanser ini.
“Ya, kami sudah lama tahu (beliau menghidap k4nser) tapi memegang janji,” ujar pengurus Misha Omar, Mimie Omar penuh kesedihan terhadap Allahyarham kepada Gempak.
Duit untuk umrah
Seorang lagi sahabat yang juga penulis lirik lagu Adibah, “Bahasa Rindu”, Opie Sofea, dia mengenang bekas guru bahasa Inggeris yang lahir di Kuala Lumpur ini sebagai figura yang sangat dermawan dan bertimbang rasa.
Menurut Opie, Adibah menjadi penyelamat kepadanya apabila mencukupkan tabungannya mahu ke tanah Suci menunaikan umrah lebih 13 tahun lalu dengan memasukkan duit ke akaun banknya.
“Beliau masukkan duit katanya sebagai bayaran untuk tulis lirik lagu ‘Bahasa Rindu’. Dan duit itu saya gunakan untuk menunaikan umrah,” kenang Opie kepada Gempak.
Kurus
Ironi juga, baru 10 hari lalu beliau mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping foto yang memperlihatkan perubahan fizikal yang gempal menjadi kurus.
Kepada semua yang bertanya mengenai kesihatan dan ‘rahsia kurus’, Adibah masih kental dan berjiwa besar memaklumkan: “Makan enam sudu sehari”.
Tanpa kita semua ketahui, apakah yang dimaksudkan beliau dengan ‘makan senam sudu sehari’ sebagai kesan sakit kepada penyakit yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Atau ‘enam sudu sehari’ kerana hanya itu yang mampu ditelan selepas melewati sesi kimoterapi yang amat menyakitkan diri.
Atau beliau memang benar-benar dalam fasa menurunkan berat badan atas apapun alasan; yang sebenarnya betapa hebat seorang Adibah Noor masih mahu khalayak melihat beliau dalam keadaan sihat dan baik baik sahaja bersama senyum lebar dan keramahannya.
Misha Omar menangis
Misha Omar yang merupakan rakan seperjuangan dan sangat akrab dengan Allahyarham termasuk Deejay ERA dan penyanyi Dina serta penyanyi senior Salamiah Hassan, hanya mampu menahan sedih di dada.
“Di awal kimo, beliau sudah tidak lalu makan,” begitu ungkap Misha dalam tangisan.
Di hujung hayatnya, Adibah Noor masih berusaha membuat orang lain bahagia dan memberi semangat kepada dirinya, ‘aku baik baik sahaja’. Meski berusaha, sebagai manusia, kita semua adalah milik yang Esa.
Seperti janjiNya, diambil kembali kita dalam keadaan yang diinginkanNya.
Begitulah akhir perjalanan hidup seorang Adibah Noor. Canda, tawa, keceriaan dan keramahannya menyapa sesiapa yang ditemui sama ada secara spontan atau lewat temujanji, semuanya usai sudah.
Ia hanya tinggal kenangan yang harum buat semua yang pernah mengenali jiwa bersih dan keperibadian ceria seorang wanita hebat seperti beliau.
Semoga segala kebaikan dan amal yang ditinggalkan berbau harum buat kita semua. Dan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Adibah Noor.
Buat industri hiburan tempatan, bertuahlah kerana pernah mempunyai permata yang sangat berharga seperti Adibah Noor sekaligus menjadi tanda aras dalam dunia glamor, rupa paras bukan segalanya, tetapi sikap membumi, bakat dan kepintaran akan selalu membuat seseorang itu ‘hidup’ biar telah pergi meninggalkan kita semua.
Al Fatihah.
Sumber: Awani
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.
Terima Kasih.
PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.