“Sy Mtk Maaf Klu Ada Salah Silap..” – Yaya Ruhian Terkenal Di Mata Dunia Tapi Masih ‘Humble’ - Menujukebenaran
Uncategorized

“Sy Mtk Maaf Klu Ada Salah Silap..” – Yaya Ruhian Terkenal Di Mata Dunia Tapi Masih ‘Humble’

Yaya Ruhian adalah sebuah nama yang dikenali ramai terutama di Indonesia dan juga Malaysia.

Menerusi satu klip durasi pendek, kelihatan beliau memberi ucapan ringkas dan berterima kasih buat semua ahli kumpulan yang mengambilnya untuk membawa watak yang diberikan oleh Syamsul Yusof.

Rata rata netizen mengungkapkan kata kata positif buat beliau kerana kelihatan rendah diri walaupun nama nya sudah dikenali di peringkat antarabangsa.

Filem yang dibintangi oleh beliau dan kini menjadi bualan warganet adalah Mat Kilau. Filem pertama arahan Syamsul dimana beliau tidak memegang sebarang watak dalam filem tersebut.

Lihat klip dibawah:

 

Video

 

Lihat juga apa kata orang ramai:

@azim.ayaz.ayid:syamsul yusof level mengarah aziz m. osman.. memang cerita dia makan dalan hati oo kalau tgok

@@dafi_88:bintang berwajah kuli itu lah kang yayan sllu rendah hati wolaupun dah belakon kehollywood.

@Zam’salleh:dia ni berlakon sampai dekat negeri China orang putih semua dia ada cerita gasak

@user uda ann:pelakon Indonesia ni best aksi lawannye…mula2 ingt pelakon Thailand. rupanya dri Indonesia… terbaiklah

@Abc vs Cendol:Mcm Ayah nye begitulh anak nye bakat pegarah filem yg penuh didikasi.. mantap syamsul

@beeydna:pelakon cerita john wick asal indonesia… skrg brlakon matkilau…biar pecah panggung di malaysia dn indonezia skitar asia…

@blues riders:Abg ni mula2 tgok dia beraksi dlm flm merantau mmg hebat urang awk

 

Yayan Ruhian salah seorang pesilat dan pelakon aksi dari Indonesia. Sudah berlakon banyak filem Hollywood dari The Raid hingga filem yang terbarunya John Wick 3 bersama Keanu Reeves.

Di negara luar seperti di Amerika dan Eropah, dari filem layar perak sehingga mengajar ke agensi agensi kerajaan ilmu silat itu di hargai.

Selama 12 tahun aku tidak pernah kekurangan jemputan untuk mengajar, setiap minggu ku di jemput untuk mengajar di lain lain negara di Eropah dan di Amerika, walhal ada beberapa negara yang harus menunggu 3 tahun di dalam waiting list sebelum aku dapat menyempurnakan jemputan mereka.

Tetapi bila ku mengajar di Asia dan di negara ku sendiri, alasan yang biasa ku dengar “jauh”, “mahal”, guru ku tidak mengizinkan”, “buat apa belajar silat, kuno tu”, janji tidak menepati, sifat hasad dengki dan lain lain lagi.

Kebanyakan yang belajar dariku adalah dari negara barat, org cina dan India; yang melayu boleh ku hitung dengan jari ku di satu tangan.

Bukan aku tidak bangga utk mengajar anak tempatan, anak anak tempatan yang tidak menghargai dan bangga akan pencapaian ku.

Yayan Ruhian (lahir 19 Oktober 1968) ialah seorang artis seni bela diri dan pelakon lelaki Indonesia.

Beliau terkenal dengan membintangi filem arahan Gareth Evans, The Raid (2011) sebagai Mad Dog, The Raid 2 (2014) sebagai Prakoso, Star Wars: The Force Awakens (2015) sebagai Tasu Leech,[2] dan Beyond Skyline (2017) sebagai ketua polis

Dari Seorang Guru Silat Sehingga Menjadi Buruan Di Hollywood!

Seni bela diri Silat merupakan seni bela diri yang popular di wilayah Nusantara, terutamanya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Silat juga tidak sekadar mempunyai satu cabang, tetapi terpecah juga ke cabang-cabang yang lain seperti Silat Gayung, Silat Cekak, Silat Pencak, dan lain-lainnya. Sememangnya ia merupakan sebahagian daripada identiti Nusantara sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Walaupun asalnya adalah di sini, tetapi seni bela Silat ini telah diperlihatkan jauh sehingga ke Hollywood.

Kalau dulu kita selalu menonton aksi seni bela diri KungFu dari China, kini aksi bela diri Silat juga sudah dapat dilihat di dalam filem Hollywood.

Semua ini adalah hasil bakat dan ketangkasan guru silat dari tanah seberang, Indonesia yang bernama Yayan Ruhian.

Latar Belakang Guru Silat ‘Hollywood’

Pesilat yang lahir pada 19 Oktober 1968 ini merupakan seorang guru silat yang memimpin murid-muridnya di Sekolah Pencak Silat Tenaga Dasar (PSTD) Indonesia.

Keterlibatannya dalam dunia silat bermula sejak usianya 13 tahun lagi. Usahanya untuk memperkenalkan silat kepada komuniti luar bukan sekadar mengajar silat di sekolah itu, tetapi beliau juga merantau sehingga ke luar negara untuk memperkenalkan seni mempertahankan diri itu. 

Pada tahun 2008, Yayan diberi kepercayaan untuk memberi latihan seni mempertahankan diri kepada para pelakon yang berlakon di dalam sebuah filem arahan Gareth Evans. Sejak dari itu, kepakarannya mula mendapat perhatian, sekaligus mengubah haluan kariernya dari seorang guru silat kepada pelakon lagak aksi. 

Aksinya Menjadi Rebutan Pengarah

Nama Yayan Ruhian mula naik setelah muncul di dalam filem The Raid sebagai Mad Dog. Filem arahan Gareth Evans itu diterbitkan pada tahun 2011. Kemudian, melalui lakonannya dalam sekuel The Raid, Yayan mendapat peluang keemasan untuk tampil berlakon dalam industri filem Jepun. Beliau memegang watak sebagai Kyoken, watak pembunuh yang ditugaskan untuk membunuh ketua yakuza dalam filem ‘Yakuza Apocalypse.’ Pada waktu ini, aksi tangkasnya sudah dapat dilihat sehingga ke Jepun.

Sesudah itu, Yayan muncul pula dalam filem yang agak terkenal dan mempunyai peminat yang ramai di Hollywood, iaitu ‘Star Wars Episode VII: The Force Awaken’ dan memegang watak sebagai Tasu Leech, ketua organisasi jenayah Kanjiklub Gang yang telah beroperasi selama 30 tahun. Kerjaya seni Yayan semakin memuncak apabila dia sekali lagi diberi kepercayaan membintangi filem Hollywood ‘John Wick 3: Parabellum’ bersama Cecep Arif Rahman. Di dalam filem tersebut mereka memegang watak sebagai pembunuh yang bertempur dengan John Wick, yang dimainkan oleh pelakon Hollywood terkemuka, Keanu Reeves. Begitulah hebatnya aksi persilatan Yayan Ruhian sehingga diberi kepercayaan sehingga ke Hollywood.

 

Sumber: sinetronmalaya, Wikipedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button