“Rasa satu tamparan buat saya” Kem4tian Adibah Noor Buat Ustaz Kazim Rasa Malu

KEMATIAN Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu memberi kesan kepada ramai orang terutama teman-teman rapat yang sudah lama mengetahui sakit dihidapinya.
Ramai terkejut, kerana selama ini tidak ramai tahu dia sebenarnya menghidap kanser ovari, termasuklah ahli keluarganya sendiri.
Namun, sudah tertulis akan suratan takdir untuk dia meninggalkan dunia sebuah pentas ujian ini bagi menemui maha pencipta, Allah SWT pada Sabtu lalu.
Percaya atau tidak, ramai orang sayang Adibah.
Saat kem4tiannya sehinggalah jenazah dibawa ke tanah perkuburan, beliau diiringi ratusan rakan taulan.
Malah, kem4atian yang antara sebab berpunca daripada k4nser ovari dirahsiakannya selama ini turut menyentuh hati pendakwah selebriti Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias.
Sifat Adibah, 52, yang merahsiakan sakitnya itu menyebabkan Ustaz Kazim berasa malu atas kesabaran artis itu.
“Kita kenal Adibah Noor seorang yang sihat selama ini apabila melihat di kaca televisyen. Tiba-tiba sahaja dia menjadi kurus sebelum meninggal dunia.
“Rasa satu tamparan buat saya. Saya malu dengan Allah dan dengan arwah sebab dia sakit tidak ada seorang pun yang tahu. Jika ada pun (orang tahu) arwah minta supaya tidak ceritakan kepada orang lain.
“Berbeza dengan saya… satu dunia tahu saya sakit. Saya belum jatuh tahap orang yang sabar seperti Adibah. Dia senyap dan tutup mulut. Dia merahsiakan tahap kesihatannya selama ini,” kata beliau dalam satu sesi perkongsian di laman sosial.
Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?
Kazim melihat tindakan arwah Adibah merahsiakan tentang sakitnya itu sebagai satu pengajaran buat semua pihak untuk lebih bersikap sabar, sesuatu perkara yang dituntut dalam Islam.
Dalam masa sama, Kazim juga mengulas sakit yang dialaminya selama ini sebagai satu ujian buat dirinya apabila ia menjadi bualan ramai.
“Ini satu pengajaran buat saya supaya menjadi sabar. Sakit itu kita simpan sebagai rahsia. Jika arwah boleh buat begitu kenapa kita tidak?
Kazim menunjukkan bahagian luka yang dialami akibat sakit misteri.
“Saya tak mahu cerita sakit saya menjadi viral, tetapi apa boleh buat. Tidak salah untuk memberitahu tentang sakit yang dialami kepada teman rapat dan orang yang boleh membantu. Ini satu ujian buat saya,” ujarnya.
Ustaz Kazim sebelum ini pernah berkongsi cerita beliau mengalami sakit misteri sejak 1997 dan tidak pernah mengetahui puncanya meskipun sudah mendapat pelbagai jenis rawatan.
Akibat perbuatan sihir itu, Kazim sering mengalami luka-luka pada beberapa bahagian tubuhnya seperti muka dan kaki.
Ramai kongsi Adibah Noor suka ‘hulur’ senyap-senyap… Kita yang hidup perlu ambil iktibar
HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Peribahasa itu cukup sesuai bagi menggambarkan kemuliaan hati Allahyarham Adibah Noor yang sangat pemurah ketika hayatnya.
Sejak berita pemergian mengejut Allahyarham akibat kanser ovari tahap empat pada Sabtu malam, ramai peminat mula membongkar tentang sifat pemurahnya yang sering membantu orang ramai secara senyap.
Justeru apakah pengajaran yang dapat kita pelajari daripada kisah dikongsikan orang ramai tentang amalan sedekah Adibah?
Sebenarnya harta dan setiap rezeki yang kita nikmati adalah pemberian daripada Allah SWT. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk bekerja dan meneruskan kehidupan kerana Allah, pasti Allah akan melipat gandakan ganjaran pada hamba-Nya yang sentiasa beristiqamah.

Antara pendedahan mengenai kebaikan Adibah oleh pengguna Twitter.
Adakalanya seseorang itu terkenal dengan sikap pemurah dengan memberi makan kepada orang lain dan dia gembira dengan cara tersebut untuk menyantuni orang di sekelilingnya.
Ada juga yang suka membantu daripada segi kewangan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan.
Konsep bersedekah kepada orang lain ini adalah salah satu ladang pahala jika dilakukan dengan ikhlas. Bahkan, amalan ini akan menjadi bekalan di akhirat apabila kita sudah meninggal dunia sebagaimana firman Allah:
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” [HR Muslim 1631]
Islam amat menggalakkan supaya umatnya bersedekah mengikut kemampuannya tidak kira kaya ataupun miskin.
Sedekah merupakan pemberian seseorang semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kita perlu memahami konsep sedekah itu dengan luas. Bukan hanya pada wang ringgit semata-mata.
Abu Dzar berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Adibah turut menghantar mesej peribadi kepada Jefri El’Mansor untuk menggantikan duit raya anaknya.
“Senyummu kepada saudaramu adalah sedekah bagimu, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah, kamu memberi petunjuk kepada seseorang yang sesat di jalan adalah sedekah, kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya adalah sedekah, kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air ke dalam timbamu ke timba saudaramu ialah sedekah bagimu.” [HR al-Tirmizi 1356]
Percayalah, dengan kita berkongsi rezeki dengan orang lain, bukan sahaja dapat membahagiakan mereka, tetapi kita juga turut merasa kebahagiaan itu. Itu tandanya kita mengasihi saudara kita lebih daripada diri kita sendiri.
KREDIT: MSTAR
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: