[VIDEO] Syamsul berjaya cari wartawan, bersemuka isu tajuk artikeI… “Orang yg dia bersemuka bukan calang2 juga rupanya.. - Menujukebenaran
Uncategorized

[VIDEO] Syamsul berjaya cari wartawan, bersemuka isu tajuk artikeI… “Orang yg dia bersemuka bukan calang2 juga rupanya..

SELEPAS kira-kira empat hari situasi panas ini berlarutan tanpa ada kata putusnya, kesudahan kepada episod ini apabila Syamsul Yusof nekad datang terjah ke Menara Star, di Petaling Jaya untuk menyelesaikan kemelut antara dia dan portal ini.

“Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan mStar cari tapi tak jumpa” – Tajuk ini menjadi punca kepada kemarahan Syamsul yang mana antara lain intipati artikel berkenaan menyentuh mengenai ketidakhadirannya pada majlis pra-tonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC Starling Mall, Damansara pada 16 Jun lalu.

mStar diwakili Ketua Pengarang, Niezam Abdullah menerima kunjungan Syamsul dengan baik dan memberi peluang untuk dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
Syamsul buat kemunculan mengejut menari wartawan mStar.

“Saya betul-betul sedih, tajuk artikel ini. Seolah-olah mencabar saya. Sebab itu saya datang juga hari ni nak selesaikan masalah.

“Korang kena faham, ketika ini macam-macam dugaan saya hadapi. Hal rumah tangga, hal keluarga, anak sakit… macam-macamlah. Harap korang faham. Saya faham kerja wartawan, tapi wartawan fahamlah juga keadaan saya,” luah Syamsul.

Niezam kemudian menjelaskan, pada malam pra-tonton filem itu, dia telah menghantar dua orang wartawan dan meminta mereka berjumpa Syamsul untuk berbincang secara baik berhubung insiden yang pernah berlaku pada November tahun lalu apabila portal ini menyiarkan kisah rumah tangganya sehingga mendapat reaksi kurang senang Syamsul.

Bagaimanapun kata Niezam, usaha untuk mendapatkan Syamsul pada malam pra tonton itu gagal kerana dia tidak muncul dan akhirnya portal ini mengambil pendekatan untuk berkongsi kejadian itu dalam bentuk artikel dengan judul berkenaan.

Syamsul juga meluahkan rasa terkilannya apabila wartawan mStar dalam sebuah rakaman video mengasak soalan bertubi-tubi kepada ayahnya, Datuk Yusof Haslam yang ingin tahu mengenai hal peribadi dirinya selepas dikaitkan dengan Ira Kazar.

Saya faham kerja wartawan, tapi wartawan fahamlah juga keadaan saya

“Saya rasa kurang senang, bila wartawan jumpa ayah saya dan bertanya soalan pasal hal peribadi saya bertubi-tubi kepadanya,” tambah Syamsul lagi.

Bagaimanapun selepas lebih sejam sesi luahan perasaan itu berjalan, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan berjaya menyelesaikan salah faham ini dengan baik.
Dalam keadaan merendah diri Syamsul berkata, mungkin ada juga kesilapan pada pihaknya dan berharap perkara yang terjadi itu tidak berulang lagi.

Syamsul (kanan) bertemu Niezam untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.
Ujarnya, apa yang berlaku itu mungkin juga berpunca daripada kurangnya interaksi dia dengan wartawan sejak kebelakangan ini yang biasanya menjadi medan kedua-dua pihak berkongsi pandangan masing-masing.

Niezam juga seolah-olah tidak percaya dan agak terkejut dengan kemunculan Syamsul bagaimanapun mengambil pendekatan memohon maaf kepadanya mengenai kandungan artikel yang disiarkan telah melukakan hatinya.

Untuk rekod insiden tidak puas hati antara wartawan dan artis bukanlah perkara baharu dan ia sering kali terjadi namun langkah bijak ialah dengan meyelesaikan ia secara baik kerana kedua-dua pihak saling perlu memerlukan. Ia ibarat aur dengan tebing, yang tidak putus jika dicincang.

kredit: mstar

“Papa Sygkan Kamu Syamsul”- Datuk Yusof Sampai M3nangis Merayu Puteri Sarah Pertahankn Rumah Tangga.

Kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pelakon Puteri Sarah Liyana megar Kamaruddin dengan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof dilihat agak meruncing apabila pelakon wanita itu mendedahkan hal tersebut di media sosial.

Menurutnya, kehadiran orang ketiga yang juga anak kepada seorang aktor senior telah mengakibatkan rumah tangga mereka diduga sehingga membuatkan para peminat bimbang.

Enggan memberi sebarang komen. Disebabkan Syamsul tidak membuka mulut perihal apa yang berlaku, pihak Melodi TV3 telah mendatangi bapanya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam untuk bertanyakan isu rumah tangga anak dan menantunya.

Doa yang terbaik buat anak menantu

Dalam kenyataan yang diperoleh dari YouTube TV3, Yusof tidak dapat membenarkan atau menidakkan sebarang gosip mengenai dakwaan anaknya, Syamsul sudahpun bernikah lain.

Namun beliau berharap apa yang disensasikan di media sosial tidak benar kerana amat menyayangi anak, menantu serta cucu-cucunya.

Apa yang boleh dilakukan sebagai bapa ketika ini adalah mendoakan yang terbaik untuk mereka. Harap semua spekulasi di media tidak benar
Walau bagaimanapun, jauh disudut hatinya, beliau berharap agar semua gosip tersebut tidak benar kerana cukup sayangkan rumah tangga Syamsul dan Sarah.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan hubungan mereka anak beranak masih lagi baik dan masih tetap dengan pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga anak dan menantunya.

Mohon menantu terus kuat. Akan tetapi, ketika meninggalkan pesan kepada Puteri Sarah, Datuk Yusof dilihat sebak dan berharap supaya menantunya kuat dalam mempertahankan rumah tangga yang sedang diuji ini.

Bagusnya bapa. Semoga semua dipermudahkan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Yusof yang disifatkan sangat positif.

Mereka juga memuji tindakan beliau yang bersifat neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak dalam kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh anak menantunya.

“Ya Allah sampai menangls ayah dia..serba saIah ayah dengan perangai anak”

“Sebaknya tgk seorg ayah yg sedih dgn dugaan hidup rumahtangga anaknya..”
“Airmata seorang Ayah…sebak ht tengok Datuk nangis”

“mertua yg baik.. alhamdulillah.rezeki sara.. Allah uji nikmat suami.tp Allah kurnia mertua yg baik”

“antara 1 bnda yg sy paling takut ialah bila sy buat sesuatu yg menyebabkan air mata kedua ibubapa sy menitis”

“seorang ayah dan mertua yg bijak. semoga Allah kurniakan g terbaik buat mereka”

“ayat pertahankn rumahtangga Sarah mean jadi apa2 kemgkinan sara jgn undur diri…aq Jee ke rasa.…ni ayat dia”

“mertua syg menantu….mmg nampak sarah menantu yg baik..”

“Ya Allah gamak nya bt hati ayah luluh…nak hidup tenang, bahagia, bg hati mak ayah senang du..bt bnda yg susahkan hti mak ayah, hidup kucar kacir nnt”
“dia utama kan menantu.sebut pun menantu dulu”

Hari Bapa,dia menitiskan air mata,Anak2 lihatlah perg0rbanan Bapa mu”

“nampak sangat dia sayangkan menantu dia ..moga hubungan sarah dan syamsul berkekalan . amin amin amin”

“Nmpak jelas yg datuk Yusof Haslam sayang sgt kat menantu nya. Untung Sarah.

Semoga Sarah kuat semangat dan sabar dgn ujian rumahtangga nie.”

“tgk ayah kau nangis nie sol.. nangis sbb rumahtangga kau nie sol.. n kau Ika, plz la undur diri korbankn perasaan tue demi ank? mereka”

Lihat Video:

 

Sumber : kosmo / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button