“Maybe bila Aqish dewasa, mcm tulah muka dia..” – Ramai Kata Puteri Balqis Makin Cantik, Seiras Pelakon Indonesia - Menujukebenaran
Uncategorized

“Maybe bila Aqish dewasa, mcm tulah muka dia..” – Ramai Kata Puteri Balqis Makin Cantik, Seiras Pelakon Indonesia

Memulakan karier lakonannya sejak dari kanak-kanak lagi, Puteri Balqis memiliki bakat yang cukup mengagumkan. Apatah lagi apabila meningkat dewasa, keperib4diannya yang lemah lembut membuatkan ramai meminati anak seni ini.

Semakin kerap berlakon kini, nama Puteri Balqis kembali menjadi perhatian peminat drama tempatan. Terbaharu rupa parasnya yang semakin meningkat remaja menyerlahkan kecantikan Puteri Balqis.

Puteri Balqis

 

Malah ada yang berpendapat Puteri Balqis dikatakan cantik seperti pelakon Indonesia, Vanesha Prescilla. Dalam satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok memaparkan foto terkini Puteri Balqis dan juga Vanesha Prescilla. Berikut adalah perkongsian video oleh seorang pengguna aplikasi tersebut dengan nama hotekhebatlah.

VIDEO:

 

Wah memang nampak semakin cantiklah Puteri Balqis! Makin meningkat usia makin terserlah kecantikan pelakon ini.  Apa-apa pun perkongsian rakaman Puteri Balqis dikatakan cantik seperti pelakon Indonesia ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 40 ribu likes.

Vanesha Prescilla

 

Rata-rata warganet meninggalkan re4ksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

Aqish ke tu? Lawanya dia..Mula2 tak cam. Bila sebut nama tu baru perasan Aqish rupanya”

 

“Manis je Balqis ni. Cantik bila dah besar”

 

“Dia yang dah besar ke aku yang dah tu4”

 

“Maybe bila Puteri Balqis dewasa nanti..Macam tulah muka dia”

 

“Ayah Lama Menghilang..Bila Dia Tiada..” Puteri Balqis Buka Mulut Lepas Ramai Bertanya

“Ayah lama menghilang, kami tk berhubung dan saya sendiri nak jauhkan diri sebab apabila dia tiada, saya jadi lebih baik.”

Demikian pengakuan pelakon, Puteri Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi menjawab kemusykilan ramai tentang keberadaan bapa kandungnya, Azizi Aziz.

Kata Balqis, 15, sudah tiada ‘chemistry’ antara mereka dan hanya ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, satu-satunya insan tempat dia bergantung harap ketika ini.

“Waktu ada dia (ayah), saya berdepan tekanan kuat.

“Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 atau 11 tahun,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Balqis ditemui usai sidang media pelancaran filem terbaharu lakonannya, Rumah yang turut dibintangi Erra Fazira dan Mak Jah di ibu negara.

Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Televisyen Asia 2014 itu juga mengakui sangat terluka dengan kelakuan bapanya namun tidak memperincikan apa yang telah dilakukannya.

“Apa yang dia buat, sakit. Jadi, saya nak jauhkan diri. Sebab apabila saya hubungi dia pun, nampak ‘chemistry’ sudah tiada.

“Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya complete (memadai), tak rasa missing (kehilangan)

“Sekarang ini, saya cuma ada tiga orang sahaja. Diri saya sendiri, ibu dan pengurus (Fariz),” jelasnya.

Ditanya tentang kehidupan tanpa kasih sayang seorang ayah, balas Balqis: “Saya okey sebab hidup saya dari dulu memang begini. Presence (kehadiran) ayah ada tapi dia punya effort (usaha) itu tiada.

“Jadi, sekarang ini saya ambil kasih sayang ayah itu daripada ibu. Begitu, dah cukup. Cukup sangat.”

Biarpun hidup dalam keadaan kekurangan tanpa dikelilingi kemewahan, Balqis mengakui bahagia.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Nampak macam tular tapi lepak di kedai mamak minum teh ‘o’ ais,” katanya.

Difahamkan, ibu dan bapa Balqis berceral ketika dirinya masih kecil namun tldak dapat dipastikan perincian sebenar status perceraian mereka kerana tldak pernah diceritakan kepada umum.

Tak nak besarkan lagi masalah, Puteri Balqis buat satu video. Ini rayuan dia kpd Mia Sara

Perselisihan faham diantara dua pelakon remaja akhirnya berakhir apabila Puteri Balqis tampil memohon maaf secara terbuka kepada Mia Sara.

Balqis Mohon Maaf

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 15 di laman Instagram pada malam Khamis, dia ingin memohon maaf kepada Mia dan keluarganya atas kenyataan balas yang dikeluarkannya sebelum ini. Malah, pelakon yang mesra disapa sebagai Aqish itu turut memohon maaf kepada peminat dan penyokong Mia.

“Hello kakak saya, Mia Sara ini adalah saya Puteri Balqis. Jauh dari dalam lubuk hati saya ingin memohon maaf kepada awak, Mia Sara dan saya memohon maaf seikhlas hati kepada bapa awak, Pakcik Ridzuan dan saya juga memohon maaf seikhlas hati kepada semua peminat dan penyokong awak” ujar Balqis

Menurut Balqis, dia akui terasa hati apabila Mia memberi komen secara terbuka mengenainya apatah lagi berbaur fitnah apabila mendakwa dia tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga. Jelas Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu, dia yang dibesarkan oleh ibunya hanya membuat perihal mereka sekeluarga sejak dahulu lagi dan mempunyai cara tersendiri dalam mengingati agama Islam khususnya kepada Tuhan.

“Aqish dan ibu buat hal kami sendiri dan kami tidak kacau orang jadi saya terasa bila ada orang komen secara terbuka mengenai saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga saya. Itu adalah satu fitnah yang besar dan bila awak kata saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga itu adalah ibu saya sendiri. Saya tidak tunjukkan rasa kasih saya kepada Tuhan melalui gambar tetapi saya tunjukkan sayangnya saya kepada Tuhan menerusi puisi. Saya turut tunjukkannya melalui penulisan dan tidak ramai orang yang bertanyakan perihal itu” katanya

Rayu Mia Tidak Ulangi Kesilapan Yang Sama

Dalam pada itu, Balqis berharap agar rakan seperjuangannnya itu tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama dan berkesempatan menitipkan pesanan buat penyokongnya.

“Saya hanya berkata ini sekali dan hanya akan sekali mengatakannya. Tolong jangan ulang atas apa yang awak sudah lakukan kepada saya dan saya harap kita dapat meneruskan semula kehidupan masing-masing, terima kasih.

“Dan kepada semua penyokong saya,apa yang boleh saya katakan? anda sangat baik, anda bertindak untuk berdiamkan diri dan memberi penuh kasih sayang terima kasih untuk itu.

Dan ini kepada anda semua, biarlah orang menghukum, biarlah orang membuat tanggapan buruk terhadap anda tiada apa yang perlu dibuktikan. Teruskan berbuat baik. Terima kasih” katanya lagi

Terdahulu, Murai.my melaporkan kedua-dua pelakon itu mempunyai perselisihan faham berikutan Mia memberikan pendapat mengenai soalan yang diajukan oleh seorang netizen mengenai Balqis.
Komen Mia, dia berpendapat tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama dan tidak perlu menyalahkan Balqis.

Balqis yang kecewa dengan dakwaan tersebut tampil dengan kenyataan menempelak Mia kerana bersikap sedemikian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Sumber: HCL

Kredit: Newz Live

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button