Gigi Patah, Aaron Aziz Dipuji Tetap Nmpak ‘Handsome’ Walaupun Rongak. Rupanya Ini Yang Terjadi - Menujukebenaran
Uncategorized

Gigi Patah, Aaron Aziz Dipuji Tetap Nmpak ‘Handsome’ Walaupun Rongak. Rupanya Ini Yang Terjadi

GARA-GARA tersilap langkah ketika melakukan babak aksi, pelakon Datuk Aaron Aziz menerima padah apabila giginya terdapat bahagian pada giginya patah sehingga kelihatan sedikit rongak.

Aaron memberitahu ia berpunca dari gerakan tidak sengaja seorang pelakon aksi lain dan dia tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kejadian tersebut.

Peminat puji wajah kacak Aaron walau gigi rongak.

“Nak jadi pelakon pelakon kena sedia gigi patah. Kata nak jadi pelakon aksi, sekali-sekala patahlah gigi. Stuntman tak sengaja, jadi tiada siapa nak disalahkan,” ujarnya.

Aaron memuat naik video menunjukkan bahagian gigi yang patah itu di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang terhibur dengan perkongsian tersebut dan tidak menganggap ia adalah satu kecederaan serius.

Stuntman tak sengaja, jadi tiada siapa nak disalahkan

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

Malah ada juga yang masih memuji wajah tampan Aaron selepas dia menunjukkan bahagian gigi yang patah.

“Masih handsome. Tidak mengapa bang, anda adalah pelakon hebat. Bukan pelakon kalau tiada kecederaan,” komen netizen.

Sementara itu Aaron dilihat sudahpun menerima rawatan dan membetulkan bahagian gigi yang rosak di sebuah klinik pergigian.

 

Video

Tawar hati pulang ke Singapura, Aaron Aziz seronok berniaga minyak wangi

KEHILANGAN ibu tercinta dua tahun lalu memberi kesan yang amat mendalam buat pelakon Datuk Aaron Aziz.

Kata Aaron, 46, beliau kini rasa tawar hati untuk pulang ke Singapura kerana suasananya tidak sama seperti dahulu.

“Selepas ibu meninggal, saya jadi tawar hati untuk pulang ke sana. Dahulu ada alasan untuk balik iaitu berjumpa ibu.

“Perasaan itu sudah berbeza sekarang. Saya sendiri tidak mengharap untuk balik ke sana.

“Tambah lagi dengan kesibukan kerja. Jadi tak terlalu fikirkan soal nak pulang ke Singapura,” ujar Aaron.

Ibu Aaron iaitu Juriana Jaafar meninggal dunia akibat serangan jantung pada November 2020.

Aaron memberitahu anak lelakinya, Danish Anaqi yang kini berada di sana akan berkongsi cerita setiap kali menziarah pusara ibunya.

“Keadaan sekarang pun menyebabkan kami sukar untuk ke sana.

“Bagaimanapun anak saya akan berkongsi gambar dan cerita apabila ziarah ke pusara ibu. Itu momen menyedihkan kerana dia tidak dapat pulang ketika ibu saya meninggal,” ujarnya.

Terus memberi fokus kepada kerjaya, pelakon filem Pisau Cukur ini sibuk dengan urusan perniagaan selain dunia lakonan.

Aaron juga akui selesa bergelar seorang ahli perniagaan selepas tiga tahun memasarkan produk wangian jenama sendiri The Oud by Aaron Aziz.

“Ketika memulakan perniagaan, niat saya adalah untuk membantu orang di luar sana menjana pendapatan lebih.

“Syukur ia mendapat sambutan yang memberansangkan. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei,” jelasnya.

Sumber: Mstar

Sumber: mStar

Jangan lupa like and share ya..

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button