Dihin4 Rumah Hampir Roboh, Suri Rumah Tetap Bangga Buat ‘Content’ Aktiviti Harian

Ramai diantara kita yang menggunakan platform seperti Facebook, Instagram dan yang paling famous adalah TikTok untuk berkongsi kisah harian dan tempat untuk menghilangkan rasa bosan disamping boleh bergaul serta berkawan dengan ramai orang.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu tetap cerita berkongsi videonya walau rupa bentuk rumah dihina mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita tersebut di laman TikTok @yoonachiee, kelihatan wanita itu hanya berkongsi kegembiraan menguruskan rumah tangga tanpa menggangu orang lain di media sosial.
Dapat kita lihat, dia membuat aktiviti hariannya seperti membasuh kain, mengemas rumah, menguruskan anak-anak serta membuat kerja rumah yang lain.
Pun begitu, ada juga ‘mulut-mulut’ yang meminta wanita ini untuk sedar diri dan mengecam rupa rumahnya yang dikatakan seperti hendak roboh.
Dalam pada itu, ada juga warganet yang sempat bertanya mengenai botol berisi air yang memenuhi ruang rumahnya itu.
Jelasnya, botol-botol berkenaan adalah untuk pelbagai kegunaan seperti air untuk mandi dan mencuci pakaian. Difahamkan, rumahnya sering terputus bekalan air sehingga menyebabkan dirinya terpaksa menyimpan air dalam kadar yang banyak.
Buat stok air dan memang suka kumpul botol mineral sebab nak isi air. Air dalam botol ni untuk kegunaan harian. Setiap hari basuh kain dan yang lain untuk kegunaan tandas. Tak banyak baldi nak isi air. Sini ada air sampai petang je, malam sampai tengah hari air takde sebab nak elak paip rosak.
Apa pun terima kasih sebab tanya. Kalau nak tahu sangat kehidupan kat sini datang lah nanti baru tahu macam mana. Walaupun saya orang kampung tapi saya tahu sakit tu apa dan apa yang memudaratkan diri sendiri.
Walau bagaimanapun ada juga warganet yang seakan-akan menghina rumah yang diduduki olehnya dengan mengatakan rumah tersebut seperti hendak roboh.
Namun begitu, dia tidak mengambil hati mengenai kata-kata sedemikian malah dia turut bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah SWT.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan mengakui bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang tidak lari daripada membuat kesilapan.
Ramai sangat kecam dari video sampailah kat live. Tak apa lah saya terima sahaja apa yang korang kata tentang saya. Saya salah korang tak salah. Semoga Allah SWT korang sentiasa lindungi korang dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Tak apa lah dunia ni milik korang. Saya hanya menumpang di dunia ni. Saya hanya singgah sahaja. Maafkan saya kalau saya selalu salah di mata korang.
Bagaimana pun, wanita ini dilihat tidak mudah melatah dan hanya mengendahkan segala kecaman malah mengambilnya dari sudut positif sahaja.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen turut gembira melihat wanita ini hidup bahagia walaupun dalam keadaan yang cukup sederhana.
Antara komen warga maya:
“biarlah nak roboh ke, runtuh ke, janji hati bahagia”
“tak berduka dan tak berbangga sebab ini hanya pinjaman”
“semoga satu hari nanti awak dapat rumah idaman”
“jadikan kata2 tu satu semangat untuk sis.. saya tau sis kuat”
“dari akak saya belajar bahagia itu sederhana”
Video
Lagi video sila klik link dibawah
Sumber : yoonachiee
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: