Mat Salleh Ini Mampu Cakap 30 Bahasa. Tawar Ganjaran Kalau Bahasa Diucap Dia Tak Tahu. Terus Mengalah Bila Wanita Ni ‘Kecek Kelate’ - Menujukebenaran
Uncategorized

Mat Salleh Ini Mampu Cakap 30 Bahasa. Tawar Ganjaran Kalau Bahasa Diucap Dia Tak Tahu. Terus Mengalah Bila Wanita Ni ‘Kecek Kelate’

Untuk menguasai satu bahasa asing memerlukan satu jangka masa lama, inikan pula mahu menguasai hampir 30 jenis bahasa asing dari seluruh dunia. Namun, ada seorang lelaki dari Belanda, Wouter Corduwener, boleh berbuat sedemikian.

Wouter gemar membuat video bersiri di mana beliau akan berjumpa mana-mana orang awam dan akan bersembang orang tersebut mengikut bahasa ibunda yang mereka gunakan.

 

Dalam satu siri video yang dikongsikan, Wouter ada membuat satu ‘cabaran’ di mana beliau akan memberikan €20 (RM92.50) kepada mana-mana orang awam yang boleh berbicara dengannya dalam bahasa yang beliau tidak tahu.

Semasa beliau bertemu dengan sekumpulan pelancong, Wouter telah bertemu dengan seorang wanita Malaysia yang bercakap dalam dialek Kelantan.

Jelas kelihatan Wouter sukar menjawab semula apa yang dituturkan oleh wanita itu mengikut dialek yang digunakan.

“So, demo kecek kelate ke? Bahasa apa demo kecek?” kata wanita Malaysia itu.

Setelah mendengar penerangan wanita Malaysia itu, Wouter segera memberikan €20 (RM92.50) kepadanya sebagai hadiah berjaya ‘menewaskan’ beliau.

Seorang lagi wanita yang ada di situ terpinga-pinga apabila melihat kedua-duanya bersembang.

Wouter menerangkan bahawa mereka sedang berbicara dua bahasa berbeza, beliau menggunakan Bahasa Indonesia, manakala wanita itu pula menggunakan Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu).

Perkongsian semula video itu telah menarik perhatian warganet. Rata-rata ramai mengagumi dengan Wouter kerana beliau sangat arif membezakan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia, walaupun kedua-duanya mempunyai sebahagian bunyi dan perkataan yang agak sama.

Menurut akaun TikTok yang memuat naik semula video itu, ada beberapa siri video lain menunjukkan Wouter telah bertemu dengan pelancong-pelancong Malaysia dan beliau tewas dengan Bahasa Ibunda Malaysia.

Bahasa Melayu dialek Kelatan merupakan dialek yang menarik dan unik disebabkan pelbagai alasan. Bagi penuturnya, dialek ini wajib digunakan kerana jika tidak menggunakan dialek ini apabila berkomunikasi sesama sendiri, mereka boleh dikatakan sebagai lupa akan asal usul sendiri.

Berikut disenaraikan beberapa kata majmuk yang boleh digolongkan kepada simpulan bahasa dan perumpamaan yang dikatakan digunakan oleh penutur bahasa Melayu dialek Kelantan. Dialek ini juga adalah dialek yang dinamakan dialak Melayu Patani yang digunakan di pantai timur, selatan Siam.

1.ban denga

mendengar dengan cermat

2.basoh jejeh (jerok)

basah semuanya (lejun)

3.basoh wok

terlalu basah

4.beto selin

orang yang terlalu lurus / jujur

5.bulak gete

bulat benar; betul-betul bulat

 

Video

 

kredit: https://www.thevocket.com/trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button