Baru Je Dapat Hadiah Kereta RM100K Lebih, Normah Damanhuri Beritahu kenapa Dia Mula Naik Geram - Menujukebenaran
Uncategorized

Baru Je Dapat Hadiah Kereta RM100K Lebih, Normah Damanhuri Beritahu kenapa Dia Mula Naik Geram

Baru-baru ini, pelakon Normah Damanhuri telah menerima kejutan istimewa selepas anaknya, Liana Rosli atau Kak KM menghadiahkan sebuah kereta baru.

Menerusi hantaran terkini di akaun Instagram milik pelakon senior berkenaan, Normah memuat naik tangkap layar komen negatif yang diterima di media sosial.

Dakwa individu berkenaan, tindakan memberi hadiah seolah-olah bagi mengaburi isu viral melibatkan Kak KM baru-baru ini.

Serentak dengan itu, pelakon berusia 68 tahun ini meluahkan rasa kurang senang terhadap komen terbabit.

“Kenapa hati kau busuk bernanah melihat kebahagiaan orang lain? Sentiasa bersangka buruk kepada anak aku, aku tak kacau hidup kau. Kenapa kau kacau kehidupan aku dan emosi aku.

“Untuk pengetahuan kau, bila salesman bagitahu aku kereta aku dah sampai aku terus kena pergi settle pada hari yang sama. Kereta ni aku dh booked lama! Kau apa tahu.

“Hati anak aku suci murni aku didik dengan penuh kasih sayang yang aku nak bagitahu dengan kau sekarang ni. Aku nak bagi kau hadam.

“Takda kena mengena sama sekali dengan apa yg kau tuduh terhadap anak aku,” tulisnya panjang lebar.

Sekadar informasi, usahawan sensasi berkenaan telah menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada ibunya yang dibayar secara tunai, pada Rabu lalu.

Normah Damanhuri menangis, tak sangka Kak KM belikan kereta ‘cash’ lebih RM100,000

Terdahulu PERKONGSIAN Kak KM menerusi sebuah video kali ini menerima pujian netizen apabila usahawan sensasi itu membuat kejutan kepada ibunya iaitu aktres Normah Damanhuri.

Menerusi perkongsian itu, Kak KM atau Liana Rosli menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda kepada ibunya yang dibayar secara tunai dengan harga lebih RM100,000.

Normah yang pada mulanya mengadu wang simpanannya tidak mencukupi menangis apabila anaknya mengatakan akan membayar semuanya.

“Macam ini la, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli cash untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis.

“Apa la sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” kata Kak KM.

Selepas mendengar kata-kata itu, Normah terus bangun dan menangis kerana terkejut dengan pemberian anaknya itu.

Bersyukur sangat, mak tak sangka… mak ingat nak beli sendiri saja.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.

Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya biarpun kadang-kala perkongsiannya di laman sosial mengundang kecaman.

“Walaupun dia begini, tapi aku suka dia hormat mak dia… dia ratukan mak dia.

“Tak suka perangai gedik Kak KM, tapi respek sangat bab menghargai mak… semoga sentiasa istiqamah macam ini selalu.

“Patutlah rezeki Kak KM sentiasa murah rupanya dahulukan ibunya. Alhamdulillah rasa terharu, saya minat Kak KM,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, Normah, 68, tidak henti melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka menerima sebuah kereta daripada anaknya.

“Bersyukur sangat, mak tak sangka… mak ingat nak beli sendiri saja. Mana la tahu sayang (Kak KM) nak belikan kereta ini.

“Syukur sangat, Alhamdulillah. Nanti nak buat sujud syukur,” ujarnya.

kredit: mh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button