“Kurang Ajar Cikgu..” lbu Mngamuk, Tengking Guru di Sekolah Gara² Muka Anak DibaIing Dgn Buku

KECOH mengenai video yang tular di media sosial berkaitan dakwaan seorang guru memukul muka seorang pelajar menggunakan buku.
Menerusi rakaman berdurasi hampir lima minit itu, kedengaran seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar berkenaan sedang bersemuka dengan pihak sekolah mengenai insiden berkenaan.
Kelihatan daripada video berkenaan adalah guru wanita dipercayai individu yang bertanggungjawab terhadap perlakuan berkenaan serta seorang lelaki dipercayai pengetua sekolah.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali











Antara luahan netizen berhubung video yang tular.
Si ibu bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tidak mahu guru berkenaan masih mengajar anaknya.
“Saya pun lagi tak nak ajar,” jawab guru tersebut.
Guru itu turut mengakui terdapat beberapa pelajar lain yang dipukulnya di atas beberapa sebab seperti tidak membawa buku sekolah.
“Daripada awal lagi saya dah kata, memang itu salah saya… minta maaf,” katanya.
Masih dipersoalkan alasan anaknya dipukul, guru itu tampil menjelaskan bahawa pelajar berkenaan bersikap biadab.
“Penting ke kau nak pukul muka anak aku? Kau cikgu, kau ada pelajaran, belajar tinggi-tinggi tapi bodoh. Kau pukul muka dia dengan buku macam tu.
“Anak kau kalau kena pukul dengan buku, macam mana kau nak buat? Nak kata ‘terima kasih cikgu sebab pukul muka anak saya’,” balas si ibu.
Cadangan bagi menggantikan hukuman memukul di bahagian muka.
Wanita itu berkali-kali menegaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya anaknya dihukum di atas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, tetapi bukan memukul di bahagian muka.
“Rotan pun tak kisah. Kena berdiri ke kena apa ke tak ada nak marah.
“Tapi ni muka kau pegang, banyak kurang ajar!,” katanya.
Video asal yang dikongsikan di aplikasi TikTok bagaimanapun telah dipadam, namun kini telah tersebar di semua platform media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi.
Turut difahamkan, video berdurasi hampir lima minit itu merupakan sebahagian daripada rakaman penuh pertemuan ibu pelajar tersebut dengan guru dan pengetua sekolah.
Untuk video sila klik link dibawah.
https://www.instagram.com/tv/CfLZ9Wbpt16/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Sumber:Mstar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.
Terima Kasih.
PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, dibawah ?? ini antara artikel menarik untuk anda ikuti