‘Patutlah Skill Silat Dia Lain Mcm’- Kesungguhan Jayakan Watak Awang, Fattah Amin Dapat Pujian Netizen.

MEMUJI lakonan mantap aktor Fattah Amin dalam Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, aktres Nur Fazura mengakui dia pernah berasa bimbang dengan keadaan suaminya ketika menjalani penggambaran filem itu pada lewat pagi.
Baharu sahaja kahwin ketika itu, Fazura bagaimanapun mendedahkan suaminya sentiasa kelihatan tenang biarpun kepenatan dan tidak cukup rehat disebabkan ingin memberikan yang terbaik.
“Hi sayang, ingat tak masa awak shoot cerita ni, kita baru saja kahwin. Ingat juga tak masa tu saya punya risau kat you sebab banyak betul babak yang buat I fikir macam-macam kat rumah.
“Terutama masa pukul tiga hingga empat pagi awak masih dalam sungai. Ada buaya ke? Saya tanya… awak boleh gelak saja. Tapi awak jadi diri awak.

Fattah bersama Syamsul Yusof yang merupakan pengarah filem Mat Kilau.
“Sentiasa tenang walaupun saya tahu awak penat gila, tak cukup tidur semua pun ada. Awak sangat bersemangat apabila diberi peranan ini dari mula, malah lebih daripada mana-mana peranan yang pernah anda mainkan,” katanya.
Kemunculan Fattah dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan bakatnya sehingga lakonannya mendapat pujian ramai dan namanya menjadi trending di laman Twitter.
Ramai dalam kalangan peminat dan penonton filem itu kagum dengan persembahannya membawakan watak Awang dalam filem arahan Syamsul Yusof itu sekaligus membuktikan Fattah bukan lagi ‘pelakon kayu’ seperti diperkatakan sebelum ini.
Best ke tak ni? Baiklah, biar saya katakan yang saya kagum dengan semua itu.
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan pada 23 Jun lalu dan berjaya mencapai kutipan box office sebanyak RM2.8 juta selepas dua hari ditayangkan.
Dalam pada itu, Fazura turut memuji lakonan Fattah yang memegang watak sebagai Awang dan menganggap suaminya kini berada di peringkat berbeza sebagai pelakon.
Malah, Fazura turut berbangga dan gembira akhirnya Fattah dapat menggunakan kemahiran silat yang sudah lama diimpikan untuk dilakukan dalam sebuah karya.
“Jadi, memang saya tunggu nak tengok filem ni. Best ke tak ni? Baiklah, biar saya katakan yang saya kagum dengan semua itu. Persembahan awak sebagai ‘Awang’ dalam filem ini dah letak awak di peringkat yang berbeza sebagai pelakon.
“Awak sudah buktikan dari masa ke semasa lagi sekali awak sangat berbakat. Bakat, ketabahan, rendah hati dan kerja keras awak menjadikan inspirasi saya dan saya bangga dengan awak.
Selain Fattah, filem itu turut dibintangi oleh Johan As’ari, Beto Kusyairi dan Datuk Adi Putra.
“Saya sangat gembira awak dapat menggunakan kemahiran ‘silat’ untuk tujuan yang baik, sesuatu yang awak sudah lama impikan untuk lakukan,” ujarnya.
Sementara itu, Fazura turut melahirkan rasa syukur atas segala-segalanya dan teruja untuk melihat lagi kejayaan suami tercinta di masa akan datang.
“Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala-galanya. Tahniah cinta hati saya. Saya tak sabar nak tengok lagi kejayaan awak dari hari akan datang.
“Akan sentiasa berada di sisi awak… mudah-mudahan, Amin! Saya cinta kamu. @fattahaminz. Love, your super sweet wife,” katanya.
Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima yang kini berusia dua tahun.
” Tahukah anda Fattah Amin pernah mewakili Kuala Lumpur di peringkat kebangsaan suatu ketika dahulu dalam pertandingan silat olahraga..”
Itu perkongsian diambil dari laman Facebook, Expendables GYM yang mendedahkan satu sisi lain pelakon terkenal Fattah Amin yang mungkin ramai tak tahu.
Malah, persatuan Silat Gayung Fatani Masjid Amru Ibni Al’as Bandar Baru Sentul KL, turut mendedahkan bahawa Fattah Amin sememangnya seorang pesilat.
Difahamkan Fattah mengangkat silat Gayung Fatani dan merupakan bekas pesilat Kuala Lumpur selain pernah menyertai kejohanan silat kebangsaan tahun 2010.
Sumber terbabit turut mengatakan Fattah juga merupakan rakan segelanggang Jurulatih Silat Gayung Fatani Masjid Amru Ibni Alas iaitu Cikgu Akhmal.
Justeru, mungkin disebabkan itu, kemunculan Fattah dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan beliau mampu berlakon filem aksi sehingga mendapat pujian ramai sehingga namanya menjadi trending di laman Twitter.
Biarpun pada mulanya ramai netizen mempersoalkan mengapa perlunya ada Fattah Amin sebaik menonton trailer filem Mat Kilau, namun sebaik menonton aksi suami kepada aktres Fazura itu, pandangan mereka telah berubah.
Belajar silat sejak bangku sekolah
Dalam pada itu, Fattah Amin sendiri memaklumkan beliau mempelajari Silat Gayung Fatani sejak di bangku sekolah lagi.
Pelakon yang memegang watak Awang dalam filem Mat Kilau itu berkata, ilmu silat yang dimilikinya mengurangi beban ketika melakonkan watak tersebut disebabkan beliau sudah mempunyai asas.
” Kebetulan pula ada sumber-sumber yang cuba menggali dan berjaya mengeluarkan artikel bahawa saya mempelajari silat.
Video
” Ini kerana saya tidak pernah tunjuk perkara tersebut dan pernah mewakili Kuala Lumpur dan sebagainya,” kata Fattah dalam sidang media tayangan perdana filem Mat Kilau pada Khamis.
Dalam pada itu, Fattah tidak menyangka bahawa kemahiran silatnya itu merupakan satu kelebihan buatnya lebih-lebih lagi dalam melakonkan filem aksi.
” Apa yang saya belajar dulu ternyata dapat dipraktikkan dalam sebuah filem,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, watak Awang di dalam filem tersebut mempamerkan aksinya di dalam bidang memanah.
” Aksi memanah tersebut memang saya berlatih selama berbulan-bulan sebelum masuk ke dalam set, jadi memang saya yang memanah sendiri di dalam filem itu.
” Pada masa yang sama, saya berlatih silat untuk menajamkan kemahiran yang sudah lama saya tinggalkan,” tambah beliau lagi.
Fattah juga turut memaklumkan hampir kesemua babak lawan di dalam filem Mat Kilau adalah dilakonkan sendiri oleh para pelakon.
” Ada juga pakai stunt man tapi dalam 20 peratus sahaja,” katanya.
Fattah Amin bukan lagi ‘kayu’
Sewaktu kemunculan awal Fattah Amin dalam industri lakonan suatu masa dahulu, ramai yang menge.cam pelakon ini dengan pelbagai gelaran termasuklah ‘pelakon kayu’.
Fattah Amin tidak mengendahkan persepsi itu dan terus belajar untuk memperbaiki mutu lakonannya agar orang ramai akan mengenalinya sebagai seorang pelakon berbakat.
Dek kerana usaha itu, penglibatan Fattah Amin dalam filem aksi, KL Special Force (2018) arahan Syamsul Yusof memperlihatkan berlakunya transisi gaya lakonannya.
Menjadi satu bonus kepada mana-mana lelaki dalam dunia mempelajari silat dan bergelar pelakon, mereka boleh jadi pejuang di layar perak untuk menjentik jati diri orang-orang Melayu tanpa sedar.
Kenang sahaja drama-drama terdahulu seperti Keris Hitam Bersepuh Emas yang melibatkan lakonan Eman Manan, Ebby Yus dan lain-lain.
Begitu juga dengan nama Rusdi Ramly yang cukup terkenal dengan drama-drama kemelayuan dan persilatan sekitar era 90-an sebelum dunia TV dimanipulasi golongan tiada jati diri.
Ntizen puji melambung Fattah
Menyingkap beberapa perkongsian di media sosial, netizen menyifatkan lakonan Fattah sudah banyak menunjukkan perkembangan malah ia antara watak cukup meninggalkan kesan dalam filem tersebut.
Ramai menyifatkan lakonannya itu berbeza berbanding watak-watak yang pernah dia lakonkan sebelum ini.
” Fattah amin dah jumpa role yg sesuai untuk dia, tak sangka dia boleh bawak watak yang lantang bercakap, best gilerr. Jangan balik ke drama pukul 7 lagi dah Fattah macam dulu-dulu.
” Memang mendalami betul watak dia.. tak sangka dia improve banyak giIerr dari drama2 dia sebelum ni.. time dia memanah tu fuhh best aaa..” komen ntizen.
Dalam filem tersebut, Fattah memegang watak Awang, rakan seperjuangan Mat Kilau lakonan Datuk Adi Putra dan ia digambarkan sebagai seorang yang hebat memanah.
Ketika bercakap tentang wataknya sebelum ini, Fattah sendiri mengakui puas dengan peranan yang diberikan.
” Watak yang saya bawakan dalam filem Mat Kilau antara yang kuat saya pernah bawakan. Penonton akan tahu mengapa saya katakan begitu selepas mereka menontonnya nanti.
” Rasanya segala penat lelah sepanjang berada di lokasi sangat berbaloi. Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan,” ujarnya.
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan pada 23 Jun lalu dan berjaya mencapai kutipan box office sebanyak RM7 juta selepas 3 hari ditayangkan.
Sumber:https://thebolalive.com/, mstar, FB Expendables GYM dan Silat Gayung Fatani Masjid Amru Ibni Al’as Bandar Baru Sentul KL, trendingsangat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: