“Kec3wa seorang wanita” – Tangisan Rossa Sera buat Uyaina Arshad juga mengalirkan air mata

Nampaknya rancangan Meletop yang ditayangkan pada malam tadi cukup mengundang s4yu buat penonton selepas kemunculan Rossa Sera iaitu isteri kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar menjadi tetamu jemputan pada minggu ini.
Mengulas isu yang dihadapi oleh pasangan berkenaan, Rossa Sera yang berkongsikan perasaannya itu mengundang seb4k penonton apabila tangisan dirinya mencuri tumpuan warganet sehingga tular sejak semalam.
Rossa Sera menerusi temubual mereka bersama pengacara Meletop iaitu Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad dapat didengar apabila menjawab pertanyaan mereka merasa sed1h dengan keadaan dialaminya.
Malah ujar Rossa Sera juga kemaafan yang diberi buat Shuk Sahar buat kejadian sebelum ini yang terjadi menyakiti hatinya sendiri dan dalam pada itu, tangisan Rossa Sera turut membuatkan Uyaina Arshad tidak dapat menahan seb4k di rancangan tersebut.
Rossa Sera juga mendapat sokongan daripada pihak keluarga manakala dirinya juga menganggap ia satu ujian buatnya dan sehingga kini kata ibu kepada dua orang anak ini masih sahaja memberikan kata-kata semangat buat Shuk Sahar.
Ruangan komen bagaimanapun dihujani dengan pelbagai reaksi oleh netizen yang turut merasa seb4k dan memberikan semangat buat Rossa Sera.
“Boleh tengok dari segi raut wajah dia…”

“k3$ian Sera belum pape lagi dah seb4k dia”
“Moga Rossa tabah…”
“Bahagia kan diri sendiri dulu…”
Sumbermarigoldslow
Kalau dengar nama Shuk Sahar pasti ramai yang akan merasa geram mengingatkan episod perselingkuhan yang dilakukan berkali-kali.
Dek kerana skandal tersebut, kerjayanya sebagai penghibur boleh dikatakan hampir ranap sehinggakan terpaksa menjual rumah banglo mewah miliknya demi meneruskan kehidupan seharian.
Adakah itu namanya kemaruk cinta? Selingkuh adalah satu pilihan tapi setia juga adalah satu pilihan.
Terbaru menerusi satu rancangan temubual bersama Datuk Aznil Haji Nawawi iaitu ‘Hard to Heart’, Shuk sempat berkongsi rasa tentang segala apa yang berlaku kepadanya ketika ini.
Jelasnya kini sudah tidak tinggal sebumbung dengan isteri namun masih lagi belum ke mahkamah.
Dalam pada itu, pelawak tersebut akui kesilapan yang dilakukan berulang kali berkenaan akhirnya membuatkan wanita itu sudah tidak tahan lagi.
Pak Nil tengok Shuk seperti selesa dengan keadaan sebegitu…Sebab ia berulang…Berbaloi ke Shuk?
Dengan nada yang kecewa, Pak Nil sempat bertanyakan jika adakah berbaloi segala apa yang dilakukannya ini. Berat hati namun Shuk yang hanya mampu tertunduk menjelaskan ia sama sekali tidak berbaloi malah kehilangan segala-galanya sekelip mata sahaja termasuk rakan-rakan.
Jelas pengacara itu lagi, sepanjang 6 tahun perkahwinan, sebenarnya sudah 4 tahun isterinya menanggung penderitaan tersebut.
TERPALIT dengan beberapa kontroversi melibatkan masalah rumah tangga, pelawak Shuk Sahar mengakui namanya kini ditolak stesen televisyen.
Biarpun menyedari hal itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berharap stesen TV mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan perkara itu secara rasmi kepadanya.
Pelawak dan pengacara berusia 36 tahun ini juga berkata, dia ingin tahu berapa lama namanya akan disenarai hitam pihak berkenaan.
Nama Shuk masih ditolak stesen TV.
“Sebenarnya ada beberapa kali saya dah ‘lock job’ tapi bila nak mula shooting saja, tiba-tiba stesen TV tak lulus. Saya sendiri tak faham, adakah saya betul-betul kena ‘banned’?
“Sebab tak ada kenyataan atau surat. Kalau betul-betul saya kena ‘banned’, tolonglah bagi surat atau beritahu tempoh masa. Supaya saya dapat atur kehidupan.
“Katakan saya kena banned enam bulan, jadi saya ada masa itu untuk aturkan kehidupan saya macam mana. Saya ada tanya produksi tapi mereka pun tak beri jawapan,” katanya kepada mStar.
Selain isu curang, Shuk juga pernah terkait kontroversi melibatkan pelakon Fauzi Nawawi yang berkongsi mengenai babak rogol dalam sebuah program temu buat pada Oktober tahun lalu.
Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak rogol tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang tidak mahu lagi menyokong karier pelakon itu.
Sejak timbulnya kontroversi itu, bekas pengacara program Mic On dan I Can See You Voice itu tidak lagi kelihatan dalam mana-mana program TV.
Gara-gara kehilangan sumber pendapatan utama dalam bidang seni, Shuk juga terpaksa menjual rumah miliknya dengan harga RM1.2 juta.
Berkongsi mengenai perkara itu, Shuk melahirkan rasa syukur apabila akhirnya rumahnya dibeli oleh seorang usahawan muda.
Shuk syukur rumahnya sudah ada pembeli.
“Alhamdulillah, rumah saya dah ada orang beli. Dia seorang usahawan yang muda daripada saya. Kebetulan dia menyewa di kawasan itu dan mencari rumah di kawasan itu.
“Dah jual pun rumah itu… memang sedih sebab rumah pertama saya. Masa itu juga saya masih bekerja di Hot FM, saya guna semua duit untuk ubah suai rumah itu.
“Tapi tak sangka macam-macam jadi sehingga saya terpaksa jual rumah. Sebab saya tak dapat nak tanggung kehidupan. Shooting pun dah tak ada, daripada kena lelong baik jual.
“Dapat duit sikit, dapat guna untuk teruskan kehidupan saya sekarang. Sebab setakat ini perniagaan dan buat review menjadi punca pendapatan saya,” ujarnya.
Rumah RM1.2 juta dijual, Shuk Sahar mula punggah barang keluar
PETALING JAYA – Pelawak Shuk Sahar akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rumah banglo bernilai RM1.2 juta miliknya selepas kediaman mewah tersebut sudah mempunyai pembeli.
Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkongsi perkara terbabit menerusi satu muat naik video yang agak memilukan dalam Instagram.
Dalam video dimuat naik, kelihatan perabot-perabot mula dipunggah keluar daripada rumah tersebut dengan menggunakan sebuah lori.
Satu per satu barangan yang semestinya memiliki nilai tersendiri kepada diri Shuk, 36, dan keluarga dikosongkan dari rumah yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor itu.
“Insya-Allah, ada yang lebih baik. Selamat tinggal Ferrea (nama rumah tersebut),” ujar bekas penyampai radio Hot FM itu.
Menjengah ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa dukacita namun pada sama mengingatkan Shuk bahawa apa yang terjadi patut menjadi pengajaran dalam hidupnya.
“Sebenarnya jadi pengajaran buat semua. Isteri itu pintu rezeki buatmu. Kau berjaya macam mana sekalipun sebahagian rezeki itu milik isteri dan anak-anak.
“Tetapi, apabila hati isteri tak dijaga anak-anak terabai kasih sayang dan masa, Allah bagi pengajaran. Rahsia takkan kekal selamanya sebab seorang isteri ada naluri yang kuat yang suami tiada.
“Kasihan pada isteri yang diseksa hati dan perasaannya. Penderaan mental,” ujar pengguna Instagram tersebut.
Terdahulu, menerusi sesi live di TikTok Shuk Sahar memaklumkan mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta.
Katanya, alasan menjual rumah berkenaan adalah kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Kata Shuk lagi, dia nekad menjual rumah berkenaan kerana dalam masa yang sama perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN,” katanya.
Sehingga kini, status hubungan Shuk dan isterinya juga belum dapat dipastikan selepas wanita asal Sabah itu memfailkan perceraian pada November tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
Kredit: TikTok imranimlap, kisahdunia.com, kosmo.com.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Kredit:hcl/jutawankini