Kena Cas Lebih Sbb Minta Kuah, Netizen Komplen. Sekali Ditunjuk Banyak Mana Kuah Lebih, Terus Netizen Backup Peniaga ni

PETALING JAYA – Sudah menjadi adat dalam berniaga yang mempunyai pelbagai cabaran menangani masalah khususnya apabila berdepan krisis dengan pelanggan.
Menerusi satu hantaran di media sosial milik faraysoff, dia yang merupakan peniaga gerai makanan didatangi seorang pelanggan lelaki yang berhasrat untuk membungkus kuah bagi juadah yang dibeli.
Namun, situasi itu menjadi tegang dan berlaku pertengkaran mulut bersama pelanggan terbabit apabila kuah lebih yang hendak dibungkus turut dicaj RM1 oleh peniaga berkenaan.
Peniaga wanita itu cuba memberikan penjelasan terhadap lelaki terbabit selain menawarkan untuk memberikan bungkusan kuah tersebut secara percuma, namun pelanggan berkenaan masih tidak berpuas hati.
“Zaman sekarang kuah tak perlu ke? Makan nasi tanpa kuah sedap ke? Berniaga nak masak perlu guna santan rempah, santan murah ke?,” tulis peniaga terbabit.
Tangkap layar pertengkaran mulut yang berlaku antara peniaga gerai makanan dan pelanggan berkenaan
Namun pekerja kedai itu memberitahu tindakan itu wajar memandangkan dia mengambil kira segala kos bahan-bahan yang digunakan.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian netizen di mana ramai yang tidak menyangka kuah juga akan dikenakan caj tambahan.
Menurut netizen, kebiasannya kuah tidak dikenakan caj tambahan melainkan pelanggan meminta kuah lebih yang dibungkus asing.
Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan si peniaga sehingga wanita itu tampil mendedahkan bahawa kuantiti kuah yang dibungkus banyak selain mengaitkan bahan masakan semakin mahal menyebabkan kenaikan harga.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berkongsikan pendapat mereka mengenai isu tersebut.
“Berkira betul. Kalau kuah asing takpe jugak.”
Pemilik kedai tunjuk banyak mana kuah yang diminta
Selepas tular video tersebut, ramai yang tanya banyak mana kuah asing yang dibungkus sehingga dicas rm1.
Ramai juga yang terkejut dengan jumlah kuah dan patutlah tuan kedai terpaksa ambil bayaran.
Nak tengok video penuh tentang isu kuah kena cas boleh ke Tiktok : https://www.tiktok.com/@faraysoff
“RM1 je pun, aku pernah kena dekat kedai lain kuah kari RM3 pun tak viral,” ujar Bobby.
“Aku sebagai penjual nasi berlauk sangat faham, nak hasilkan kuah pun banyak bahan nak guna,” komen Eyla.
Sumber : HCL / Rizal Hakimm / Tiktok faraysoff
kredit: kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: