Rupanya Ada Lagi Benda Lain Shuk Buat, Sera Dedah Sesuatu Mengenai Rumah Mereka

Hubungan antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera masih menjadi bualan hangat. Ramai yang tertanya-tanya dan keliru dengan status hubungan mereka sehingga kini.
Diminta mengulas status terkini rumah tangga mereka, kata Rossa Sera mereka sebenarnya masih dalam fasa perbincangan dan hanya akan bertemu atas urusan keluarga semata-mata.
“Saya dan Shuk kami masih dalam perbincangan oleh kedua-dua pihak, jadi saya tak boleh nak ulas lanjut. Namun yang pasti kami akan cari jalan yang terbaik untuk kami berdua.
“Anak-anak kerap sahaja berjumpa ayah mereka, cuma saya yang jarang sangat berjumpa.
“Kali terakhir saya berjumpa dengan dia 7 atau 8 bulan yang lalu. Selain itu berkenaan urusan anak-anak kami akan berhubung melalui WhatsApp sahaja.
“Anak-anak memang selalu tanya pasal ayah dia dekat mana, macam sekarang Shuk bekerja di Penang, tapi setiap kali dia datang ke Kuala Lumpur pasti dia akan berjumpa anak-anak,” ujarnya kepada Gempak.
Sera ditemui selepas siaran langsung program popular MeleTOP di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa.

“Bini Hilang, Rumah Pun Hilang..”- Shuk Sahar Kosongkan Rumah Untuk Pemilik Baharu
TAK TAHU RUMAH ITU DIJUAL
Rossa Sera Ulas Status Terkini Dengan Shuk Sahar, Terkilan Rumah RM1.2 Juta Dijual Tanpa Diberitahu
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kediaman bernilai RM1.2 juta yang telah dijual oleh Shuk, Sera akui terkilan apabila dirinya tidak dimaklumkan tentang hal (penjualan rumah) terbabit.
“Sejujurnya berkenaan rumah itu, saya tidak tahu apa-apa dan tak berani untuk memberi komen.
“Sebabnya, sejak tahun lalu selepas saya keluar dari rumah itu saya langsung tidak pernah kembali semula ke rumah itu. Perasaan ni sangat sedih.
“Sejak saya keluar dari rumah itu, saya tidak sanggup untuk melihat rumah itu dan tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke situ.
“Terlalu banyak kenangan bersama anak-anak di situ, kami juga pernah memasang impian bersama ketika tinggal di sana, terutamanya tentang anak-anak,” kata Sera sebak.
Difahamkan Sera sebelum ini pernah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November 2021.
Sera dan Shuk telah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
“Kec3wa seorang wanita” – Tangisan Rossa Sera buat Uyaina Arshad juga mengalirkan air mata
Nampaknya rancangan Meletop yang ditayangkan pada malam tadi cukup mengundang s4yu buat penonton selepas kemunculan Rossa Sera iaitu isteri kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar menjadi tetamu jemputan pada minggu ini.
Mengulas isu yang dihadapi oleh pasangan berkenaan, Rossa Sera yang berkongsikan perasaannya itu mengundang seb4k penonton apabila tangisan dirinya mencuri tumpuan warganet sehingga tular sejak semalam.
Rossa Sera menerusi temubual mereka bersama pengacara Meletop iaitu Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad dapat didengar apabila menjawab pertanyaan mereka merasa sed1h dengan keadaan dialaminya.
Malah ujar Rossa Sera juga kemaafan yang diberi buat Shuk Sahar buat kejadian sebelum ini yang terjadi menyakiti hatinya sendiri dan dalam pada itu, tangisan Rossa Sera turut membuatkan Uyaina Arshad tidak dapat menahan seb4k di rancangan tersebut.
Rossa Sera juga mendapat sokongan daripada pihak keluarga manakala dirinya juga menganggap ia satu ujian buatnya dan sehingga kini kata ibu kepada dua orang anak ini masih sahaja memberikan kata-kata semangat buat Shuk Sahar.
Ruangan komen bagaimanapun dihujani dengan pelbagai reaksi oleh netizen yang turut merasa seb4k dan memberikan semangat buat Rossa Sera.
“Boleh tengok dari segi raut wajah dia…”
“k3$ian Sera belum pape lagi dah seb4k dia”
“Moga Rossa tabah…”
“Bahagia kan diri sendiri dulu…”
Sumbermarigoldslow
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: