“Itu baru dlm kereta” Netizen Terkjut Dgn Perbuatan Seorang Lelaki Terhadap Gadis Di Dlm Kereta.

Tular satu rakaman video memaparkan seorang pemandu kereta jenis Proton Saga didakwa bergaduh dengan penumpang di sebelahnya dipercayai berlaku di Lebuhraya Shah Alam (Kesas).
Rakaman tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @abahmj mempersoalkan tindakan kasar pemandu itu sehingga kereta dipandu ‘terhuyung-hayang’.
Dalam pada orang ramai sedang berpusu-pusu ke tempat kerja, siapa sangka nasib wanita ini berlaku sebaliknya apabila menjadi mangsa pukul seorang lelaki yang disyaki suaminya.
Saling berlawan tangan dalam kereta
Detik mencurigakan itu sempat dirakam oleh kenderaan di belakangnya dan telah dimuat naik di platform Tiktok yang mana sekaligus mencetuskan tanda tanya.
Dalam video itu, kelihatan wanita berkenaan yang berada di bahagian depan tempat duduk penumpang sedang berlawan tangan dengan pemandu kereta.
Menerusi kapsyen pada video berdurasi 13 saat itu, perakam yang berada di belakang kereta Proton Saga mendakwa melihat pemandu lelaki itu memukul pasangannya di awal pagi.
“Bang, baru jam 8 pagi dan kamu memilih untuk memukul isteri sendiri,” tulisnya.

“Pernah berada dalam situasi macam ini, sebab saya terlambat bersiap sahaja tiba-tiba kena marah, nasihat untuk perempuan di luar sana sila pilih pasangan mereka dengan berhati-hati,” tulis Tunteja_23.
“Tolong pergi buat laporan polis, kesian dekat isteri dia itu sedihnya tengok, mesti sakit sangat,” tulis Omma.tz.
Bagaimanapun, video yang meraih lebih 341,000 tontonan itu dipercayai sudah ‘dipadamkan’ oleh pemilik akaun atas sebab tidak diketahui.
Terkejut kepala dipukul pula
Tanggapan awal warganet mereka mungkin bergurau, namun apabila melihat pemandu terbabit bertindak memukul kepala wanita tersebut membuatkan ramai mendakwa dia menjadi mangsa amukan lelaki berkenaan.
“Simpan buat report”
Meninjau ke ruangan komen, netizen meminta agar pemilik akaun menyimpan video tersebut sebagai bahan bukti agar wanita itu mendapat pembelaan jika dia ingin membawa kes tersebut ke balai polis.
“Bahaya, boleh sebabkan kemalangan”
“Itu baru dalam kereta”
Namun, tak kurang juga yang luah kasihan mengenangkan nasibnya berdepan situasi sukar itu sendirian.
“Sedihnya tengok, mesti sakit”
“Kenapa wujud laki macam ni?”
Hanya tuhan yg maha mengetahui mengapa.
Cuba bersangka baik, netizen bersikap hisnuzon. Jarang nak jumpa jenis ni.
Adapun begitu, sebahagian netizen lebih memilih untuk bersangka baik terhadap permasalahan yang tercetus antara dua pihak itu dengan tidak membuat sebarang andaian.
Apapun video ini boleh diambil iktibar. Sebaiknya utamakan keselamatan dan elakkan hilang fokus semasa memandu. Sesungguhnya nyawa itu tidak ternilai mahalnya.
Lihat video ini.
SUMBER : Tiktok abahmj, redaksi, youtube
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: