Akhirnya. Ini Jawapan Dari KPDNHEP Selepas Pengarah Teruk Kena Kecam Minta Kurangkan Makan Telur

UMUM mengetahui bermula 1 Julai, harga bagi beberapa barangan keperluan mencatatkan sedikit peningkatan dengan kerajaan menetapkan harga siling baharu untuk barang mentah seperti ayam dan telur ayam.
Menerusi pengumuman kerajaan pada Rabu, harga runcit siling ayam bagi semenanjung ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram, naik 50sen daripada RM8.90.
Sementara itu harga siling telur ayam pula naik antara 2 sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C.
Kenaikan harga tersebut sudah semestinya mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.
Tetapi, ke.rajaan memberi jaminan tidak akan berp.eluk t.ubuh dalam mengatasi b.ebanan kos sara hidup apabila menyaksikan pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah menangani kenaikan kos.
Di sebalik kes.ukaran yang dihadapi oleh rakyat yang masih berg.elut dengan untuk membina hidup baharu ketika era peralihan ke e.ndemik, kenyataan yang tidak relevan meskipun bersifat seloroh mungkin boleh menc.etuskan kem.arahan dalam kalangan warganet.

Ini dapat dilihat menerusi kenyataan terbaharu yang tular di laman sosial mend.akwa Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan t.elur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.
“Kita sebagai pengguna kalau dah tau kenaikan harga t.elur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan t.elur.
Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada m.asalah,” memetik kenyataan Norena dalam rakaman tersebut.
Sebahagian komen netizen yang menyelar kenyataan Norena.
Tinjauan di laman sosial mendapati segelintir pengguna media sosial bukan sahaja mempersoalkan saranan yang diberikan, malah menasihati agar Norena dan pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan solusi.
In.siden ters.asul mengeluarkan kenyataan sebegini bukan pertama kali berlaku ketika mana kenaikan harga barangan menghi.mpit kehidupan rakyat.
Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata b.uruk p.adahnya.
Beringatlah, i.nsiden ini sepatutnya menjadi teladan untuk pihak berkaitan dalam mengeluarkan sebarang pandangan sama ada apa yang dikatakan itu berunsur jenaka atau pilihan kepada rakyat.
Setiausaha KPDNHEP Jawab
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur disebabkan kenaikan harga telur merupakan pendapat peribadi beliau.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, Norena mungkin mempunyai pendapat sendiri, namun cara penyampaiannya tidak dapat diterima oleh orang lain.
Menurut beliau, kenaikan harga barang tersebut telah dibincangkan dengan pelbagai pihak termasuk ke.rajaan dan pengusaha selain mengambil kira se.nsitiviti rakyat.
“Kerajaan telah masuk campur dengan memperkenalkan subsidi pada t.elur. Jika tidak harganya lebih tinggi lagi. Dalam hal ini terpulang kepada pengguna untuk memilih t.elur mana yang mahu dibeli kerana terdapat banyak gred iaitu AA, A, B, C, D, E,” katanya kepada pemberita katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan K.uarantin Padang Besar di sini hari ini.
Viral di media sosial baru-baru ini, satu hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan notis pemberitahuan oleh pihak peniaga di sebuah kedai borong di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran tersebut, peniaga memaklumkan akan mengenakan bayaran sebanyak 30 sen bagi setiap satu penutup kotak telur. Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen satu untuk kotak tutup atas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengeluh melihat kenaikan harga barangan ketika ini yang semakin menjadi-jadi.
Makin teruk keadaan Malaysia, semua harga naik, sampai kotak nak tutup telur pun kena bayar – netizen.
“Lepas ni, sekali sentuh dikira beli, macam-macam sekarang ni, yang tak patut naik pun dinaikkan harga, ambil kesempatan betul pihak peniaga ni, bila disoal kenapa mahal, macam-macam alasan bagi nanti,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.
Sumber : beautifulnara
Kredit:OM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: