Hilang Sabar Selepas Kena Lvdah, PA Mengaku Pvkul Mak Wan Latah. Sekali Didie Alias Tampil Bersuara - Menujukebenaran
Uncategorized

Hilang Sabar Selepas Kena Lvdah, PA Mengaku Pvkul Mak Wan Latah. Sekali Didie Alias Tampil Bersuara

KONFLIK peribadi antara Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya kini memasuki episod baharu apabila pelakon veteran itu mendakwa pernah menjadi mangsa pukul individu dikenali sebagai Amell itu.

Mak Wan atau Halimaton Saadiah Mohd Daud, 61, mendakwa, Amell bertindak memukul dan menumbuknya meskipun sudah menjelaskan tidak mengambil sebarang wang seperti didakwa.

“Saya sudah beritahu dia bukan saya yang ambil duit itu. Entah siapa yang pusing cerita. Dia pukul dan tumbuk saya. Semua isu ini fasal duit,” katanya menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad.

Konflik Amell dan Mak Wan semakin berlarutan.

Terdahulu, Amell mendedahkan beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikTok miliknya yang mendakwa aktres itu seorang yang panas baran selain melakukan perkara-perkara syirik.

Amell juga membuat satu laporan polis berkaitan kehilangan wang miliknya terhadap aktres itu.

Dalam pada itu, Mak Wan meminta masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukum ke atas dirinya kerana tidak pernah melakukan semua perkara yang didedahkan.

“Janganlah hakimi saya, saya bukan muda lagi. Memang saya pelakon tapi saya tidak buat semua perkara itu.

“Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan begitu,” katanya.

Sementara itu, dalam temu bual berasingan, Amell mengakui pernah memukul pelakon veteran itu atas alasan mempertahankan diri.

Tak guna saya pergi umrah dan hadir kuliah kalau saya kotorkan diri saya dengan perbuatan begitu

Amell menjelaskan dia bertindak demikian selepas diludah oleh Mak Wan ekoran dia bertanya satu soalan yang menimbulkan kemarahan aktres itu.

“Betul saya ada pukul Mak Wan, tetapi ia berlaku selepas dia ludah saya apabila saya bertanyakan satu soalan yang dia sendiri tak boleh terima.

“Saya serang dia sebab dia ludah saya,” ujarnya.

Amell sebelum mendedahkan Mak Wan mengamalkan perbuatan syirik.

Sementara itu, isu itu turut mendapat perhatian pelakon Didie Alias yang menjelaskan video tular menunjukkan Mak Wan mengamalkan ilmu sihir adalah salah satu babak dalam sebuah drama.

“Sebenarnya ia adalah dialog dalam drama. Janganlah aibkan orang dan biarlah polis yang menjalankan siasatan.

“Jangan melampau sangat… kalau tak puas hati jumpa Didie Alias. Tak payah nak buli orang untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

Mak Wan Muncul Dalam Melodi (2022) | 3 July 2022, Saksikan Temyramah Bersama Wartawan Pada Minit ke 47

Didie Alias Tampil Membela Mak Wan

Nasihat Didie Alias kepada bekas PA Mak Wan, biar polis je siasat sebab bukti ada, kalau dia rasa tak puas hati dengan Mak Wan, suruh dia pergi jumpa dengan Didie Alias. Kalau tak ada kerja, pergi cari kerja

kredit: mstar

 

Terdahulu,  Lebih setahun menanti, akhirnya impian pelakon Mak Wan Latah, 60, menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah akhirnya termakbul.

Berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 25 Disember lalu atas tajaan pengeluar bantal, Das Abdul Global (DAG), Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud terhutang budi kepada pelakon dan pengacara, Didie Alias.

Dengan linangan air mata, Mak Wan berkata, dia berterima kasih kepada Didie yang sentiasa mengambil berat keadaannya. Atas bantuannya, impian menunaikan umrah termakbul.

“Didie mengundang saya menyertai sesi Facebook (FB) Live, kononnya mahu meraikan ulang tahun anaknya.

“Ketika itu, saya tidak sihat kerana alami semput dan kencing manis. Awalnya, saya menolak untuk datang, tetapi, Didie beriya-iya minta saya datang juga

“Didie beritahu ada orang datang mengambil saya menaiki Grab. Jadi, dalam keadaan terp4ksa, saya pergi juga untuk tidak menghampakan permintaannya.

“Apabila tiba di sana, Didie minta saya berehat dan bersolek.

Saya tidak sangka, Didie mahu menemubual saya untuk program FB Live,” katanya kepada BH Online.

 

Mak Wan selamat pulang ke tanah air ditemani adiknya, Halimatul Noor ketika berangkat ke Tanah Suci pada penghujung tahun lalu.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berkongsi, dia sempat mengambil pam untuk penyakit semput sebelum muncul dalam sesi FB Live itu.

“Ketika dalam sesi FB Live, Didie bertanya sekiranya diberikan pilihan, ke mana saya ingin pergi?

Dengan ikhlas saya menjawab, saya akan simpan sedikit duit kerja penggambaran untuk menunaikan umrah,” katanya yang pernah menjejakkan kaki ke Makkah, enam tahun lalu.

Namun, ibu tunggal yang pernah membintangi filem Jangan Pandang Belakang Boleh dan Nasi Tangas itu tidak menyangka Didie ingin membuat kejutan apabila memaklumkan syarikat pengeluar bantal terkemuka itu berhajat mahu menajanya menunaikan umrah.

“Sebab terlalu terkejut, saya terus pengs4n selama lima minit. Saya terkejvt seorang pend0sa seperti saya dipilih menjadi tetamu Allah.

“Lebih bermakna, apabila pemilik syarikat pengeluar bantal itu bukan sahaja menaja saya, malah, turut bermurah hati menaja seorang ahli keluarga menemani saya apabila mengetahui saya kurang sihat,” katanya.

 

Mak Wan terima kejutan Didie dan penaja pakej umrah ketika muncul dalam sesi FB Live, baru-baru ini.

Mak Wan berkata, dia terhutang budi kepada Didie. Dia antara rakan yang sangat baik dan rajin bertanyakan khabar.

“Didie banyak tolong saya sejak bergelar ibu tunggal sehingga sekarang. Macam-macam yang Didie pernah bantu, bukan sahaja dalam bentuk barangan, malah wang ringgit.

Jika tidak sihat, Didie antara rakan artis paling cepat sampai,” kata Mak Wan terharu.

Mak Wan yang selamat pulang ke tanah air ditemani adiknya, Halimatul Noor Mohamad Daud ketika ke Tanah Suci.

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button