JHET siasat video pelanggan peluk wanita dan ini tindakan yang boleh dikenakan - Menujukebenaran
Uncategorized

JHET siasat video pelanggan peluk wanita dan ini tindakan yang boleh dikenakan

Adegan dua lelaki memeluk seorang pelayan wanita ketika bergambar mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

RAKAMAN VIDEO PANAS TERSEBUT ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi perkongsian satu klip video di laman Twitter Anep memaparkan dua pelanggan lelaki tanpa segan silu telah memeluk bahagian pinggang dan bahu wanita berkenaan sewaktu sedang bergambar.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.

“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” seloroh Shuhada.

“Yg laki 2org tu, klau xkwin lg.. Xpela, klau ada isteri, sedihnya si istri, duk rmh jaga ank sorang2,masak lg, kmas rmh lg, ini balasan sang suami… snggup ke sang suami tnggal anak isteri drmah, demi bnda mcmni… Semoga Allah jauhkn suamiku dri bnda lalai mcmni.. Allahu… ” – Suhaila

“martabat perempuan tinggi . Tapi kenapa mesti kau yang rosakkan ye . Dalam hati tuu tak ada perasaan malu dan takut ke dekat Allah ? Semoga Satu Hari Nanti Allah Jentik Hati Kakak Untuk Berubah Dan Bertaubat .” – Farahin

“Murahnya kamu wahai perempuan. Sedih tgk keadaan camni berlaku, kerana Nabi Muhammad S.A.W telah bermati2an mengangkat martabat seorang perempuan, tapi kamu sewenang2nya menjatuhkannya kembali…Allahu…” – Zandra

Reaksi Lelaki Sertan Pelayan Wanita Tersebut Akhirnya Terima Padah Apabila Dikecam Oleh Netizen

Video

JHEAT siasat video pelanggan peluk wanita

Kuala Terengganu: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalankan siasatan berhubung video tular menunjukkan dua pelanggan lelaki memeluk bahu dan pinggang seorang wanita di sebuah kedai makan di Setiu.

Pesuruhjaya JHEAT M Rozi Bidin berkata, pihaknya akan melihat tindakan yang boleh diambil mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

“Premis (kedai makan) ini memang dalam pemantauan kita sebelum ia tular lagi dan dakwaan mengatakan JHEAT tak beri perhatian… itu tak betul sebab premis ini sedang dalam pemantauan.

“Tiada kompromi dalam hal sebegini kerana ia bukan hanya mencemarkan agama Islam itu sendiri tetapi bertujuan membendung gejala atau kelakuan tidak bermoral dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 34 saat yang memperlihatkan dua pelanggan tanpa segan silu bergambar dengan pekerja wanita di kedai berkenaan, semalam.

Video berkenaan menimbulkan kecaman warganet sambil meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

 

Kredit:hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button