“Nad Zainal tanya kenapa tak benar kan Syamsul kahwin dengan Ira?” – Sekali Ini Jawapan Puteri Sarah buat Nad Zainal terkedu

Dituduh tolak poligami, Puteri Sarah beri respon -“Kalau nak, cari calon yang baik2…”
Nama pelakon Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan selepas mendakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini pelakon wanita itu memfailkan saman kepada Ira Kazar dan orang ketiga tersebut diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk tidak menganggu Puteri Sarah di media sosial.

Terbaru, ketika siaran langsung (live) di laman Instagram, pelakon Puteri Sarah Liyana diajukan soalan cepumas oleh rakan artis iaitu Nad Zainal mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga dalam dunia realiti.
“Kalau dia (Ira) datang secara baik dan minta izin nak jadi yang kedua, Mu (Sarah) okey ke tak?”tanya Nad Zainal.
Jawab pelakon berusia 37 tahun itu, sekiranya Ira Kazar tampil bersemuka dengannya secara baik pada empat tahun lalu, berkemungkinan dia boleh mempertimbangkan.
“Kalau awal-awal dia buat macam tu..mungkin aku marah. Mungkin akan pertimbangkan. Tapi awal-awal kau dah buat macam-macam, serang mak mentua aku.
“Selepas kena block dengan mak mentua aku, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda!”luah Sarah dengan nada kesal.
Menurut Puteri Sarah, dia turut mengatakan ramai warganet mempertikaikan dirinya menolak dan menghalang suaminya, Syamsul Yusof daripada berpoligami
Pun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tidak kisah sekiranya berpoligami namun biarlah faham erti tersebut.
“Semua orang kata saya halang poligami. Rasulullah SAW (Nabi Muhammad) sendiri berkahwin lain selepas kewafatan Siti Khadijah. Para lelaki di dalam ini (Instagram) tolong dengar baik-baik.
“Rasulullah tak suka Fatimah az-Zahra (anaknya) dimadukan. Jadi korang baca dulu dan fahamkan. Jangan main cakap kata lelaki boleh kahwin empat. Lagi satu, kalau lelaki nak berpoligami cari keturunan yang baik-baik. Cari bakal isteri yang baik.”terangnya.
Dalam masa yang sama, Puteri Sarah meluahkan kehairanan apabila dikacau oleh pihak ketiga seolah-olahnya dirinya merupakan orang luar.
“Sepatutnya, saya yang pergi hentam, ganyang dia. Tapi, dia yang hentam saya macam saya ambil suami dia. Ini sudah terbalik,”ujar Puteri Sarah.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof diijabkabulkan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. Malah, Puteri Sarah sendiri mengakui dirinya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Klik link di bawah untuk video
https://www.instagram.com/tv/Cfp5xkCp2cl/?igshid=YmMyMTA2M2Y=
Sumber: Instagram @nad.zainal
Isteri Nazrief Nazri Akhirnya Dedah Kenapa Puteri Sarah Tak Mahu Saman Ira Kazar Sebelum Ini Smp Terkejut Dia Dengar
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tanggannya iaitu Ira Kazar.
Perkara itu turut mendapat perhatian model dan isteri kepada pelakon Nazrief Nazri iaitu Aizatul Aqma yang mengimbas kembali pertanyaannya kepada Puteri Sarah sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Aizatul pernah bertanyakan Puteri Sarah yang ketika itu tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar.
Aizatul berkata dia mengakui terkejut mendengar jawapan Puteri Sarah yang tidak mahu berbuat demikian kerana wanita itu tidak mempunyai pekerjaan dan bapanya mempunyai penyakit.
“Ingat lagi dulu i tanya Sarah ‘kenapa kau taknak saman dia nok? Makin lama kau biar makin dia pijak kau’.
“Terkejut dengan jawapan dia, salah satunya ‘aku bukan taknak saman, tapi nanti aku saman sapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapak dia ada sakit. Kalau orang tua tu sakit tak boleh nak kerja, sapa nak tanggung family dia weyh’.
“Sara yang I kenal orangnya baik, tak pandai buat jahat dekat orang. Kau paksa lah dia macam-macam, end up dia pilih untuk jaga hati orang lain dulu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aizatul turut kagum dengan Puteri Sarah meskipun selama empat tahun diganggu namun tetap menjaga hati orang lain termasuk aib suaminya.
Katanya lagi, jika dia berada di tempat Puteri Sarah belum tentu mampu jadi kuat seperti pelakon tersebut serta menyatakan bahawa ramai mereka di luar sana yang mendoakannya.
Sekadar info, beberapa hari lalu Puteri Sarah telah memfailkan tindakan undang-undang kepada Ira Kazar kerana telah menganggunya untuk jangka masa yang lama sebagai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya.
Puteri Sarah Tidak Kisah Syamsul Pergi Kedai Emas Atau Tlg Bayarkan Saman Ira Kazar, Tapi Satu `Posting` Beliau Buat Ramai Setuju
Sebelum ini, Puteri Sarah memberitahu dia tidak kisah mengenai video viral di antara suaminya, Syamsul Yusof dan Kazar di sebuah kedai emas. Tambah Sarah, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar saman Ira Kazar.
Terbaru, pelakon drama ‘Dunia Anita’ itu memuat naik sebuah posting mengenai Istidraj di Instagram Story miliknya. Eh siapa pulak tu?
Berhati-hati dengan istidraj
Menerusi sebuah video di TikTok @Rghaikimbyeongho, Syamsul dan bapa kepada Ira iaitu Kazar Sanusi hadir ke sebuah kedai emas. Dalam rakaman tersebut, kedua pelakon itu seakan sekadar membuat ‘content’ sambil memegang beberapa perhiasan emas. Bagaimanapun, tindakan Syamsul dan Kazar itu kurang disenangi ramai memandangkan isu rumah tangga pengarah Mat Kilau itu dilihat masih belum berkesudahan.
Menerusi tinjauan OhBulan! Sarah kemudian dilihat memuat naik sebuah posting mengenai istidraj. Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa, namun ramai beranggapan ianya merujuk kepada suaminya.
Di Instagram story
Terdahulu, peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu mahkamah sudah menetapkan tarikh 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.
Dalam pada itu, peguam juga memaklumkan mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi. Defendan (Ira Kazar) diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.
Puteri Sarah Tak Kisah Kalau Syamsul Nak Bayarkan Saman Ira Kazar
Isu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof hangat diperkatakan sehingga hari ini. Isu tersebut bertambah panas apabila Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang dikatakan mengganggu kehidupannya selama ini.
Terbaru, seorang individu bertanya kepada Sarah sama ada dia sudah melihat ataupun belum video viral di TikTok berhubung Syamsul dan Kazar di sebuah kedai emas. Menurut Sarah, dia tidak kisah mengenai video tersebut. Tambahnya, dia tidak berasa hairan sekiranya suaminya itu mahu membayar saman Ira Kazar. Ujar Sarah, kes saman ini akan diteruskan dan ianya dikategorikan sebagai kes jenayah.
Tak kisahlah Syamsul nak bayar saman Ira Kazar ke tak, janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah.
Terdahulu, Sarah nekad untuk meneruskan saman terhadap pihak ketiga ketika dia sedang menunaikan ibadah umrah pada bulan lalu. Ujar Sarah, sepanjang empat tahun ini rumah tangganya sering diganggu dan maruahnya tercalar berikutan ‘penyondol’.
Sumber: Puteri Sarah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: