Dah check 3 kali…” Alieff Irfan Minta Maaf, ‘Gender Reveal’ Salah Rupanya Ini Jantina Sebenar

Sebelum ini, Youtuber terkenal Alieff Irfan mengadakan majlis birthday Bella serta ‘gender reveal’ untuk bakal bayi dia nanti.
Berkat kesabaran Alief bersama isterinya, Bella selama dua tahun, mereka dikurniakan bayi kembar lelaki.
Perkongsian berita gembira itu dihu’jani dengan ucapan tahniah oleh para peminat yang kini menunggu masa untuk dilahirkan.
Terbaru, perkongsian Bella di laman sosial Tiktok rasminya, yang menyaksikan Alieff meminta maaf dek kesi’lapan semasa ‘checkup’ oleh dok’tor.
Jan’tina sebenar kembar untuk pasangan ini adalah kembar lelaki dan perempaun. Ucapan Alief dan Bella dalam video itu adalah seperti berikut:

“Assalamulaikum semua, haritu Alieff ada buat satu majlis, iaitu birthday Bella dan reveal gender anak kami”
“Dan time tu kami mendapati anak kami adalah lelaki dan lelaki..yang disahkan oleh Dr sebelum tu lah”
“Dan sekarang ni, bila Bella buat checkup dalam dua hingga tiga minggu lepas..checkup baru lah..”
“Kami mendapati sebenarnya gender kembar kami adalah lelaki dan perempuan. So Alief minta ma@f yang mana dah ingat lelaki dan lelaki sebab kitorang pun tak tahu.”
“Masa check tu..Dr pun minta maaf dengan kitorang ..Dr dah check tiga kali masa tu tapi mungkin dia ter’check’ baby yang sama”
“Syukur dengan kuasa Allah,..apa pun kami sangat happy sebab dapat pasangan twin boy and girl” ujar Alief bersama Bella dalam video itu.
“Alhamdulillah ya Allah. Salah scan pun tapi kami tetap happy & bersyukur dengan segala rezeki Allah SWT.” ujar Bella dalam video itu.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan pelbagai komen ditinggalkan.
“Dahla kembar dapat sepasang laki perempuan pulak tu masyaallah aku yang exited tahniah kak bella”
“Alhamdulillah.. tahniah bella.saya dulu dpt tau sorg je gender(boy) lg sorang dia tak nak tunjuk. saya tak kesah la laki ke dua dua yg penting sihat.”
“Tahniah bella n pasangan . jaga kandungan elok2. anak Syurga Saya pun sepasang juga laki dan perempuan”
“Alhamdulillah thumma alhamdulillah, congrats both of you, moga baby ii and kak bella sihat sihat selalu dan sihat aamiin ya rabb”
“Tahniah kak Bella bak kata abg Alief , firasat kuat mengatakan laki dan perempuan Alhamdulilah, terkabul kata2 tersebut”
“Alhamdulillah tahniah Bella dan Alif bestnye dapat kembar saya pun tak sabar nk tahu gender anak dalam kan’dungan saya nie”
Hasil kerja keras 5 tahun, akhirnya Alieff Irfan dapat beli kereta sport McLaren 720S bernilai RM2 juta
IMPIAN personaliti media sosial, Alieff Irfan ingin memandu kereta sport jenama McLaren 720S akhirnya tercapai apabila dia berjaya memiliki kenderaan itu.
Meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu, Alieff atau nama sebenar Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, menganggap ia merupakan satu kejayaan buat dirinya selepas bertungkus lumus bekerja keras selama ini.
Kata Alieff, sepatutnya pembelian kereta mewah itu dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri, namun berdepan kelewatan atas beberapa faktor.
“Syukur dan Alhamdulillah apa yang saya impikan selama ini tercapai. Awalnya nak pakai hari raya lepas, tetapi dapat masa hari raya haji. Kereta ini juga menjadi pembakar semangat untuk saya yang tiada apa-apa sebelum ini.
“Ini juga merupakan sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun ini,” katanya kepada mStar.
Alieff bersama isteri, Bella dan kereta McLeren 720S mereka.
Sebelum itu, Alieff berkongsi kegembiraan dan keterujaannya memiliki kenderaan berwarna hitam itu menerusi laman Instagram pada malam Isnin.
Dalam pada itu, YouTuber terkenal ini menjelaskan tujuannya memuat naik rakaman video dan foto di media sosial adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan pengikut.
“Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jahat, semuanya akan menjadi buah mulut orang.
“Namun, bagi saya ini adalah satu pencapaian yang dapat saya buktikan mengenai usaha keras selama ini.
Saya memuat naik gambar itu dengan niat untuk berkongsi dan berterima kasih kepada mereka yang selama ini banyak menyokong,” jelasnya.
Pasangan ini teruja menantikan kelahiran cahaya mata kembar mereka sekitar September depan.
Menerusi carian di laman web jualan kereta wapcar, harga kenderaan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM2juta.
Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jahat, semuanya akan menjadi buah mulut orang
ALIEFF IRFAN
PERSONALITI MEDIA SOSIAL
Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi perkembangan terkini isterinya, Nurul Nabilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang hamil anak kembar.
“Alhamdulilah, isteri sekarang sedang mengandung tujuh bulan dan insyaAllah sekitar September depan nanti akan bersalin anak sulung kami. Doakan yang baik-baik dan dipermudah semua urusan.
[1] Rujukan, Tiktok @bellestrelle0
[2] Gambar utama, Instagram Bella dan Erin Sakura
Sumber : https://beritaawani.com/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: