“Intan Najuwa Munt4h-Munt4h” Pengarah Buka Mulut Cerita Hal Sebenar Yang Berlaku. - Menujukebenaran
Uncategorized

“Intan Najuwa Munt4h-Munt4h” Pengarah Buka Mulut Cerita Hal Sebenar Yang Berlaku.

Pengarah drama bersiri Jodohku Babysitter, Hadith Omar terkejut apabila pelakon utamanya, Intan Najuwa muntah-muntah ketika awal penggambaran.

Jelas Hadith, dia tidak menyangka rupa-rupanya Intan mengalami gastrik hingga menyebabkan badannya menggigil.

“Pada awalnya, kita tak sangka Intan kena gastrik yang teruk sampai munta-muntah dan mengigil.

“She was very sick jadi kami ubah sedikit jadual,” ujarnya.

Namun, Hadith memuji kesungguhan Intan yang bijak membahagikan masa untuk bekerja dan pada masa sama belajar.

Ramai puji bentuk badan Intan Najuwa - Kosmo Digital

“Intan juga sebenarnya sambil berlakon, dia juga sedang belajar. Jadi ada hari-hari yang dia perlu menduduki peperiksaaan. Saya sendiri tidak tahu.

“Saya respect kerana dia bijak membahagikan masa berlakon dan belajar,” puji Hadith.

Kata Hadith lagi sepanjang penggambaran Jodohku Babysitter, setiap pelakon memberikan kerjasama memuaskan, berdisiplin dan komited.

“Banyak drama yang tunjuk keganasan jadi kita nak kembali kepada family hood, bonding sesuatu family.

“I think penonton akan suka dengan cuteness watak-watak yang ada dalam drama ini.

“Intan selalu bawa watak wanita-wanita ayu tetapi sekarang dia membawa watak kakak rock kapak. Jadi peonton kena saksikan.

“Dia cute dan kanak-kanak yang berlakon dalam drama ini juga cute. Semua pemain memberikan persepktif watak yang berbeza. Ada sedih, kelakar, gembira, psiko sikit,” tambahnya.

Nafi Terlibat Dadah, Intan Najuwa Perjelas Situasi

Jodohku Babysitter diterajui juara Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz serta pelakon popular, Intan Najuwa.

Drama rantaian ini diarahkan oleh sutradara tersohor, Hadith Omar dan didukung oleh bintang-bintang hebat seperti Yuna Rahim, Ellyas Abdullah,

Datin Nina Juren serta ramai lagi.

Jodohku Babysitter akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 6 Julai 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa – “Tak Sabar Tunggu”

 

Peminat Aliff Aziz dan Intan Najuwa kian teruja apabila drama yang menggandingkan kedua-dua pelakon hebat ini berjudul Jodohku Babysitter bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Meninjau reaksi peminat dan warganet di media sosial, rata-ratanya tidak sabar lagi menantikan buah tangan terbaharu daripada pengarah Hadith Omar menerusi karya adaptasi novel itu.

“Lama tak tengok Aliff berlakon selepas cerita Melankolia. Tak sabar tunggu comeback you!

“Sangat teruja! Tak sabar nak tengok gandingan mantap Aliff Aziz dan Intan Najuwa.

“Akhirnya selepas sekian lama nak tengok Aliff Aziz berlakon balik.

“Sabar menanti. Memang tunggu lakonan Intan Najuwa. Pasti tak menghampakan,” tulis beberapa pengguna di media sosial.
Sinopsis

Jodohku Babysitter mengisahkan Adam, duda anak tiga yang bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri.

“Dah Macam Pondan Dah” - Netizen Kritik Gambar Intan Najuwa Berskirt Mini Ala Tuala

Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan wanita lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya.

Jodohku Babysitter merupakan drama 20 episod adaptasi novel karya Nureen Ahmad yang akan mula ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Drama itu dibintangi Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Isaac Iman dan Tayha Nazira.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button