“Daripada wat4k peg4ng bunga manggar sehingga peng4rah b0x-office,” Yusof Haslam Ded4h Sesuatu

SIAPA sangka bermula dengan watak kecil sebagai kanak-kanak pemegang bunga manggar dalam filem Maria Mariana pada 1996, pengarah box-office, Syamsul Yusof menunjukkan minat dalam dunia perfileman.
Bangga dengan kejayaannya, penerbit dan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam menyifatkan anak lelakinya itu sebagai seorang yang memiliki imaginasi tinggi selain faham dengan selera penonton.
Justeru kata Yusof, tidak hairan filem terbarunya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan iaitu mencecah RM71 juta dalam tempoh hanya tiga minggu ia ditayangkan.
“Sejak kecil lagi Syamsul sudah dided4hkan dengan cara kerja pembikinan filem. Dia banyak ikut saya ke lokasi penggambaran suatu masa dahulu.
“Syamsul seorang yang bijak bermain dengan imaginasi dan dia dapat tangkap apa kehendak penonton. Selain itu, kreativitinya juga berbeza dan dia telah membuktikan dalam filem-filem arahannya.
“Meskipun dia tidak bekerja di bawah syarikat produksi saya, tetapi syabas saya ucapkan dan Syamsul telah melakukan kerja dengan ikhlas dan cemerlang,” katanya kepada mStar.
Yusof bangga dengan kreativiti Syamsul menghasilkan karya bermutu.
Yusof bangga dengan pencapaian anaknya.
Filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As’ari, Ali Karimi, Khir Rahman, Wan Hanafi-Su dan Yayan Ruhian.
Syamsul sebelum ini juga pernah menghasilkan filem-filem box-office seperti Munafik 2 dengan kutipan RM37 juta, Munafik (RM17 juta) dan KL Gangster (RM11 juta).
Sebagai seorang berpengalaman dalam pembikinan filem, Yusof berkata, dia juga tidak pernah jemu memberi nasihat kepada Syamsul meskipun ada ketikanya berlaku perselisihan faham di antara mereka.
Saya harap semoga Syamsul terus merendah
Yusof berkata, dia berharap anak kesayangannya itu terus merendah diri meskipun sudah dikenali sebagai pengarah tersohor selain menghasilkan lebih banyak filem bermutu pada masa akan datang.
“Saya sentiasa pantau hasil kerjanya. Perselisihan faham itu bagus kerana kita boleh bertukar-tukar pendapat. Sebagai orang lama, saya amat mementingkan sensitiviti dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
“Syamsul telah membuka satu lembaran baru dalam industri perfileman tempatan dan selepas ini biarlah dia teruskan legasi Skop Production bersama adiknya, Syafiq Yusof.

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan cipta sejarah dengan nilai kutipan tertinggi.
“Saya harap semoga Syamsul terus merendah diri. Segala yang berlaku adalah izin Allah dan jika ada yang mengkritik, biarlah. Sambutan penonton telah membuktikan bahawa mereka menghargai karyanya,” katanya yang turut kagum dengan pencapaian ditunjukkan Studio Kembara.
Bukan itu sahaja, dia juga amat berbesar hati dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) atas sokongan yang diberikan
‘Ayah Saya Mmg Takkan Cakap, Bagusnya Kau’ – Risau KenaMaki Dgn Yusof Haslam, Syamsul Cabut Lari Dulu
” Ayah saya biasa lah, dia memang pengkritik saya nombor satu..”
Demikian kata-kata pengarah filem Syamsul Yusof, 38, yang gembira dengan penerimaan tak diduga daripada bapanya, Datuk Yusof Haslam terhadap filem arahan terbarunya.
Kata Syamsul, filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang dihasilkannya meraih pujian bapanya itu apabila dianggap setanding filem Bukit Kepong yang diterbitkan 41 tahun lalu.
Tambah Syamsul, bapanya yang juga pelakon, pengarah dan penerbit filem berpengalaman adalah pengkritik nombor satunya sepanjang dia terbabit sebagai pengarah filem dan aktif dalam karier seni sejak dari usia 18 tahun lagi.
” Sebelum ini, filem saya yang paling dia suka tapi dia tak beritahu saya ialah Munafik 2. Tapi, saya tahu juga.
” Tapi, selepas dia tengok Mat Kilau, saya tahu filem Mat Kilau ini yang paling dia suka. Hasil daripada saya.
” Kata pekerja saya, dia tengok dan lepas itu dia diam saja.
” Saya pula ketika ayah ‘preview’ filem saya, memang akan cabut lari dulu sebelum kena maki. Tapi, saya beritahu pekerja untuk tolong tengokkan ayah.
” Tapi, katanya dia (ayah) tak pernah tengok filem epik yang bagus selain filem Bukit Kepong lakonannya.
” Jadi, saya sangat-sangat menghargainya,” katanya kepada Harian Metro.
Ayah saya memang tak akan cakap, bagusnya kau
Syamsul berkata pembabitannya dalam penghasilan filem juga sebenarnya mahu menunjukkan bakat yang dimiliki dan diwarisi kepada bapanya.
Katanya, bapanya adalah individu yang menjadi pengaruh utama dalam kejayaannya.
” Sebenarnya, ketika saya buat filem ini (Mat Kilau), saya nak tunjuk pada ayah saya, ayah tengok ini.
” Sebabnya, ayah saya memang tak akan cakap, bagusnya kau. Tapi, saya hanya akan tahu daripada kawan-kawan.
” Ada jugalah dia cakap sikit depan saya, okey bagus-bagus, itu saja. Tapi, tak apa lah.
” Ayah saya ini, mungkin sifat dia itu keras. Tapi, dia keras dengan saya saja. Mungkin, sebab saya anak pertama. Dengan adik saya, dia lembut sikit.
” Tapi ketegasan dia itulah yang mungkin buat saya disiplin buat filem sampai macam ini.
Kaji pasal filem sejak dari sekolah
” Ya, ayah ‘influence’ saya juga. Syamsul Yusof ini adalah ‘produk’ yang ada Yusof Haslam, Shuhaimi Baba, Bade Azmi, Rashid Sibir, Aziz M Osman, Erma Fatima.
” Saya kaji sejak dari sekolah lagi. Jadi, dalam filem saya mesti ada sedikit ‘style’ yang menjurus sentuhan gaya pembikin-pembikin filem kita,” katanya.
Ditanya juga perancangannya untuk menghasilkan filem ‘remix’ sebagaimana dilakukan pembikin filem Hollywood, Syamsul berkata hasrat itu memang ada, namun pada masa sama dia juga mempunyai banyak idea untuk menghasilkan karya-karya baharu.
Untuk info, bakat mengarah filem Syamsul diwarisi dari bapanya Yusof Haslam yang juga pengasas syarikat produksi Skop Productions.
Kejayaan komersial pertama Yusof Haslam hadir pada 1994 menerusi filem drama romantik Sembilu yang mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta, sekaligus melancarkan kerjaya lakonan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.
Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995 dan mengulangi kejayaan filem prekuelnya apabila meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM6.10 juta.
Ia menjadikannya filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, waktu itu.
Sejak itu Yusof memperoleh gelaran “Six Million Dollar Man”.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Sumber : https://www.mstar.com.my/